Thursday, May 6, 2010

Mangsa toreh sudah keluar hospital

Mangsa toreh sudah keluar hospital

2010/05/06

MELAKA: Jururawat wanita yang menjadi mangsa torehan pada alat sulit oleh suaminya dengan pisau selepas mendakwa menerima bisikan jin di rumahnya di Bertam Ulu kelmarin, dipercayai sudah keluar dari Hospital Melaka (HM), semalam.

Bagaimanapun, usaha untuk menghubungi mangsa berusia 40-an berkenaan gagal apabila wanita itu langsung enggan menjawab panggilan telefon, manakala keadaan rumahnya juga berkunci dengan meninggalkan sebuah kereta di bahagian luar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdul yang cuba mengunjungi mangsa di HM jam 4 petang, gagal apabila dimaklumkan wanitan itu sudah pulang ke rumah.

Menurutnya, beliau mewakili kerajaan negeri bersimpati dengan kejadian menimpa mangsa, dan mahu memberi bantuan serta sokongan moral kerana wanita berkenaan adalah warga terlatih di HM.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Tahir Hasan yang diringi Ketua Penyelia Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional Melaka (Pembela), Amir Hamzah Abd Aziz juga gagal menziarahi di wad HM dalam usaha mereka untuk membantu keluarga mangsa.

Harian Metro semalam melaporkan seorang anggota tentera tergamak menoreh kemaluan isterinya yang memasak di dapur rumah mereka selepas mendakwa mendengar bisikan jin bahawa wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

No comments:

Post a Comment