Kayuh basikal tua ke Putrajaya
ALOR SETAR - Hargai jasa guru dengan mengayuh basikal tua.
Demikian usaha seorang penyelia kanan asrama, Abdullah Thani Ibrahim, 56, yang sanggup mengayuh basikal jenis British Small Arm (BSA) keluaran tahun 1957 sejauh 550 kilometer (km) dari bandar raya ini ke Putrajaya sempena sambutan Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei ini.
Abdullah Thani yang merupakan Ahli Persatuan Gerek Tua Kota Setar (Getuas) memulakan kayuhan pada pukul 9.30 pagi semalam dan dijangka tiba di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu pada pukul 9 pagi Jumaat ini (14 Mei).
Menurutnya, dia memilih untuk mengayuh basikal tua kerana meminati basikal itu yang mempunyai nilai klasik.
baru duk surve mountain bike yang bagus tapi ongkosnya from RM1500.00 laa
ReplyDelete