Sunday, January 31, 2010

Sukantara Lelaki - Part 5


Tengok betul2! Batal ke tidak?


Aksi terjun bangunan

 
Oops! tak cukup tinggi

 
Landing baik, tapi zero!

 
Kayoh basikal

 
Pushing kurang kuat

Ini bukan acara jalan kaki beb!

Gaya atlet kampong

Sukantara Lelaki - Part 4

 
Pengadil-pengadil lompat jauh beraksi

 Ah! Batal pulak

 
 Macam cari sesuatu jerk!

 
 Eh! Batal lagik!

Pengadil arah landing pad diratakan

 
Tengah cari siput gondang

Ini macam aksi triple jump (lompat kijang)!

Good landing

Sukantara Lelaki - Part 3

Ada gaya tak?

Oh! Che abang telefon pulak

Lagi aksi hebat

Sikecik tu tengok ke mana?

Ketua pengadil sedang total up markah

Sukantara Lelaki - Part 2

Tengok betul2, kira betul2 tau

Cikgu Abu sedang kerja keras

Cepat2! nanti kena potong

Lagi aksi hebat

Cikgu We mencari bakat2 baru

Eh! Cikgu Murni dok pikir apa agaknya?

Cepat lari! wisel nak bunyi dah tu

Macam menari saja!

Sukantara Lelaki - Part 1

Kemaren 31/01/2010 telah diadakan sukantara bagi p
elajar lelaki. Lebih kurang 65% pelajar yang hadir, kebanyakannya dari T1, paling kurang ialah pelajar T4. 3 acara dipertandingkan dalam sukantara tahun ini iaitu 100m, lompat jauh dan lontar peluru.

Lihatlah aksi-aksi mereka kemaren

Perancang utama sukantara 2010

Pengadil-pengadil 100m

Aksi larian

Pencatat markah sedang bertugas

Lagi aksi larian. Cikgu Din menunggu saat untuk tiupan wisel

Pulun-pulun

Mana lagi pelari lain?

Salah satu rumah sukan yang berehat menunggu giliran

Pelajar kemalangan


Pagi nie seperti biasa selepas selesai menghanyar anak ke rumah pengasuh, aku terus drive kereta datang sekolah. Sambil-sambil drive aku terdengar sirens ambulans di pekan Langgar so aku pn bagi laluan kepada ambulans tu.. Aku anggap mungkin ada eksiden di depan x xpun di jalan langgar menghala ke pokok sena.. dari jauh aku melihat ambulans membelok masuk ikut jalan Titi Deris..Aku dengan selamba jea, lepas Lampu Isyarat Hijau, aku terus membelok ke arah jalan titi deris menghala ke sekolah.. Dari jauh aku nampak ambulans behenti dekat kedai basuh kereta Fuad, eksiden kt sini rupanya..jalan dah semakin sibuk dan jem kerana semua memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kejadian. aku melihat cikgu hamidah dan cikgu mashitah ada dekat kemalangan itu. Mungkin pelajar sekolah aku yang eksiden kot. Aku terus memberhentikan kereta aku dekat kedai Rifqi Jaya dan terus ke tempat eksiden. Aku bertanyakan pada cikgu Hamidah dan cikgu mashitah, mereka memberitahu bahawa dua org pelajar telah kemalangan dengan dua pekerja swasta Hospital Bahiyah. Dua mangsa cedera yang agak teruk manakala dua lagi cedera ringan. Aku melihat pada motorsikal, kalu tgk keadaan motorsikal teruk jugak dan mungkin dipandu laju..Semua mangsa telah dibawa ke hospital oleh Ambulans. Dua pelajar yang terlibat ialah seorang pelajar tingkatan 3 dan seorang lagi pelejar tingkatan 5..Aku ada satu pesanan kepada semua pengguna jalanraya, sentiasalah mengambil langkah-langkah keselamatan dan patuhi undang-undang jalanraya.

M5-H22: Jemputan resmi cikgu Din

Hari ini dah masuk 1 haribulan Februari 2010.
Kita dah tinggalkan bulan Januari 2010.
Ia kini hanya tinggal kenangan.

Hari ini diperhimpunan, tak ramai yang berleter. Mungkin keletihan sebab kemaren diadakan sukantara lelaki. Hari ini pulak ada sukantara perempuan. Cikgu Din cuma merungut tentang kehadiran yang rendah di kalangan pelajar lelaki petang kelmaren. Dengan harapan yang tinggi kepada kehadiran pelajar perempuan, cikgu din membuat jemputan resmi secara lisan.

Kemudian dibacakan keputusan sukantara lelaki kemaren

RUMAH SUKAN MATA DIPEROLEHI
BIRU 79
MERAH 66
KUNING 63
HIJAU 60

Kemudian semua pelajar lelaki yang ponteng ke sukantara kemaren ditahan dan didenda.

Saturday, January 30, 2010

Pengetua kena ligan dengan cikgu Maths

Alkisah satu cerita lucu. Di sebuah SMK, si Pengetua mangkok (perempuan) telah diligan oleh cikgu Maths sekolah itu dengan kayu. Kata sumber, sabermula sipengetua mangkok sudah marah sama itu cikgu dan dia kata ke cikgu itu depan budak2 sekolah. Mau tak hangin itu cikgu.

Simangkok pengetua itu kabarnya lari terus masuk biliknya dan mengunci diri

Natijah dari itu, cikgu maths tersebut, seorang lelaki telah ditukarkan ke sekolah lain dalam tempoh 24jam!
Kahkahkaahhh! Padan muka!


Flashback 
Dulu pun sipengetua mangkok ni masa tu dia belum ditukar ke SMK sekarang, pun dah kena punggai kasut dengan cikgu KH. Mengadu2 dia hal kena baling kasut ke PPD, JPN dan Kementerian. Last2 cikgu yg punggai kasut kena ditukarkan pula.

Kabarnya sipengetua mangkok ini extend servis sampai 58 tahun umor. Hahaa, kena tunggu lagi setahun lah. Entah berapa kali nak kena ligan tak tau

Bapa merompak terdesak anak nak sekolah

MELAKA: Menyedihkan apabila seorang bapa memberi alasan dia melakukan rompakan dan mencederakan wanita Disember lalu, hanya kerana terdesak disebabkan anaknya bakal bersekolah.

Semalam dia menerima pembalasan atas perbuatan ‘sucinya’ itu apabila dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Saya menyesal Yang Arif atas kesalahan dilakukan. Tapi saya tidak berniat dan cederakan sesiapapun. Saya terdesak (melakukan samun) kerana anak nak sekolah,” kata tertuduh, Ar Azalley Haron, 46, yang juga penganggur ketika diminta merayu hukuman yang akan diputuskan mahkamah.

Bagaimanapun, rayuannya gagal meraih simpati Hakim Al-Baishah Abd Rahman yang menegaskan beliau memutuskan hukuman itu selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Katanya, mahkamah jelas apabila merujuk 20 rekod kesalahan lampau dari awal 80-an hingga 2005 bahawa tertuduh tidak benar-benar insaf kerana mengulangi jenayah yang hampir sama iaitu mencuri, pecah rumah, dadah dan samun.

Al-Baishah berkata, beliau bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Jaizah Jaafar Sidek bahawa hukuman ‘deterrent’ dan berbentuk pengajaran perlu diberikan kepada tertuduh sebagai iktibar kepadanya dan masyarakat.

“Berdasarkan rekod kesalahan tidak menunjukkan kamu menyesal, malah mengulangi kesalahan serupa dengan kesalahan ini (seperti pertuduhan). Jadi hukuman setimpal perlu diberikan. Kamu dengan ini dihukum penjara 15 tahun dan enam sebatan rotan,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Ar Azalley didakwa menyamun rantai leher emas, dua utas gelang tangan emas, tiga cincin emas, telefon Nokia N82 dan kamera digital Olympus dan dokumen penting RM3,500 milik, Fauziah Othman, 30, dan dengan sengaja mencederakan mangsa
Sumber

M5-H21: Terpanjang dalam sejarah

Hari ini ahad. 31-01-2010

Macam biasalah ada perhimpunan mingguan.
Pagi ni aku tengok depa start lambat sikit. Ada benda yang depa tengah prepare.
Selesai baca doa dan negaraku, Ust Amran ambil tempat. Ustad memberikan laporan bertugas bagi minggu lepas. Kali ini ustad agak kecewa dengan sikap pelajar sekolah ini yang rata-ratanya tidak berdisiplin dan bertanggungjawab. "kamu yang bertukar dari sekolah lain tu kena ingat, sekolah lama tak mau kamu, kamu tu condamn dah, bila mai sini tolonglah buat perangai elok-elok sikit. Ubah sikap kamu. Ini tidak, kamu dok macam tu jugak lah...." itu antara yang aku dengar. Yang lain2 tu macam biasalah. Agak lama juga ustad berleter dalam laporannya kali ini.

Selepas itu cikgu Hasanah, GK Teknikal pula naik berucap. Kali ini dia umumkan 23 org calon PMR tahun lepas dapat gred 'A', jadi dipanggilah nama-nama semua itu untuk menerima cendera hati. Sorang demi sorang budak naik atas pentas, sehinggalah selesai.

Lepas tu pulak naik cikgu KKQ, dia pun ceritala sikit pasal KKQ ni, apa menatangnya. Budak2 sudah bising, mungkin lenguh berdiri. Lalu cikgu KKQ pun suruhlah budak2 duduk bersila atas aspal (tar). Macam biasalah bila suruh buat sesuatu mesti bising. Ini pun kena ditegur oleh cikgu KKQ.

Cikgu KKQ pula ada habuan nak bagi pada budak2. Dia kata ada dalam 14 orang yang mengikuti KKQ sebagai satu ko-kurikulum sekolah, dan kesemua budak2 ini telah lulus dan diberikan sijil oleh pihak sekolah. Satu demi satu nama dipanggil untuk menerima sijil tersebut.

Kemudian tiba pula giliran cikgu Midah. Kali ini terdengar ketawa kecil budak2 lelaki perempuan. Cikgu Midah dah jadi faveret depa, depa agak mesti kena hantam laser kaw2.

Cikgu Midah mulakan dengan definisi 'Disiplin'. Dia cikgu bahasa, tentulah pakar dalam bab2 ini. Tak kisahlah. Agak lama jugak cikgu Midah berucap dan memberikan nasihat. Selepas itu ada pula majlis memberikan tauliah kepada pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah. Sorang demi sorang naik ke pentas untuk menerima sijil tauliah sebagai pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah. ada dalam 80 orang.

Bila selesai budak2 terima sijil, tiba pulak giliran cikgu2 disiplin menerima watikah perlantikan sebagai guru disiplin sekolah. Nama demi nama dipanggil untuk menerima sijil dari pengetua. Setiap kali nama guru disiplin dipanggil dan bila mereka naik, kedengaran riuh rendah, bunyi suara budak2 ketawa. Sama ada ketawa mereka itu kerana lucu atau perli.

Selesai cikgu Midah berucap, barulah tiba giliran pengetua. Oleh kerana masa itu dah pukul 9.00 pg, maka pengetua tak cakap banyak. Cuma dua tiga ayat dan dia pun tutup majlis hari ini.

Lepas itu pula adalah beberapa pengumuman, panggil budak itu panggil budak ini.
Petang ini ada sukantara untuk pelajar lelaki sahaja. Tak mai kena denda

Akhirnya jam 9.15 barulah tamat perhimpunan hari ini. Fuuh! 1 jam 35 minit.

Tamat

Bayi Tertelan Puting

KULIM: Sungguh menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas dipercayai tertelan puting semasa tidur di rumah pengasuhnya di Taman Jati, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa Ahmad Shaqif Firdaus Yuzamberi dari Taman Sri Petaling, di sini, dikatakan sedang menghisap puting sebelum tertelan bersama pemegang puting berkenaan.

Menurut sumber, pengasuh berusia 30-an itu, terpaksa memegang puting dengan jarinya untuk mengelakkannya terus ditelan mangsa sebelum dia membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia selepas berada beberapa minit mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Kulim (HK) dipercayai akibat kesesakan nafas,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, pengasuh bayi terbabit menjenguk Ahmad Shaqif dalam bilik kerana terdengar seakan bunyi benda tersekat sejurus beberapa minit bayi itu tidur.

“Pengasuh terbabit terkejut dan panik apabila melihat puting terbabit berada di dalam mulut bayi berkenaan.

“Untuk mengelakkan puting itu masuk lebih jauh dalam tekak mangsa, pengasuhnya terpaksa menggunakan jari untuk menahan puting berkenaan sehingga ke hospital,” katanya di sini, semalam.

Sebelum dibawa ke hospital, bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan Taman Selasih untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan lanjut di situ, pihak pusat kesihatan meminta kes ini dirujuk ke HK dengan ambulans untuk dirawat di wad kecemasan,” katanya.

Namun, katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim, tubuh bayi terbabit berubah kebiru-biruan.

Difahamkan, pengasuh terbabit terus memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa bayi berkenaan yang masing-masing bekerja di sebuah bank di Prai dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mengenai kejadian malang yang menimpa anak tunggal pasangan berusia 33 tahun itu.

Difahamkan, kedua ibu bayi bayi malang itu tidak membuat sebarang laporan polis dan tidak membenarkan anak mereka dibedah siasat pihak hospital.

Jenazah Ahmad Shaqif akan dikebumikan di kampung keluarganya di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak, hari ini.

Bagaimanapun, ibu bapa bayi itu enggan ditemuramah kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka.


Sumber

Kereta pensyarah pun kena tarik

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah Matematik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bengang apabila kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pejabat di Kajang, bukan saja ditarik, malah dia turut mendakwa kehilangan beberapa barangan selepas mengambil semula kenderaan berkenaan. 

BUKTI...Abdul Hamid menunjukkan laporan polis yang dibuat.
BUKTI...Abdul Hamid menunjukkan laporan polis yang dibuat. 
 
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah Matematik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bengang apabila kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pejabat di Kajang, bukan saja ditarik, malah dia turut mendakwa kehilangan beberapa barangan selepas mengambil semula kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa, Profesor Madya Abdul Hamid Yeop Zainuddin, 48, berkata dia baru tiba di Kajang dari rumahnya di Taman Sri Pulai, Johor Bahru kerana mempunyai urusan yang perlu diselesaikan di pejabat Jabatan Tanah dan Galian di Putrajaya.

Menurutnya, dia meninggalkan kenderaan Naza Ria di hadapan pejabat di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang kira-kira jam 9.15 pagi pada hari berkenaan sebelum menumpang rakannya ke Putrajaya.

“Sejurus kembali ke tempat meletak kereta, saya terkejut apabila mendapati kereta saya sudah tiada. Orang ramai yang berada di situ memberitahu kereta saya dibuka seorang lelaki yang datang menggunakan trak penunda.

“Bengang dengan kejadian itu, saya pergi di bank memaklumkan hal itu. Pegawai bertugas memaklumkan kereta saya ditarik dan disimpan di sebuah bengkel di Jalan Cheras kerana tidak melunaskan hutang ansuran selama dua bulan. Saya bertekak dengan pegawai itu kerana pihak bank tidak pernah mengeluarkan sebarang notis sebelum bertindak demikian,” katanya.

Beliau berkata, dia terus melunaskan melangsaikan hutang RM2,620 dan RM400 lagi untuk denda tarik kenderaan itu sebelum bersama rakannya segera di bengkel dinyatakan pegawai bank itu untuk mengambil semula keretanya.

Apa yang mengejutkan katanya, beberapa barangan di dalam keretanya termasuk set Touch n’ Go miliknya lesap.

Katanya, sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kajang dan bercadang untuk memanjangkan perkara berkenaan ke Tribunal Tuntutan Pengguna.


Sumber

Saman trafik guna kamera pulak

Surat saman dalam 48 jam - 1,000 kamera kesan pesalah trafik mula beroperasi pada Ogos ini


KAMERA AES (dalam bulatan) di Jalan Travis, Bangsar ini adalah antara 1,000 unit yang akan berfungsi mengesan pesalah trafik mulai Mei ini.

PUTRAJAYA - Mulai Ogos ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik terutama memandu laju dan melanggar lampu isyarat akan menerima saman yang dihantar terus ke alamat mereka dalam tempoh 48 jam selepas kesalahan itu dikesan.

Tindakan itu akan dilaksanakan apabila pengunaan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) dikuatkuasakan, yang membolehkan gambar wajah pemandu dan nombor plat kenderaan mereka dirakam terus melalui teknologi radar kamera itu.

Maklumat yang dirakam itu akan dihantar terus ke pusat kawalan yang akan memprosesnya bagi penghantaran saman kepada pesalah dalam tempoh 48 jam, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh.


Sumber
Kosmo!

Cikgu Lepas Tangan?

KUALA LUMPUR: Cukup malang apabila seorang pelajar perempuan terpaksa menunggu bersama ibunya hampir sejam di hadapan sekolahnya di sini, dalam keadaan tangan berlumuran darah bagi mendapatkan teksi untuk ke klinik selepas mendapat kemalangan dalam kawasan sekolah.
Ini gambar hiasan saja

Apa yang menghairankan apabila pihak pengurusan sekolah terbabit dikatakan hanya membalut luka pada tangan kiri mangsa menggunakan pembalut sebelum menghubungi keluarga untuk menjemputnya pulang.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, 19 Januari lalu, mangsa, Nurul Asyikin Jamaludin, 14, terjatuh dari tangga ketika pergi ke bilik guru untuk mendapatkan semula sejadah miliknya yang disimpan di pejabat sekolah bagi menunaikan solat Asar berjemaah.

Ketika kejadian itu, Nurul Asyikin dikatakan ditemani rakan sekelasnya sebelum dia terjatuh dari tangga.

Difahamkan, kecederaan dialami mangsa disebabkan besi pemegang tangga berkenaan terkopak selain berkarat terkena pada tangannya ketika dia cuba berpaut bagi mengelakkan terjatuh.

Bapanya, Jamaludin Abu Kasim, 39, berkata sejurus kejadian pihak sekolah menghubungi isterinya, Latifah Che Mat, 29, memaklumkan kejadian berkenaan selain mengarahkan menjemput anaknya itu.

“Sebaik tiba di sana, isteri saya mendapati tangan kiri Nurul Asyikin berdarah tanpa henti. Mana tidaknya, mereka (guru) hanya menggunakan pembalut nipis untuk menutup luka berkenaan.

“Ini yang saya tidak puas hati, kenapa mereka tidak membawa anak saya ke klinik sedangkan keselamatan pelajar ketika sesi persekolahan berlangsung adalah tanggungjawab mereka,” katanya.

“Pihak sekolah sepatutnya lebih menitikberatkan keselamatan pelajar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, sehingga kini tangan kiri Nurul Asyikin masih mengalami pendarahan kecil biarpun sudah dirawat.

Jamaludin berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada anak perempuannya itu.

Sehubungan itu, Jamaludin dan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Wilayah Persekutuan yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berkenaan adalah insiden yang tidak dijangka dan tidak perlu diperbesarkan mana-mana pihak.

“Sebenarnya, kami sudah memberikan rawatan kecemasan kepada pelajar terbabit sebelum pihak sekolah menghubungi ibunya memaklumkan kejadian berkenaan. “Ibunya sendiri mendakwa mahu menjemput anaknya untuk dibawa ke hospital dan kita (pihak pengurusan) terpaksa patuh kepada keinginannya itu.

“Ini kerana, ia adalah satu daripada etika yang ditetapkan pihak pengurusan sekolah. Malah, kita juga sudah bersiap sedia untuk membawa anaknya sekiranya mendapat kebenaran daripada waris pelajar berkenaan,” katanya.


Sumber

Jaga2! Enjin Kancil boleh terbang kalau eksiden

KOTA BHARU: “Saya bagaikan tidak percaya apabila melihat enjin depan sebuah kereta melayang di depan mata,” kata seorang saksi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tendong, dekat sini, semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang pelajar Politeknik Kota Bharu, Nor Shazwana Mat Zin, 21, yang duduk di sebelah pemandu maut, selepas kereta Kancil dinaikinya bersama empat rakan yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

Menceritakan detik cemas berkenaan, Mat Nor Husin, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari Jeli ke rumahnya di Binjai dekat sini, dengan ditemani anaknya, Idris Mat Nor, 10.

“Ketika itu saya cemas sebaik melihat sebuah Kancil seperti terbabas. Saya tidak tahu apa puncanya kerana saya memandu di belakang sebuah kereta Toyota Avanza dari arah Pasir Mas ke Kota Bharu.

“Saya kemudian cuba mengelak kereta itu yang bertembung dengan Kancil sebelum panik melihat objek melayang di depan cermin kereta,” katanya.


Sumber
Harian Metro

Ustaz ‘lemas’ dalam Kancil di Kota Bharu

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya. Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.

Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.

Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.

Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu.

Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.

Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.

Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.

“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer. “Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK),” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.

Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

Sumber
Harian Metro

Tuan Haji Mansor

La ni boleh kata setiap petang hari sekolah kecuali khamis aku kena pi ambik anak aku balik dari kelas KAFA. Jadi satu hari Selasa minggu lepas, lepas ambil anak aku, kami terus ke pasar malam Kepala Batas. Carilah satu dua barang keperluan dapur. Anak-anak pulak apa lagi, beli makanan kegemaran depa.

Kebetulan hari itu aku terjumpa sahabat karib yang sudah lama aku kenal. Tuan Haji Mansor. Umurnya dalam lingkungan 50-an. Aku kenal Cikgu Chot (panggilan mesra) ini sudah lama. Masa itu aku mengajar di SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang. Tahun 1984 Cikgu Chot berpindah ke sekolah itu selepas memperolehi ijazahnya. Sebelum itu Cikgu Chot adalah guru lepasan maktab juga.

Cikgu Chot antara suara-suara lantang mengkritik pentadbiran. Kritik yang membina. Kalau ada yang tak berapa kena, dia akan kritik dan dia firm dengan pendiriannya. Nak jadi cerita, Cikgu Chot berkahwin dengan orang Seberang Perai yang kebetulan adalah sahabat bini aku (bini aku pun orang Seberang Perai). Sebab itu kami kamcheng sebab sama-sama conquer orang Penang.

Ada sorang lagi sahabat aku yang  ceritanya lebih kurang macam ni jugak Nantilah bila aku singgah rumah dia, aku goreng cerita pasal dia pulak.

Suasana pasar malam (tapi siang lagi tu) di Kepala Batas.
Ini baru bahagian ikan dan sayur-sayuran

Kadang-kadang, bila hujung minggu aku balik ke rumah mertua dan ada beberapa kali, secara kebetulan aku laku ikut rumah mertua Cikgu Chot, aku akan singgah jumpa dia di sana jika dia ada. Beberapa tahun selepas itu, Cikgu Chot memohon untuk menjadi pensyarah di Institut Perguruan Darul Aman. Dia jadi pensyarah bahasa. Tiga tahun kemudian isterinya juga mengikuti jejaknya bertugas di tempat yang sama.

Bila aku jumpa dia baru-baru ini, aku ucapkan tahniah kerana dia sudah menjadi ketua Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman. Isterinya pula menjawat jawatan ketua Jabatan Penyelidikan di tempat yang sama.

Inilah satu-satunya puteri Cikgu Chot

Cikgu Chot mempunyai seorang isteri dan 5 orang cahaya mata. 4 lelaki dan 1 perempuan. Anak lelaki beliau yang keempat Muzaffar di tingkatan 3Arif sekarang ini. Yang 1 perempuan ialah anak bongsu. Mereka kini tinggal di taman perumahan berdekatan hospital baru.

Khabarnya Cikgu Chot akan bersara pada tahun 2011. Itulah serba sedikit sahabat baik aku yang jarang aku jumpa walau pun duduk tidak jauh dari aku, tetapi kerana berlainan tugas, masa itu begitu suntuk untuk menjenguk satu sama lain.

Semoga Cikgu Chot panjang umur dan bahagia di samping keluarga dan tugas-tugasnya.