Bayi 9 bulan maut jatuh dari tingkap kuarters guru | ||
|
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, Adam Haikal Mohd Rostam dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur kuarters empat tingkat itu ketika ibu bapanya sedang tidur di katil yang sama.
Difahamkan tingkap bilik berkenaan tidak mempunyai jeriji atau penghalang dan menyebabkan bayi itu merangkak keluar dari katil.
Ibu kanak-kanak itu dikatakan terdengar tangisan bayi sulungnya sebelum mengejutkan suaminya untuk mencari, dan kemudian menemui anak mereka dalam longkang itu.
Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) tetapi disahkan meninggal dunia akibat cedera parah selain mengalami kecederaan di kakinya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
-- Bernama
No comments:
Post a Comment