Sunday, May 23, 2010

Tidak Guna Beramal Jika Jahil

Tidak Guna Beramal Jika Jahil

TIADA iman tanpa Islam, lemahnya Islam tanpa iman, lemahnya iman kerana kitab, tidak berguna kitab kerana tidak diamal dan tidak guna beramal jika jahil.

Jahil itu (buta hati) datangnya dari penyakit hati yang penuh dengan cemburu, irihati, dengki dan khianat. Perbanyakkan istighfar jika diri merasa demikian.

Sering-seringlah membaca surah Yasin setiap kali selepas waktu Subuh dan Maghrib kerana ia membawa kepada terangnya hati menerima hidayah Allah.

Tidak ada sebarang penyakit yang tiada ubatnya melainkan penyakit yang membawa kepada petanda kiamat diri (mati).

Angkara iblis dan syaitan (Aids) itu boleh dirawat dengan mengamalkan kehidupan sunnah Nabi SAW secara menyeluruh hingga ajal menjemput (taubat nasuha).

Persiapkan diri (niat) untuk menghadapi ummat (Maal Hijrah) dengan perbanyakkan amal dan ibadah bagi mendapat restu sebagai hamba yang Esa.

No comments:

Post a Comment