Sunday, May 16, 2010

SELOKA PESANAN GURU

Duhai anak dengarlah pesanan,
Bila belajar janganlah bosan,
Kelak kamu akan ketinggalan,
Hidup sentiasa dalam kerugian.

Jangan leka mengejar kemajuan,
Dunia kini tanpa sempadan,
Siapa cepat menempa kejayaan,
siapa lambat pasti ketinggalan.

Rajin bertanya di dalam kelas,
jangan diturut sikap yang malas,
Cikgu mengajar dengan ikhlas,
Tak pernah minta untuk dibalas.

Ke hulu ke hilir asyik meronda,
membuang masa dengan sia-sia
waktu rehat terlebih masa,
guru disiplin hmm.. sabar ajela..

Jauhi rokok hindari dadah
semua itu membawa padah
harapan ibu bapa pasti punah
masa depan kamu hancur musnah

ponteng sekolah tak sudah-sudah
guru tingkatan dan naik menyampah
surat amaran pun dia tak endah
Akhirnya.. pasti dibuang sekolah

kawan yang baik perlu dicari
kawan yang jahat usah dekati
pesanan guru sematkan di hati
kata-kata guru jangan ingkari

Zaman ini penuhi cabaran
Gothik, punk menjadi ikutan
remaja kini hilang pedoman
lupa adat lupa pegangan

jiwa remaja berdarah muda
cepat marah mudah terasa
harus dibimbing dengan bijaksana
kalau degil juga.. rotan saja

Ada pelajar mengenang budi
Ada pelajar lupa diri
Jasa guru tidak dihargai
Tentulah guru berkecil hati

Seloka ini adalah sebahagian daripada Karya asal Pn. Hamidah Ismail yang telah disampaikan semasa Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di SMK Abdullah Munshi, P.Pinang. Seloka ini telah dibaca semula dalam Sambutan Hari Guru di SMK Langgar oleh guru Liza Hazimah Musa, Lizamurni Mat Hussin dan Zaleha Nachar Isahak Merican. Terima kasih Pn. Hamidah...

No comments:

Post a Comment