Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU



Saban tahun 16 mei datang mengingatkan kita tentang beberapa figura manusia yang telah berjaya mendidik dan memanusiakan kita seperti kita yang ada pada hari ini. Yanag tanpa penat dan jemu menabur bakti dan budi demi untuk memastikan anak didiknya berjaya di hari muka..

Itulah guru.. satu profesion yang sangat mulia. Kerana dari tangan mereka yang berdebu lantaran contengan kapur di papan hitam, dan tujahan keluar menyembur air liur, kelenguhan tangan menanda kertas dan ujian murid serta empangan air mata yang mengalir keluar dalam perjuanagnnya mendidik seorang bakal manusia..

Mereka sanggup mengorbankan diri dan kepentingan mereka semata-mata mahu melihat anak didik mereka berjaya.. Mereka akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan anak asuhan mereka kenal erti kehidupan. Dan yang terlebih penting usaha mereka dalam memanusiakan seorang bakal manusia..

Dikesempatan ini, aku ingin mengungkapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sekalian guru-guru yang telah mendidik aku dari dahulu sampailah sekarang. Dana yang terlebih istimewa buat Murabbiku yang utama iaitu emak aku yang juga merupakan seorang guru..

terima kasih yang tidak terhingga atas segala curahan ilmu dan keringat cikgu-cikgu sekalian. tiada apa yang dapat saya balas melainkan sepotong doabuat kalian semua yang telah berjasa kepada saya.. terima kasih cikgu-cikgu semua....


2 comments:

  1. dulu time sklh nakal.. kene cekup dgn cikgu displin sebab kuar kelas ikut tingkap! hehe! skrg dah jadi cikgu - padan ngan muka ai! baru sedar guru bukan sekadar mengaja, tapi nak terapkan moral value tu sbnrnya lagi penting...

    ReplyDelete
  2. tingkap skola asma tu kan rendah
    hehhee

    ReplyDelete