Monday, January 4, 2010

Hari ke-2 sesi 2010

Hari ini hari kedua persekolahan sesi 2010. Cuaca ceria, tiada mendung seperti kelmarin. Terdengar di corong siaraya memanggil pelajar supaya segera datang ke laman perhimpunan. Amaran demi amaran diberikan oleh Encik Ahmad Abdullah. Tapi kali ini pergerakan pelajar lebih pantas dari kelmarin.

PK HEM memberikan sedikit ucapan.Antara yang diberitahu ialah tentang waktu keluar rehat, pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dibenarkan keluar 5 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan iaitu pada jam 10.15 pagi manakala pelajar tingkatan 4 dan 5 keluar rehat seperti biasa

Ketika ini ramai pelajar ditahan kerana datang lewat dari waktu yang ditetapkan iaitu 7.30 pagi. Ada juga di antara pelajar yang lewat hari ini adalah yang ponteng sekolah kelmarin. Pelajar-pelajar yang ditahan ini diarahkan berbaris di hadapan laman perhimpunan dan setiap orang diperiksa rambut dan pakaian oleh Encik Talib.

P&P berjalan seperti biasa.

Dua pelajar ditahan kerana bertumbuk di dalam kelas. Bila disiasat, didapati kedua-dua pelajar ini yang duduk bersebelahan saling kata mengata dengan menggelar bapa masing. Tetapi seorang pelajar itu lebih agresif dengan menumbuk rakannya dan kemudian bertengkar.

Kedua pelajar ini dibawa ke bilik disiplin dan diuruskan oleh Encik Ahmad Abdullah.

Selepas waktu persekolahan, diadakan mesyuarat jawatankuasa HEM di makmal ICT.

Tamat hari ke-2

No comments:

Post a Comment