Pada setiap permulaan, guru-guru akan sibuk dengan pelbagai-bagai mesyuarat yang kadangkala membebankan fikiran, jiwa dan raga. Semalam, 4 Januari telah diadakan mesyuarat HEM. Pelbagai isu yang berkaitan dengan HEM telah dibangkitkan dan disuarakan oleh AJK unit-unit kecil HEM. Hari ini masih ada satu lagi mesyuarat iaitu Mesyuarat Kurikulum. Jika di lihat pada agenda surat panggilan mesyuarat, banyak perkara yang akan di bincangkan. Ikhlas disuarakan jika terlalu banyak mesyuarat, kadangkala perkara-perkara yang di bincangkan cuma cantik pada pandangan mata tetapi pelaksanaan belum tentu berjaya.
Tapi inilah hakikat pekerjaan, mahu tidak mahu kita semua kena lakukan walaupun berat mata memandang tetapi berat lagi bahu yang memikulnya. Kadangkala kita dijadikan mangsa keadaan. Tidak buat salah, kalau buat pun salah. Akhirnya kita mungkin akan fed-up.
No comments:
Post a Comment