Isu hari ini: Buku Rekod Pelajar Ponteng
Kesnya
- Pihak pentadbir menyediakan satu buku rekod khas yang akan disimpan oleh ketua kelas atau pembantunya. Format buku itu dibuat dalam beberapa lajur dan perlu diisikan setiap hari. Buku ini akan disimpan dipejabat selepas waktu sekolah untuk tujuan semakan. Semakan pula mungkin dibuat tidak secara berkala, tetapi secara 'serang hendap'.
- Ketua kelas atau pembantunya akan menulis nama-nama pelajar yang tidak hadir sekolah setiap hari. Apabila guru masuk mengajar, buku ini akan diberikan kepada guru tersebut.
- Bila guru masuk ke dalam sesebuah kelas tertentu, pertama sekali guru perlu menyemak bilangan pelajar yang hadir pada hari itu. Kemudian menentukan bilangan pelajar yang ada bersesuaian dengan bilangan yang hadir.
- Jika pelajar yang hadir tidak ada dalam kelas atas sebab-sebab tertentu atau pun kerana ponteng, namanya akan dicatat dalam buku itu. Kemudian guru tersebut perlu menurunkan tandatangannya di ruangan yang disediakan
Isunya
- Ketua kelas atau pembantunya tidak sempat mencatat nama-nama pelajar yang ponteng sekolah pada setiap hari.
- Buku tidak sempat diambil dari pejabat
- Buku tidak dihantar ke pejabat tetapi dibawa pulang oleh ketua kelas dan esoknya ketua kelas pula ponteng sekolah
- Buku ini tiada kualiti, hanya di'riso' sahaja. Selepas beberapa kali, buku ini akan rosak dan lunyai
- Buku terlupa diserahkan kepada guru yang masuk atau pun guru terlupa meminta buku ini dari ketua kelas
- Hal ini pernah dijalankan beberapa tahun yang lalu tetapi tidak berjalan dengan baik dan tidak ada tindakan susulan
- Menambahkan beban kepada ketua kelas dan juga kepada guru.
- Redundensi berlaku kerana setiap guru tingkatan juga merekodkan kehadiran dalam buku kedatangan, malah cara merekod kehadiran oleh guru tingkatan lebih mudah dan sistematik
Penyelesaian
- Batalkan saja kerja-kerja sampingan yang membebankan guru dan pelajar.
No comments:
Post a Comment