Pagi ini suasana agak sejuk sedikit akibat hujan lebat yang turun petang kelmarin sehingga ke malamnya. Pelajar-pelajar berhimpun di laman perhimpunan seperti biasa. Beberapa nasihat dilontarkan oleh Encik Mat Saad mengenai tingkahlaku dan menghargai masa. Masih ramai juga pelajar yang datang lewat, tetapi tidaklah seramai hari ke-2 kelmarin.
Seorang waris bertemu dengan pengtua mengadu perihal anaknya didenda guru. Encik Ahmad Abdullah beritahu semua selesai beberapa minit kemudian dan waris itu pun pulang.
Perhimpunan bersurai dan P&P dimulakan.
Cuaca agak terik sehingga akhir persekolahan hari ini. Selepas itu ada mesyuarat guru pengawas dan pengawas sekolah di kafeteria. Di makmal ICT pula mesyuarat ketua-ketua Panitia Matapelajaran dijalankan.
No comments:
Post a Comment