show details 1:03 PM (21 hours ago)
date Wed, May 26, 2010 at 1:03 PM
subject MEJA KELAS 2 ARIF: SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA
mailed-by gmail.com
Kepada Pengetua SMKL
Disertakan surat yang berkenaan
Sila buat bilangan salinan yang sepatutnya dan edarkan
--
Nizar
Meja Kelas 2 Arif.pdf Meja Kelas 2 Arif.pdf
26 Mei 2010
Kepada
Dato' Datin
Dato' Seri Datin Seri
Tan Sri Puan Seri
Tuan Haji Puan Hajah
Encik Puan Cik
Pentadbir SMK Langgar
MEJA KELAS 2 ARIF: SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA
Saya ingin sampaikan satu teguran. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi tingkatan 2 akan bermula pada hari Khamis ini, 27/05/2010.
Setelah berlalu 2 ujian dalaman yakni US1 dan US2 saya dapati meja di kelas 2 Arif itu amat tidak sesuai untuk diadakan ujian. Pelajar-pelajar dikelas itu dibekalkan meja guru sebagai meja untuk belajar. Setiap meja itu yang menempatkan 2 pelajar.
Pihak sekolah nampaknya tidak berlaku adil kepada pelajar di kelas ini, terutama semasa dijalankan ujian atau pun peperiksaan. Keadaan yang ada sekarang ini memberikan ruang yang sangat luas kepada mereka untuk berlaku curang dalam setiap ujian yang dijalankan.
Memanglah ada guru yang mengawas setiap ujian, tetapi kenapa pihak sekolah tidak pula mengambil tindakan proaktif untuk membendung kecurangan dalam ujian tersebut? Atau pihak sekolah mengambil sikap tunggu dan lihat?
Piawai yang terpakai di sekolah ini adalah setiap orang pelajar memiliki sebuah meja yang dikhususkan untuk pelajar itu semasa menjalani ujian atau peperiksaan. Keadaan ini tidak berlaku pada kelas 2 Arif.
Saya perhatikan keadaan ini berlanjutan dari US1 ke US2. Oleh itu saya berpendapat sekiranya tidak ditegur, pihak J/K Peperiksaan Dalaman tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Itu sikap kita.
J/K Peperiksaan Dalaman nampaknya lebih gemar kepada kerja-kerja perkeranian. Semasa peperiksaan J/K ini hanyalah berfungsi sebagai lori yang menunggu barang-barang dipungut. Tidak nampak langsung mereka ini memantau apa yang berlaku semasa peperiksaan dilangsungkan.
Pihak pentadbiran sekolah sering berpuas hati dengan apa yang telah dan sedang berjalan kerana mereka tidak peduli malah tidak memerhatikan hal-hal sebegini. Mereka lebih gemar melihat rak-rak fail yang tersusun rapi atau pun merasa bahagia dengan keceriaan persekitaran sekolah yang bersih.
Itu juga sikap kita. Tiada teguran bukan bermakna kita sudah mencapai kesempurnaan. Bila ditegur, semua pihak akan lepas tangan. Masing-masing akan menuding jari menyalahkan satu sama lain. Bila ditegur barulah ada tindakan. Saya yakin, sekiranya tiada teguran, keadaan ini akan berlanjutan sampai bila-bila.
Bila diselidiki memang ada rungutan dari kalangan guru-guru mengenai hal ini. Tetapi malangnya tiada teguran yang dibuat hinggalah keadaan ini berlanjutan. Mungkin guru malas menegur kerana sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh pentadbir sekolah. Atau mungkin mereka tidak berani mengambil risiko.
Dengan surat ini, saya harap tindakan segera dapat diambil sebelum bermulanya peperiksaan pada hari Khamis nanti.
Sekian.
Yang ikhlas
Nizar
SK
- S/U Peperiksaan Dalaman
- Semua PK, Semua GK dan Semua guru SMKL
kelas 2 arif - saya guru tingkatan depa.. dah byk kali jugak bgtau secara lisan kat pengetua.. sampai sampai tahap dah cemuih.. huhu!
ReplyDeleterasanya dalm mesyuarat PIBG yg diadakan pada bln Mac yg lalu pun ada waris yg bersuarakan masalh ni... tetapi jawapan yg diberikan adalah amat tidak memuaskan. Alasannya, pelajar di kelas 2A didenda sbb tu pelajr lelaki dan perempuan duduk sebelah-menyebelah.. Takkan le nk dibiarkan??..
ReplyDeleteCerita duduk satu meja lelaki dan perempuan itu pada asalnya bukanlah denda. Kisahnya bermula dalam US1, bila aku tengok depa dah mula meniru dan bising bila duduk 2-2 sejantina, aku tak ada pilihan melainkan dengan meletakkan budak2 tu macam yg dok ada skrg. Aku pesan jangan ubah sehingga US1 selesai.
ReplyDeleteBila bukan waktu aku mengawas, depa dah tukar tempat ke asal. So, aku suruh depa duduk laki/pompuan untuk tempoh seminggu.
Tapi budak2 ni besar kepala pulak, depa tak nak ikut. Waktu aku, depa duduk macam tu tapi bila waktu lain, depa dok macam biasalah. Mana ada denda2 pon.
Nak tau jugaklah sapa yang jawab masa mesy. PIBG tu kata aku denda! Pandai2 buat cerita pulak. Tanyalah aku dulu, janganlah kelentong parents.
hah.. ye ke?Kalo ada video masa mesyrat tu, boleh le tau sapa yg berikan jwpan pada waris.. Boleh juga rujuk semula pada pencatat PIBG. sila jumpa depa ye kalo nk tau..
ReplyDeleteeh.. depa jawab macam tu ka time mesy PIBG? aiseh.. sebabnya, time waris tanya tu, pengetua ada call saya. saya bg jawapan yang sama ngan sifu nizar - depa meniru time xm.. saya tau depa meniru sbb depa sendiri yang ngaku time saya tanya sapa yg shuffle tempat duduk depa... ish! tak pueh ati ni...
ReplyDelete