Tuesday, January 5, 2010

Hari Ke-4

Kesejukan pagi ini yang disirami hujan awal subuh tadi dihangatkan oleh leteran Puan Hamidah. Puan Hamidah memberi nasihat dan amaran keras kepada beberapa kerat pelajar yang tidak mengambil berat mengemaskini buku rekod kehadiran pelajar setiap hari. Lebih kurang 15 minit diambil oleh beliau di hadapan pelajar di laman perhimpunan

Di padang mini sekolah, lebihkurang 20 orang pelajar ditahan dan didenda kerana datang lewat. Nampaknya isu datang lewat ini bermula sejak hari pertama lagi.

Selepas perhimpunan pagi, semua murid diarahkan ke destinasi masing-masing untuk mesyuarat pertama rumah sukan. Makmal 3, makmal 1, kafeteria dan surau dijadikan tempat berkumpul. Di laman perhimpunan, Cikgu Asyikin sedang membaca senarai pelajar tingkatan 1 dan menentukan rumah-rumah sukan mereka.

Lebih kurang setengah jam, semua rumah sukan selesai mengadakan mesyuarat pertama mereka. Lantikan AJK rumah sudah dibuat dan bermulalah aktiviti rumah sukan sekolah ini.

No comments:

Post a Comment