Monday, January 4, 2010

Pemberatan Tugas Guru 2010

keliru dan ketahuan. Mungkin ini bahasa yang paling mudah digunakan bagi mengambarkan perasaan guru-guru. Mana tidaknya, sebelum tirai akademik 2009 dilabuhkan, masih terngiang-ngiang di telinga guru-guru janji-janji manis pihak atasan mengenai pembahagian tugas guru 2010.

Namun semuanya seperti yang dijangka, ada kalangan guru yang terlepas dari tanggungjawab ataupun mungkin mereka ini punyai kabel besar ( istilah yang senang digunakan ). Ada kalangan guru yang diberi tanggungjawab yang besar-besar dan ada pula yang terlepas. Kriteria apa yang di gunakan itu pun belum pasti. Satu lagi penyakit yang sering melanda mengenai pemberatan tugas ialah, kaki-kaki ampu/bodek/mengelat tidak diberi tanggungjawab..

Bahasa yang di gunakan sangat mudah ditafsirkan iaitu, moga tuhan akan membalas jasa guru-guru sekalian. Tetapi guru-guru seakan merasakan dirinya ditindas..Mari kita sama-sama kaji istilah dibawah..

1- Kerja bersama-sama bukannya dikerjakan bersama-sama
2- Bertolak ansur bukannya di tolak beransur-ansur

Ada juga guru-guru dilabel dengan label-label tertentu contohnya:
1-payah nak bincang
2-kaki bodek
3-racist pada jantina
4-payah nak berkira
5-kaki bangkang
6-kaki kantin
7-guru yang paling susah nak cari
8-internet bergerak

Dari segi pemilihan kelas juga wujud ketikpuashati pada guru-guru yang terlibat. Manakan logik dek akal seorang kena mengajar kelas-kelas belakang sahaja sedangkan ada guru-guru yang memilih mengajar di kelas hadapan sahaja. Alasan yang digunakan ialah guru-guru yang mengajar kelas belakang dapat mengawal pelajar-pelajar yang bermasalah. Kalau kita kaji pada profesion perguruan, tanggungjawab guru-guru terhadap pelajar ialah mengajar murid-murid tanpa mengira status agama, bangsa, kedudukan ataupun kepandaian murid. 

Bila kelas-kelas yang kebelakang wujud masalah, maka ramailah yang akan menunding jari kepada guru-guru yang mengajar di kelas belakang dan guru kelas tersebut. Bila keputusan akademik kelas hadapan meningkat maka guru-guru yang mengajar kelas hadapan memulalah memukul gong masing-masing. Kapasiti apa yang digunakan untuk menilai prestasi guru sekiranya guru-guru cuma mengajar di kelas hadapan. Saya tertarik dengan satu kenyataan, guru yang cemerlang ialah guru yang dapat meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar pelajar-pelajar yang kelas belakang. Itu lah guru yang sebenarnya cemerlang.

No comments:

Post a Comment