Monday, May 31, 2010
Khusyuk Jawab Peperiksaan Pertengahan Tahun
Pagi ini tingkatan 4 ceria dan 5 ceria menghadapi pepriksaan matapelajaran Kerja Paip Domestik..Nampak macam bersungguh-sungguh jea jawab kerana denda pembetulan jawapan adalah 5 kali jika markah kurang dari 50%..Soalannya di sini, adakah ini satu penderaan ataupun ia memamg berbaloi untuk persediaan pelajar menghadapi Peperiksaan SPM nanti...Sila berikan komen anda!!!!!!
Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta
Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta | ||
|
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.
Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.
Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.
Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.
- Bernama
Sunday, May 30, 2010
Masih tidak berubah
Hari ini hari ke-2 peperiksaan setengah tahun
Kelas 2 Arif masih macam tu jugaklah
Tak ada apa2 tindakan
Everyting fall on deaf ears!
Tunggu esok pulak
Kelas 2 Arif masih macam tu jugaklah
Tak ada apa2 tindakan
Everyting fall on deaf ears!
2 Arif pagi ini
Ini kelas di sebelah, 2 Bestari.
Nampak lebih selesa mereka menjawab
Ini pula kelas 2 Inovatif
Budak2 ini kalau duduk dalam kumpulan pun
jika meniru, cikgu2 tak kisah sangat
Tapi kelas ini pula yg ikut standard ujian
Tunggu esok pulak
Muffin yang enak
Dapat jugak merasa goodies yg enak ini.
Rezeki jangan ditolak
yg selebihnya tu bawak balik bagi bini rasa pulak..
kot2 depa teringin nak buat jugak
hahaaa
Thank you ckin
kot2 depa teringin nak buat jugak
hahaaa
Thank you ckin
Wednesday, May 26, 2010
A letter to pengetua
Nizar to Pengetua
show details 1:03 PM (21 hours ago)
date Wed, May 26, 2010 at 1:03 PM
subject MEJA KELAS 2 ARIF: SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA
mailed-by gmail.com
Kepada Pengetua SMKL
Disertakan surat yang berkenaan
Sila buat bilangan salinan yang sepatutnya dan edarkan
--
Nizar
Meja Kelas 2 Arif.pdf Meja Kelas 2 Arif.pdf

26 Mei 2010
Kepada
Dato' Datin
Dato' Seri Datin Seri
Tan Sri Puan Seri
Tuan Haji Puan Hajah
Encik Puan Cik
Pentadbir SMK Langgar
MEJA KELAS 2 ARIF: SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA
Saya ingin sampaikan satu teguran. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi tingkatan 2 akan bermula pada hari Khamis ini, 27/05/2010.
Setelah berlalu 2 ujian dalaman yakni US1 dan US2 saya dapati meja di kelas 2 Arif itu amat tidak sesuai untuk diadakan ujian. Pelajar-pelajar dikelas itu dibekalkan meja guru sebagai meja untuk belajar. Setiap meja itu yang menempatkan 2 pelajar.
Pihak sekolah nampaknya tidak berlaku adil kepada pelajar di kelas ini, terutama semasa dijalankan ujian atau pun peperiksaan. Keadaan yang ada sekarang ini memberikan ruang yang sangat luas kepada mereka untuk berlaku curang dalam setiap ujian yang dijalankan.
Memanglah ada guru yang mengawas setiap ujian, tetapi kenapa pihak sekolah tidak pula mengambil tindakan proaktif untuk membendung kecurangan dalam ujian tersebut? Atau pihak sekolah mengambil sikap tunggu dan lihat?
Piawai yang terpakai di sekolah ini adalah setiap orang pelajar memiliki sebuah meja yang dikhususkan untuk pelajar itu semasa menjalani ujian atau peperiksaan. Keadaan ini tidak berlaku pada kelas 2 Arif.
Saya perhatikan keadaan ini berlanjutan dari US1 ke US2. Oleh itu saya berpendapat sekiranya tidak ditegur, pihak J/K Peperiksaan Dalaman tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Itu sikap kita.
J/K Peperiksaan Dalaman nampaknya lebih gemar kepada kerja-kerja perkeranian. Semasa peperiksaan J/K ini hanyalah berfungsi sebagai lori yang menunggu barang-barang dipungut. Tidak nampak langsung mereka ini memantau apa yang berlaku semasa peperiksaan dilangsungkan.
Pihak pentadbiran sekolah sering berpuas hati dengan apa yang telah dan sedang berjalan kerana mereka tidak peduli malah tidak memerhatikan hal-hal sebegini. Mereka lebih gemar melihat rak-rak fail yang tersusun rapi atau pun merasa bahagia dengan keceriaan persekitaran sekolah yang bersih.
Itu juga sikap kita. Tiada teguran bukan bermakna kita sudah mencapai kesempurnaan. Bila ditegur, semua pihak akan lepas tangan. Masing-masing akan menuding jari menyalahkan satu sama lain. Bila ditegur barulah ada tindakan. Saya yakin, sekiranya tiada teguran, keadaan ini akan berlanjutan sampai bila-bila.
Bila diselidiki memang ada rungutan dari kalangan guru-guru mengenai hal ini. Tetapi malangnya tiada teguran yang dibuat hinggalah keadaan ini berlanjutan. Mungkin guru malas menegur kerana sikap lepas tangan yang ditunjukkan oleh pentadbir sekolah. Atau mungkin mereka tidak berani mengambil risiko.
Dengan surat ini, saya harap tindakan segera dapat diambil sebelum bermulanya peperiksaan pada hari Khamis nanti.
Sekian.
Yang ikhlas
Nizar
SK
- S/U Peperiksaan Dalaman
- Semua PK, Semua GK dan Semua guru SMKL
Peperiksaan Setengah Tahun bermula hari ini
Seperti yang dijadualkan peperiksaan setengah tahun bermula hari ini 27 Mei 2010.
Bacaan yasin dibatalkan dan waktu terakhir dibawa ke depan.

Sepatutnya...
Masih tidak berubah...
dan ini sikap kita...
Tuesday, May 25, 2010
Teknik Belajar Matematik
Teknik Belajar Matematik
Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk menanamkan minat dan memperbetulkan teknik belajar matematik (Bagi yang tak minat subjek kira-mengira ni.)
Pertama
Kalau nak pandai matematik, kita kena suka mata pelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.
Kedua
Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya banyak buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas cikgu dulu-dulu tanya tentang cara menjawab soalan matematik.
Ketiga
Matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud cikgu, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
Keempat
Anda perlu HAFAL SIFIR!
Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira(calculator), mengapa perlu ingat sifir?
Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada calculator, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
Akhir sekali,
Anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah cikgu akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai mata pelajaran matematik ini.

'Neraka' Geng Samseng Sekolah
'Neraka' Geng Samseng Sekolah
Oleh ANDREW SAGAYAM dan WONG PEK MEI
RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.
Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.
Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.
Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.
Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.
Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.
Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.
Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.
Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.
Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.
Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.
Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.
Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.
Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.
"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.
Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.
Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.
Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.
Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.
"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.
Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.
“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.
Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.
“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.
Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.
“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.
Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.
Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.
“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.
Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.
Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.
Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah.

Monday, May 24, 2010
Tarik balik inokulasi HPV kepada pelajar perempuan - CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkongsi keprihatinan Parent Action Group for Education (PAGE) berhubung usaha kerajaan untuk melaksanakan inokulasi 17,000 pelajar perempuan tingkatan 1 di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menentang Human Papilloma Virus (HPV).
CAP sejak awal lagi membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan program vaksinasi untuk kanak-kanak apabila HPV penyebab kanser servik disebarkan hanya melalui hubungan seksual. Pada September 2009, apabila kerajaan mengumumkan niatnya untuk mevaksinasikan kira-kira 300,000 pelajar perempuan yang berusia 13 tahun, kami menyuarakan keprihatinan dan bantahan terhadap cadangan yang tidak munasabah untuk mevaksinkan mereka terhadap Penyakit Jangkitan Seksual (STD) yang biasanya dialami oleh orang dewasa yang melakukan persetubuhan secara rambang.
Kami sekali lagi mengulangi melaksanakan inokulasi terhadap pelajar perempuan dengan vaksin adalah penyelesaian gejala dan terlalu mudah kepada masalah kanser servik dalam kalangan kanak-kanak yang mungkin mendapat kanser servik akibat aktiviti seksual lebih awal dan persetubuhan secara rambang apabila sebenarnya punca utama dan faktor penyumbang bagi penghidap HPV ialah hubungan seksual dengan ramai pasangan; seharusnya diatasi melalui pendidikan dan agama serta nilai-nilai moral. Kenapa nilai dan penyelesaian ini tidak digunakan oleh pihak Kementerian kepada generasi muda kita sebagai langkah pencegahan sebagai ganti melaksanakan vaksinasi yang menjadi kontroversi itu?
CAP bersetuju dengan PAGE bahawa tidak perlu sama sekali bagi kanak-kanak diberikan vaksin HPV. Kami juga menggesa Kerajaan menggunakan peruntukan RM150 juta untuk menerbitkan bahan bacaan dan mendidik orang ramai berhubung bahaya HPV disebabkan oleh hubungan seksual untuk memastikan bahawa anak-anak kita selamat daripada virus dan juga meningkatkan kempen awam bagi PAP Smears dan ujian HPV untuk mengesan tanda-tanda awal kanser servik atau HPV. Ujian HPV untuk mengesan HPV, virus yang boleh menyebabkan perubahan sel ini, satu keadaan yang boleh dirawat manakala ujian PAP Smears untuk melihat perubahan sel awal pada servik yang boleh berkembang menjadi kanser servik.
Kami juga amat prihatin berhubung keselamatan vaksin ini. Seperti yang dipetik oleh PAGE, Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa ujian klinikal vaksin ini telah dihentikan oleh pihak berkuasa berikutan kematian enam kanak-kanak. Sehubungan itu, kami juga mengemukakan fakta bahawa New York Post mendedahkan pada 2008 Gardasil (vaksin HPV yang dikeluarkan oleh Merck) di bawah siasatan terhadap kemungkinan dikaitkan dengan lumpuh, serangan jantung dan 18 kematian.
Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan Autisme pada 2000. Gardasil juga bertanggungjawab terhadap kadar yang tinggi bagi pitam (syncope) dan pembekuan darah (venous thromboebolic events) dalam kalangan penerima. Di Amerika Syarikat, pembekuan darah dinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes saluran arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian.
Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome (GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti, dan ruam (urticaria). Pada Februari 2008, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan satu kelompok Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan di wilayah Valencia melaporkan dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan.
Cervarix, vaksin HPV oleh GlaxoSmithKline dikaitkan dengan kematian. Pada 28 September 2009, seorang gadis berusia 14 tahun di Coventry, England mati sebaik sahaja menerima vaksin Cervarix di sekolahnya sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan. Amat mengejutkan, malah sebelum vaksin ini diluluskan oleh FDA, pihak berkuasa terkenal di peringkat antarabangsa berhubung penilaian keselamatan ubatan, Cervarix diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) pada 2007.
Begitupun vaksin ini tertakluk kepada ujian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menentukan keselamatan atau keberkesanannya sebelum digunakan terhadap anak-anak kita. Kerajaan kita tidak terhalang oleh ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan dan keadaan yang tragik ini dan terus untuk mempromosikan vaksin yang tidak perlu dan amat berbahaya untuk anak-anak kita yang tidak menyangkanya.
Dengan anggaran 300,000 pelajar perempuan di negara ini dijadikan sasaran untuk vaksinasi oleh kerajaan, kini tiba masanya ibu bapa menyedari risiko yang dikaitkan dengan vaksin ini oleh kerajaan. Sepertimana yang dinyatakan oleh PAGE, pelaksanaan vaksin ini berisiko tinggi kepada anak-anak kita dan tiada manfaat ekonomi kepada negara kita, melainkan kepada pembekal farmaseutikal.
Bahaya kesihatan daripada vaksin telah menghasilkan lebih banyak kemusnahan dan tidak boleh kembali seperti sediakala berbanding bilangan diagnosis kanser servik sebenar. Memandangkan kepada bahaya yang jelas pada masa kini yang dikaitkan dengan vaksin HPV, CAP menggesa ibu bapa pelajar perempuan yang bersekolah melaksanakan hak untuk membuat keputusan mereka sebagai ibu bapa dalam menolak vaksinasi untuk anak-anak mereka dan sebagai ganti menerapkan nilai agama dan moral serta mendidik mereka berhubung bahaya aktiviti seksual pada peringkat awal sebagai hanya satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada dijangkiti dengan virus seperti HPV.
Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menarik balik dengan segera pelaksanaan seterusnya program yang begitu kejam ini dan kerajaan membatalkan sokongan terhadap skim yang tidak wajar dan berpotensi mengancam nyawa ini dengan segera.
Kami tidak bersedia untuk melihat anak-anak kita mati dengan sia-sia akibat ketamakan korporat dan sikap berat sebelah kerajaan.
SM Mohamed Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sunday, May 23, 2010
Ibu bapa marah guru gunting rambut pelajar
Oleh Samadi Ahmad
DENGKIL: Tindakan seorang guru sebuah Sekolah menengah di sini, menggunting rambut lebih 20 pelajar perempuan yang melepasi dahi menimbulkan suasana kecoh di sekolah itu apabila ibu bapa pelajar terbabit tampil bagi menuntut penjelasan pengurusan sekolah berkenaan.
Sebelum kejadian, pelajar tingkatan dua dan satu sekolah terbabit ditahan selepas menghadiri perhimpunan pagi pada jam 2 petang, selepas guru terbabit mendapati mereka tidak mematuhi peraturan sahsiah diri ketika di sekolah, Khamis lalu.
Guru itu yang dipercayai sudah memberikan amaran kepada pelajar terbabit sebelum ini nekad sambil dibantu pengawas, menggunting rambut pelajar terbabit yang melepasi dahi sehingga ada antara mereka yang menangis kerana malu. Rasa malu dan trauma disindir rakan menyebabkan pelajar terbabit menghubungi ibu bapa yang kemudian tampil dengan perasaan bengkeng di sekolah bagi mempertahankan anak mereka yang mematuhi peraturan sekolah. Keadaan kecoh apabila 10 ibu bapa yang hadir di sekolah itu meluahkan rasa marah terhadap guru terbabit bertindak keterlaluan memotong rambut anak mereka tanpa memberi amaran terlebih dahulu.
Bapa pelajar terbabit, Danny Lim, 44, mendakwa terkejut dan tidak puas hati dengan tindakan guru terbabit sambil menuntut penjelasan pengurusan sekolah. Menurutnya, berdasarkan buku undang-undang dan peraturan sekolah, pelajar terbabit tidak melakukan kesalahan, malah menyepit rambut dengan kemas bagi mengelakkan ia terurai. Bukan itu saja, dakwaan Danny itu turut disokong ibu seorang pelajar lain, Tam Pui Yen, 38, yang mendakwa kejadian itu menimbulkan rasa trauma terhadap anaknya yang malu dan sukar menghadapi peperiksaan yang dihadapi pada hari ini.
“Bagi saya tidak ada guru terbabit perlu memotong rambut anak saya yang saya dapati tidak melakukan kesalahan dan mahu guru berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada pelajar dan ibu bapa,” katanya, semalam.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Abdul Manap Harun, mengakui sudah menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak sekolah.
Tidak Guna Beramal Jika Jahil
Tidak Guna Beramal Jika Jahil
TIADA iman tanpa Islam, lemahnya Islam tanpa iman, lemahnya iman kerana kitab, tidak berguna kitab kerana tidak diamal dan tidak guna beramal jika jahil.
Jahil itu (buta hati) datangnya dari penyakit hati yang penuh dengan cemburu, irihati, dengki dan khianat. Perbanyakkan istighfar jika diri merasa demikian.
Sering-seringlah membaca surah Yasin setiap kali selepas waktu Subuh dan Maghrib kerana ia membawa kepada terangnya hati menerima hidayah Allah.
Tidak ada sebarang penyakit yang tiada ubatnya melainkan penyakit yang membawa kepada petanda kiamat diri (mati).
Angkara iblis dan syaitan (Aids) itu boleh dirawat dengan mengamalkan kehidupan sunnah Nabi SAW secara menyeluruh hingga ajal menjemput (taubat nasuha).
Persiapkan diri (niat) untuk menghadapi ummat (Maal Hijrah) dengan perbanyakkan amal dan ibadah bagi mendapat restu sebagai hamba yang Esa.

Gara-gara ubat kuat, isteri minta cerai
KUALA LUMPUR: Akibat ‘kemaruk’ ubat kuat, seorang peniaga bukan saja berdepan masalah mati pucuk dan disahkan doktor menghadapi masalah penyakit jantung, tetapi pada masa sama terpaksa bergelar duda selepas isteri minta diceraikan.
“Sejujurnya, sebelum menggunakan ubat kuat, saya tiada apa-apa masalah zahir dan batin. Namun selepas setahun menggunakan ubat kuat dijual di tepi jalan yang membolehkan seseorang itu tahan lama ketika melakukan hubungan seks, saya mula merasai kesannya.
“Saya menghidap masalah darah tinggi hinggalah doktor mengesahkan saya ada masalah jantung. Alat sulit saya tidak berfungsi dan akibatnya isteri minta cerai,” katanya.
Baha berkata, dia mula terpengaruh dengan ubat kuat selepas pertama kali mencuba di pusat pelacuran, di mana bapa ayam menawarkan pil didakwa dibuat daripada herba yang membolehkan penggunanya tahan lama di ranjang.
“Sekali mencuba, memang ada kesan memberangsangkan. Selepas itu saya mula mendapatkan ubat kuat di tepi jalan, tidak kira untuk digunakan terhadap isteri atau perempuan lain.
“Dalam tempoh dua bulan segala-galanya berjalan lancar, tetapi selepas tempoh itu saya berasa lain macam apabila alat sulit saya hanya mampu berfungsi untuk tempoh singkat.
“Apabila menggunakan ubat kuat, baru alat sulit saya mampu berfungsi untuk tempoh lama. Sejak itu saya mula bergantung kepada ubat kuat setiap kali mahu melakukan seks,” katanya.
Menurut Baha, selepas kira-kira lima bulan bergantung kepada ubat kuat itu, dia mula berasa kesihatan luaran dan dalamannya terganggu.
“Kepala kerap pening sehingga hampir pitam, sakit sendi, hati sentiasa berdebar dan paling menakutkan, alat sulit langsung tak naik. Saya jumpa doktor dan diberitahu saya ada masalah jantung,” katanya.
Baha turut mengakui isterinya mula bersikap dingin selepas menyedari suaminya tidak mampu memberi kepuasan.
“Saya akur dengan permintaannya (supaya diceraikan),” katanya.

Saturday, May 22, 2010
Bayi 9 bulan maut jatuh dari tingkap kuarters guru
Bayi 9 bulan maut jatuh dari tingkap kuarters guru | ||
|
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, Adam Haikal Mohd Rostam dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur kuarters empat tingkat itu ketika ibu bapanya sedang tidur di katil yang sama.
Difahamkan tingkap bilik berkenaan tidak mempunyai jeriji atau penghalang dan menyebabkan bayi itu merangkak keluar dari katil.
Ibu kanak-kanak itu dikatakan terdengar tangisan bayi sulungnya sebelum mengejutkan suaminya untuk mencari, dan kemudian menemui anak mereka dalam longkang itu.
Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) tetapi disahkan meninggal dunia akibat cedera parah selain mengalami kecederaan di kakinya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
-- Bernama
Tuesday, May 18, 2010
BELON UDARA PANAS
ALOR SETAR: Dijangka lebih 100 ribu pelancong akan membanjiri Taman Jubli Emas di sini bagi menyaksikan ‘The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010’ yang julung-julung kali diadakan di sini selepas Putrajaya.
Penaung Festival ini Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dalam sidang medianya berkata, festival ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Festival diadakan selama tiga hari mulai 28 hingga 30 Mei ini akan disertai oleh negara luar termasuklah New Zealand, Jepun, Belgium, Thailand, Perancis dan juga negara tuan rumah Malaysia.
Selain warga tempatan adalah dijangka pesta ini akan berjaya menarik pelancong daripada negara jiran seperti Thailand dan Singapura datang ke Kedah.
Sebanyak sepuluh buah belon akan melakukan penerbangan bermula seawal jam 6.30 hingga 9.00 pagi manakala sebelah petang dari jam 5.30 hingga 7.30 malam. Kapasiti setiap belon yang naik hanya muat tiga orang termasuk juruterbang..
Bagaimanapun kelancaran program ini bergantung kepada keadaan cuaca pada tarikh tersebut kerana belon udara panas ini akan terbang mengikut arah angin dengan kelajuan tidak melebihi 15 knot dengan ketinggi 50 hingga 100 kaki dan akan mendarat sejauh tujuh kilometre di atas kawasan lapang, padang bola atau jalan raya.
Katanya, juruterbang yang akan mengemudi belon udara panas ini didatangkan dari luar dan dalam negara dan mereka adalah penerbang professional dan mempunyai lessen dalam bidang ini.
Sepanjang pesta berlangsung sekitar taman Jubli Emas akan diadakan pelbagai aktiviti seperti para glider, payung terjun, go kart, pentas kebudayaan, pameran dan jualan usahawan kecil. Untuk ini khemah-khemah disediakan untuk disewakan kepada pihak-pihak yang ingin mengadakan pameran dan jualan produknya.
Program ini anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Rozad Creative. Lain-lain agensi yang terlibat ialah Jabatan Kerja Raya, SADA, MBAS, Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3),Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan, Transnasional, Mara Liner dan Mada.
“Orang ramai terutama penduduk negeri Kedah sendiri diharap datang beramai-ramai menyaksikan pesta belon yang berprestij ini kerana Kedah merupakan tempat kedua diadakan pesta ini di Malaysia,” katanya.
Orangramai yang ingin merasai pengalaman naik belon udara ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dan yang berminat boleh menghubungi Tuan Syed Shafulamin Syed Ahmad Fuzi (013-6444464) di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah atau Rozad Crative di talian 019-3301003 (Zulhelmi Salman), 019-6472477 (Abu zarim Abu Talib) dan 016-2117350 (Diana Daud).
Ditulis oleh AMELIA HASHIM...www.kedah.gov.my
Kek panjang raikan Hari Guru
Kek panjang raikan Hari Guru
|
|
JOHOR BAHRU 17 Mei - Seramai 130 warga pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) di sini diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru 2010 dengan acara kemuncaknya menyaksikan majlis memotong kek sepanjang 60 meter.
Majlis yang diadakan di Dewan MSAB itu didahului dengan perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh Pengetua MSAB, Zulkipli Mahmood.
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana, Norfariza A. Kadir berkata, idea membuat kek yang terdiri daripada cantuman 100 biji kek itu dicetuskan oleh para pelajar sekolah berkenaan.
"Kami mengambil inisiatif itu untuk menjayakan sambutan Hari Guru dengan cara yang lebih unik dan menarik. Secara kebetulan sambutan hari tersebut kali terakhir bagi Pengetua yang akan bersara awal tahun depan.
"Kami mendapat kerjasama daripada Season Confectionary & Bakery Sdn. Bhd. yang menaja kos membuat kek berharga kira-kira RM10,000 itu," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis itu di sini hari ini.
Jelas Norfariza, sebagai tanda sayang dan menghargai insan bernama guru, para pelajar turut menyumbang RM2 seorang bagi membiayai kos kek berkenaan.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran dan Jualan Season Confectionary & Bakery, Caren Tan berkata, pihaknya terpanggil melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memilih MSAB untuk merealisasikan hasrat murni itu.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 jam melibatkan 10 petugas bagi menyiapkan 100 biji kek span berperisa vanila itu dengan setiap satu seberat 1.6 kilogram.
Monday, May 17, 2010
Murid Bunuh Diri Selepas Kelas Mengundi Untuk Mengantung Persekolahannya
Selasa Mei 18, 2010
Murid Bunuh Diri Selepas Kelas Mengundi Untuk Mengantung Persekolahannya
HENAN (CHINA): Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di sini bertindak membunuh diri selepas rakan-rakan sekelasnya mengundi agar dia digantung persekolahan kerana terlibat dalam satu pergaduhan.
Pelajar perempuan itu yang dikenali sebagai Lei Meng Jia telah bergaduh dengan salah seorang rakan sekelasnya dan sebagai hukuman, guru kelasnya telah mengesyorkan agar seluruh kelas mengundi bentuk hukuman yang patut dikenakan ke atasnya.
Daripada 38 murid dalam kelas tersebut, 26 telah mengundi agar dia digantung persekolahan selama seminggu.
Tidak dapat menerima keputusan rakan-rakan kelasnya itu, Lei nekad membunuh diri dengan melompat ke dalam Sungai Kuning.
Sebelum membunuh diri, Lei telah meninggalkan tiga keping nota - satu menyatakan sebab-sebab kenapa dia membunuh diri, nota kedua kepada ahli keluarganya dan nota ketiga kepada rakan karibnya sendiri.
Adalah difahamkan, murid yang bergaduh dengan Lei tidak dikenakan tindakan yang serupa tetapi hanya dimarahi oleh guru kelas berkenaan.
Menurut sebuah akhbar tempatan, Lei telah disifatkan sebagai seorang murid yang suka mencetuskan pergaduhan di sekolah dan tidak disukai oleh kebanyakkan murid.

Guru jadi korban terbaru H1N1
Guru jadi korban terbaru H1N1
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my
zulsham@kosmo.com.my
MELAKA - Siti Khadijah Mat, 50, sepatutnya berasa seronok diraikan sempena sambutan Hari Guru semalam, apatah lagi dia antara guru yang disenangi oleh warga pendidik dan pelajar Sekolah Kebangsaan Cheng di sini.
Bagaimanapun, keseronokan Siti Khadijah yang juga guru penyelaras pendidikan khas untuk bertemu warga sekolah tidak menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia di Hospital Melaka pukul 5.15 pagi semalam akibat jangkitan paru-paru dan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Suaminya, Zulkifli Johar, 50, berkata, isterinya itu telah dirawat di Hospital Pantai, Melaka selepas mengadu sakit kepala dan demam pada akhir bulan lalu.
"Pada mulanya isteri saya disyaki menghidap demam denggi tetapi hasil ujian darah pula tiada menunjukkan dia diserang wabak itu,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.
Adegan seks ustazah di asrama pelajar
Adegan seks ustazah di asrama pelajar
Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my
nuraishah.amin@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.
Wanita Solat di Belakang Lelaki
Wanita Solat di Belakang Lelaki
Hadith:
Abu Naim mennyampaikan kepada kami katanya, Ibnu ‘Uyainah menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq katanya:”Nabi s.a.w solat di rumah Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang anak yatim di belakang baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami.”
(Bukhari)
Huraian :
Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelakisebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telahmelebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana merekatelah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.
Sebab itu wanitasolehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaansuami sebagaimana yang Allah tetapkan."
Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita.
Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah S.W.T secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.
Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan, Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim).
Bila saf terisi penuh, maka mulailah dengan saf yang baru dari arah sebelah kanan. Bila yang terbelakang hanya seorang diri, maka usahakanlah ia dapat masuk saf yang sudah ada; atau tariklah seorang anggota saf yang ada untuk menemaninya (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Warga pendidik diminta terus amalkan budaya kerja cemerlang

KUANTAN 16 Mei - Warga pendidik diminta menggembleng tenaga dan usaha untuk terus mengamalkan budaya kerja cemerlang, bertanggungjawab dan menerapkan semangat mujahadah bagi melakukan yang terbaik demi anak bangsa.
Ketika membuat seruan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, para pendidik hendaklah sentiasa bersedia berubah dari satu tahap amalan kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi.
Beliau berkata, warga pendidik perlu menggalas tugas besar untuk menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan dengan satu hasrat dan tekad bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Katanya, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar termasuk Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Satu Pelajar Satu Sukan dan pengenalan Bidang Keberhasilan Utama negara (NKRA).
"Ini adalah satu amanah besar yang terletak di bahu kita semua. Di samping itu, seluruh warga pendidik perlu saling membantu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mulia ini dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif. Bak kata pepatah Melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang di sini hari ini.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama, Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff.
Alimuddin berkata, selaras dengan usaha mempromosikan budaya kerja yang tinggi, pihak kementerian akan memperkenalkan insentif kepada pengetua dan guru besar sekolah yang cemerlang berasaskan 'performance-based assesment.'
Beliau berharap langkah itu dapat memberi motivasi kepada semua pemimpin sekolah dan warga pendidik bagi meningkatkan prestasi dengan bersikap dinamik, bersemangat ketika menjalankan tugas, berdisiplin, mahir dalam mata pelajaran dan sentiasa mampu menghasilkan keputusan yang baik kepada sekolah masing-masing.
"Kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesionalisme guru, agendanya bukan hanya sekadar penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan semata-mata, malah turut bergantung pada tahap kualiti, kompetensi, jati diri dan semangat para guru.
"Faktor-faktor ini banyak mempengaruhi persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap profesion ini yang akhirnya, akan menentukan sejauh mana profesion keguruan akan terus dihormati dan dipandang tinggi," katanya.
Dalam ucapannya itu, Alimuddin turut menyatakan sasaran utama kementerian yang telah mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, untuk dicontohi dan diteladani oleh semua sekolah.
Beliau turut menyentuh pemilihan semula tema sambutan Hari Guru "Guru Pembina Negara Bangsa" kerana ia bertepatan dengan peranan guru memupuk perpaduan di kalangan rakyat selaras dengan gagasan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Warga pendidik katanya, perlu menyedari hakikat bahawa pendidikan merupakan pemangkin terhadap pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan di peringkat awal perkembangan murid sehinggalah ke pendidikan tinggi.
"Usaha yang gigih dan kerjasama erat daripada semua pihak khususnya di kalangan warga pendidik amat diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai iaitu melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyrakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak-ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu," katanya.

Guru Meninggal Dunia, Sambutan Hari Guru SK Cheng Dibatal
BERITA
Isnin Mei 17, 2010
Guru Meninggal Dunia, Sambutan Hari Guru SK Cheng Dibatal
MELAKA: Sambutan Hari Guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Cheng di sini hari ini dibatalkan dan digantikan dengan majlis membaca Yassin setelah seorang gurunya meninggal dunia pagi ini disyaki akibat Influenza A (H1N1).
Siti Khatijah Mat, 50, guru penyelaras pendidikan khas di sekolah itu, meninggal dunia pada 5 pagi di Hospital Melaka setelah enam hari dirawat.
Suaminya, Zulkifli Johar, 50, ketika ditemui di hospital itu, berkata Siti Khatijah tidak sihat sejak akhir bulan lepas dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana disyaki kerana demam denggi.
"Tetapi demam isteri saya tidak pulih dan pada minggu lepas, beliau dipindahkan ke Hospital Memalak dan menerusi ujian sampel darah yang dilakukan oleh hospital itu, isteri saya disahkan positif H1N1," katanya kepada pemberita.
Zulkifli, penyelaras sukan di Kolej Yayasan Melaka, dan Siti Khatijah mempunyai seorang perempuan berusia 25 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun.
Seorang rakan guru Siti Khatijah berkata acara sambutan Hari Guru di SK Cheng dibatalkan sebagai menghormati pemergian allahyarham.
Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Azmi Hashim enggan menyatakan sama ada kematian Siti Khatijah akibat H1N1 kerana pengesahan hanya boleh dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.- BERNAMA

Sunday, May 16, 2010
Majlis Sambutan Hari Guru
Hari ini, 16 Mei 2010 merupakan hari yang dinantikan oleh guru-guru sekolah seMalaysia. Tidak ketinggalan juga bagi guru-guru dan pelajar SMK Langgar yang turut sama menyambut Hari Guru peringkat sekolah yang dirasmikan oleh Tn Hj. Ramlee B Mohamed Shariff, Pengetua SMK Langgar.
Sebelum acara dimulakan, guru-guru di arak masuk dari pintu pagar sekolah ke tapak perhimpuan yang diiringi kumpulan gendang dari KUmpulan Seni Rela Bakti.
Acara majlis ini dimulakan pada jam 7.40 pagi bertempat di tapak perhimpunan dengan bacaan doa pelajar. Antara aturcara majlis yang diadakan adalah seperti berikut:
7.40 – 9.00 pagi
- Perhimpunan pagi
- Bacaan doa pelajar
- Nyanyian lagu Negaraku
- Bacaan Ikrar guru
- Nyanyian lagu Guru Malaysia
- Ucapan Perutusan Pengetua
- Bacaan Perutusan : Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran
- Nyanyian lagu Sekolah, Negeri Kedah dan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’
- Hadiah pelajar kepada guru9.30 – 2.00 petang
SUKANEKA ( GURU & PELAJAR)
- lumba upih
- Isi air dalam botol
- lumba lari tempurung
- boling
PERSEMBAHAN PELAJAR DAN GURU
- koir ( standing in the ice, 21 Guns)
- seloka dan pantun
- pencalonan guru untuk anugerah guru comel, ceria, garang, 'vogue', kreatif dan sebagainya.
- karaoke
- lakonan gaya guru
Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang telah membuat jamuan kelas bagi menghargai jasa guru yang telah mengajar mereka selama ini.
Hari Guru 2010: Perarakan masuk (video)
Perayaan Hari Guru 2010 peringkat sekolah dimulakan dengan mengarak guru-guru dari pintu besar ke astaka dengan diiringan oleh paluan gendang keling dan tiupan nafiri yang diketuai oleh Azizah Ahmad.
SELOKA PESANAN GURU
Duhai anak dengarlah pesanan,
Bila belajar janganlah bosan,
Kelak kamu akan ketinggalan,
Hidup sentiasa dalam kerugian.
Jangan leka mengejar kemajuan,
Dunia kini tanpa sempadan,
Siapa cepat menempa kejayaan,
siapa lambat pasti ketinggalan.
Rajin bertanya di dalam kelas,
jangan diturut sikap yang malas,
Cikgu mengajar dengan ikhlas,
Tak pernah minta untuk dibalas.
Ke hulu ke hilir asyik meronda,
membuang masa dengan sia-sia
waktu rehat terlebih masa,
guru disiplin hmm.. sabar ajela..
Jauhi rokok hindari dadah
semua itu membawa padah
harapan ibu bapa pasti punah
masa depan kamu hancur musnah
ponteng sekolah tak sudah-sudah
guru tingkatan dan naik menyampah
surat amaran pun dia tak endah
Akhirnya.. pasti dibuang sekolah
kawan yang baik perlu dicari
kawan yang jahat usah dekati
pesanan guru sematkan di hati
kata-kata guru jangan ingkari
Zaman ini penuhi cabaran
Gothik, punk menjadi ikutan
remaja kini hilang pedoman
lupa adat lupa pegangan
jiwa remaja berdarah muda
cepat marah mudah terasa
harus dibimbing dengan bijaksana
kalau degil juga.. rotan saja
Ada pelajar mengenang budi
Ada pelajar lupa diri
Jasa guru tidak dihargai
Tentulah guru berkecil hati
Seloka ini adalah sebahagian daripada Karya asal Pn. Hamidah Ismail yang telah disampaikan semasa Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di SMK Abdullah Munshi, P.Pinang. Seloka ini telah dibaca semula dalam Sambutan Hari Guru di SMK Langgar oleh guru Liza Hazimah Musa, Lizamurni Mat Hussin dan Zaleha Nachar Isahak Merican. Terima kasih Pn. Hamidah...

Saturday, May 15, 2010
Muhyiddin Umum Ganjaran Wang Tunai Untuk Guru

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.
Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500, mulai tahun ini.
"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.
"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.
Muhyiddin berkata ganjaran kewangan itu tidak terbatas hanya sekali sahaja untuk setiap sekolah: "Kalau sekolah itu meneruskan usahanya untuk tahun berikutnya, ia akan dapat lagi ganjaran itu.
Beliau berkata ganjaran kewangan itu akan diteruskan setiap tahun dan bagi tahun ini, pencapaian setiap sekolah akan dinilai selepas keputusan peperiksaan, sebelum ganjaran itu diberikan kepada mereka yang layak.
Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyidin turut mengumumkan beberapa inisiatif lain kepada golongan pendidik.
Antaranya, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah sehingga April 2010 ini.
"Untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah bersetuju supaya kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan Gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran," kata Muhyiddin.
Beliau berkata Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah juga akan menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang menimbangkan pelaksanaan beberapa inisiatif kenaikan pangkat berasaskan pencapaian yang lebih baik kepada mereka yang benar-benar menunjukkan kebolehan.
Ditanya mengenai syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru, Muhyiddin berkata beberapa syor jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan dilaksanakan secepat mungkin.
"Beberapa perkara yang saya sebutkan (dalam ucapan) akan dilaksanakan seberapa segera, itu antara sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti jawatankuasa berkenaan," kata Muhyiddin.
Antara syor yang dikemukakan jwatankuasa berkenaan yang akan dilaksanakan segera antaranya, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.
"Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sebagainya.
"Pengecilan jumlah jawatankuasa akan dapat mengurangkan bebanan guru dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki," kata Muhyiddin.
Syor lain ialah mengkaji bilangan peperiksaan di sekolah dan ujian di peringkat sekolah yang dilihat terlalu banyak, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dan penyediaan kurusus-kursus yang bersesuaian untuk golongan pendidik.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi. - BERNAMA

Sekolah cemerlang akademik, kokurikulum bakal dapat imbuhan lumayan

KUALA LUMPUR 15 Mei - Mana-mana sekolah yang mencatatkan peningkatan memberangsangkan dari sudut pencapaian akademik dan kokurikulum akan menerima imbuhan lumayan.
Imbuhan tersebut termasuk dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji pengetua, guru-guru serta semua pihak yang terlibat dalam usaha berkenaan selain mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran.
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat esok oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Kuantan.
Sehubungan itu, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memantau prestasi semua sekolah di negara ini dan penilaian akan dibuat secara menyeluruh untuk memastikan semua pihak di sekolah terlibat dalam usaha tersebut.
Ini bermakna jika ada pihak yang tidak terlibat dalam usaha mencatatkan kecemerlangan biar pun hanya seorang guru maka sekolah berkenaan tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat keistimewaan itu.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia kelmarin menyifatkan amanat beliau sempena Hari Guru sebagai yang terpenting dalam menentukan hala tuju profesion perguruan di negara ini.
Beliau berkata, untuk memartabatkan profesion perguruan, banyak cabang lain yang ada kaitan dengan usaha tersebut mesti diberi perhatian.
Katanya, masih banyak lompong termasuk dalam soal penyediaan kemudahan bagi guru-guru dan masalah tersebut mesti segera diatasi.
Beliau turut menarik perhatian mengenai dasar penempatan guru yang akan meningkatkan pengambilan guru-guru dari Sabah dan Sarawak di mana selepas tamat kursus mereka akan ditugaskan di kawasan masing-masing.
Langkah tersebut, katanya, bagi mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman terutama di kedua-dua negeri itu selain untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid di kawasan berkenaan.

Menjadikan tugas guru berkesan
Menjadikan tugas guru berkesan
|
|
MINGGUAN: Apa sebenarnya cabaran dalam profesion perguruan sekarang ini?
MUHYIDDIN: Cabaran profesion perguruan tidak boleh dilihat terasing daripada cabaran lain dalam bidang pelajaran. Sebab itu sempena Hari Guru ini bukan hari untuk membicarakan soal guru sahaja.
Ucapan saya sempena Hari Guru adalah ucapan terpenting untuk menjelaskan halatuju pelajaran negara kita. Profesion perguruan pun satu perkara utama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pertama, bagaimana hendak perkukuh organisasi kementerian.
Dalam tempoh setahun saya lihat walaupun ada kemajuan yang telah dicapai tetapi masih ada ruang, lompang yang mesti diisi terutama dari segi kualiti, tahap keupayaan, proses yang dilakukan secara pantas dan segera, infrastruktur, cara penyampaian memenuhi falsafah pendidikan kita. Apatah lagi apabila kita bandingkan pula dengan pencapaian sistem pendidikan di negara-negara maju umpamanya Korea Selatan negara paling maju dalam bidang pelajaran, begitu juga di kalangan negara-negara membangun.
Kita boleh lihat negara-negara yang sudah maju sebagai contoh dan kita akan buat perbandingan sejauh mana Malaysia telah maju, sejauh mana sistem pendidikan kita telah maju. Kita tidak boleh menilai tahap kita dari segi penanda aras nasional sahaja. Ada mengatakan mutu pelajaran belum sampai ke tahapnya sehingga menjadi dalih untuk tidak menghantar anak ke sekolah kebangsaan kerana dikatakan mutu tidak setanding dengan sekolah swasta. Biar pun itu tanggapan dan persepsi tetapi kita tidak boleh menolak atau ketepikan. Lebih penting lagi kajian-kajian yang dijalankan mesti lebih saintifik, objektif dalam membuat penilaian.
Pandangan peribadi saya masih terdapat ruang yang banyak kerana saya sendiri pernah katakan belum lagi berpuas hati walaupun telah ada kemajuan tentang di mana kedudukan bidang pelajaran di negara kita ini. Umpamanya dalam soal antara kaum pencapaian pelajar Melayu dan bukan Melayu, bandar dan luar bandar, infrastruktur yang kita sediakan dan bentuk sokongan, banyak perkara yang kita boleh bincangkan skop itu masih luas untuk diselesaikan. Kita boleh melihat kepada MEB yang hendak dilaksanakan.
Maka cabaran sistem pendidikan kita lebih hebat, bukan setakat beri peluang anak-anak kita belajar tapi nak bangunkan masyarakat dan negara terutama dari segi konteks persaingan Malaysia dengan negara-negara lain di dunia. Begitu juga soal modal insan. Kalau kita tidak mampu lahirkan modal insan yang mampu bersaing dan setanding dengan masyarakat antarabangsa kita akan terkebelakang.
Contohnya dalam soal penguasaan bahasa Inggeris, sains, matematik dan dalam bidang profesional yang dianggap penting. Malahan kita menghadapi masalah melahirkan modal insan dalam bidang teknikal dan vokasional. Saya pergi Perancis 50 peratus sistem pelajaran adalah vokasional, di Malaysia tak sampai lima peratus. Sedangkan kita mengarah untuk menjadi negara maju dalam bidang teknologi. Saya tidak melihat ini tugas Kementerian Pelajaran untuk menjana sumber manusia yang kita perlukan, kita mesti lihat konteks yang lebih besar.
Sebab itu tugasan kita masih banyak dan ruang untuk perbaiki hampir semua bidang masih ada. Saya belum berjaya sepenuhnya, ia satu proses yang harus berterusan bukan setahun atau sepuluh tahun. Perlu ada penglibatan masyarakat, kerana masyarakat tahu apa yang mereka mahu dalam bidang pelajaran.
MINGGUAN: Di paras mana kualiti perguruan di negara kita?
MUHYIDDIN: Kalau pun kita sudah berjaya, tetapi ia satu proses berterusan. Kalau hari ini sudah baik tetapi tidak bergerak langsung maka benda yang baik pun akan tertinggal di belakang. Mesti ada proses yang berterusan untuk memastikan sistem yang ada bukan saja baik untuk hari ini tetapi juga baik untuk masa depan. Kalau kualiti guru kita baik hari ini mesti ditambah baik lagi, sasaran kita mesti semua guru ada ijazah dari peringkat pra sekolah lagi. Bukan kita kata guru tidak berijazah tak baik tetapi pastinya ijazah itu naik satu tahap lagi. Kita ada 400,000 guru, kalau baru separuh ada ijazah maknanya separuh lagi belum selesai. Sebab itu profesion perguruan mesti ada kualiti dengan adanya kepakaran dan kemahiran. Tuntutan dan cabaran profesion perguruan sememangnya semakin hari semakin meningkat.
MINGGUAN: Apakah perubahan drastik yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti perguruan dalam masa terdekat?
MUHYIDDIN: Latihan, latihan dan latihan. Pastinya bukan soal guru sahaja tetapi dilengkapkan juga peralatan canggih, suasana pekerjaan kondusif. Bagaimana perguruan dimartabatkan dalam konteks suasana mengajar. Kita mesti selesaikan masalah yang dilihat kecil tetapi sebenarnya penting seperti 50 guru terpaksa bersesak dalam sebuah bilik, guru tidak ada kemudahan tempat tinggal, kuarters guru di pedalaman, kesemua itu tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Semangat guru kena dijaga sebab itu saya ambil masa panjang berbincang bagaimana nak dimartabatkan profesion perguruan, bukan gaji atau elaun sahaja yang memang diambil kira, tapi banyak perkara lagi.
MINGGUAN: Bagaimana pula langkah mengatasi masalah guru di pedalaman kerana masalah ini jika tidak diselesaikan pasti memberi kesan kepada para pelajar di kawasan tersebut?
MUHYIDDIN: Satu ketegasan yang kita buat adalah pengambilan guru-guru pada masa akan datang lebih menjurus kepada kalau ada di kawasan itu anak-anak yang berminat menjadi guru dan berkelayakan mungkin kita tidak hadapi masalah untuk menghantar mereka berkhidmat di kampung sendiri. Kadang-kadang mereka mahu menjadi guru di kawasan mereka kalau ada peluang, tetapi mesti ada syarat yang cukup.
Umpamanya di Sabah dan Sarawak, kita akan ambil lebih ramai guru dari negeri-negeri itu supaya mereka dapat mengajar di negeri masing-masing. Tidak bermakna kita menolak proses integrasi tapi kadang-kadang ada keperluan untuk kita berbuat begitu. Saya tidak katakan tidak ada guru sesuai dari Semenanjung untuk mengajar di Sabah dan Sarawak. Kita kena lihat juga bentuk imbuhan supaya jadi pendorong bersedia bekerja.
Kita perlu ada dasar penempatan guru yang lebih telus, maknanya kalau setiap guru mesti kena mengajar di kawasan pedalaman. Ini bukan mendera tetapi tanggungjawab iaitu apa keadaan sekalipun dia kena berkhidmat di luar bandar, sekarang ini tidak begitu. Ada guru sampai pencen mengajar di satu tempat sahaja, ada pula mengajar di luar bandar dan tidak dapat ke tempat lain.
Setiap guru ada peranan membimbing anak bandar dan luar bandar. Mereka tidak boleh menolak atau anggap penderaan dihantar ke kawasan luar bandar. Menerusi dasar penempatan yang lebih jelas, sistem pemantauan dan rekod perkhidmatan guru tidak akan ada guru yang rasa kebal untuk berkhidmat hanya di satu kawasan sahaja.
MINGGUAN: Profesion guru kini dilihat memperoleh imbuhan lumayan. Sejauh mana Tan Sri lihat gaji serta elaun guru yang tinggi dapat mampu membentuk guru-guru yang berkualiti?
MUHYIDDIN: Memang telah banyak sokongan telah diberikan kepada profesion perguruan bukan sahaja dari segi imbuhan malah pelbagai kemudahan telah disediakan. Namun yang masih kita perlukan adalah meningkatkan kecekapan profesion itu sendiri. Kalau kita lihat hari ini yang ingin kita tekankan adalah soal kualiti pendidikan. Ia bukan saja terkandung dalam kurikulum yang kita sediakan, tetapi juga bagaimana pihak yang bertanggungjawab iaitu guru-guru menyampaikan kurikulum tersebut.
Dahulu kita dilihat hanya fokus kepada kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja tetapi tuntutan semasa adalah proses pembelajaran membentuk peribadi dan perwatakan yang holistik di samping itu memenuhi tuntutan masa depan di mana tenaga modal insan kita mesti kreatif, inovatif selaras dengan Model Ekonomi Baru yang kita rancang. Sebab itu yang penting adalah kita terus beri latihan perguruan kepada guru-guru bukan setakat tertumpu kepada silibus tetapi untuk membolehkan pelajar kita lebih kreatif dan ada interaksi antara guru dan pelajar.
Kadang-kadang dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran hanya ada satu track iaitu guru sebagai pendidik dan pelajar anak murid. Tiada interaksi dan kreativiti pun agak terbatas sebab itu sistem pendidikan kita dianggap fokus kepada kecemerlangan akademik. Kita tidak boleh nafikan akademik memang penting tetapi tidak kurang pentingnya adalah melahirkan masyarakat yang lebih kreatif dan di sini pentingnya bagaimana guru dapat memikul tugas itu.
Kita ada Standard Perguruan Malaysia yang dijadikan asas untuk melihat sejauh mana guru telah mencapai tahapnya. Jika sasaran belum tercapai maka kita mesti menyediakan ruang dan peluang latihan secara berterusan yang mampu mendatangkan hasil jangka pendek dan panjang.
MINGGUAN: Adakah kecemerlangan para pelajar menjadi kayu pengukur kepada kejayaan guru?
MUHYIDDIN: Ia mencerminkan sedemikian, ini kerana tidak mungkin pelajar cemerlang jika guru tidak cemerlang tetapi kecemerlangan pendidikan tidak boleh dilihat dari sudut akademik semata-mata. Kita mahu dalam proses pembelajaran, para pelajar didedahkan juga dengan nilai-nilai kepemimpinan misalnya, yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat maju. Ini hanya akan berlaku jika guru itu ada kepimpinan. Guru bukan setakat guru di dalam bilik darjah, mereka juga pemimpin dalam bilik darjah.
Mereka boleh memimpin para pelajar dalam sistem moral, akhlak, kreativiti, daya usaha. Kesemua ini bergantung kepada guru sendiri. Sebab itu dalam sistem pendidikan kita, kita tekankan kokurikulum supaya pelajar dapat dinilai dari sudut sikap untuk menjadi kreatif dan ada semangat tambah nilai kepada usaha pelajar di samping kemahiran tambahan.
MINGGUAN: Masih ada trend kalangan graduan memilih bidang memilih bidang perguruan kerana tidak mendapat kerja dan bukannya kerana minat. Tidakkah trend ini sedikit sebanyak menjejaskan mutu profesion perguruan?
MUHYIDDIN: Mungkin ada, tetapi saya yakin sebahagian besar yang memohon untuk menjadi guru adalah kerana mereka berminat dan jumlah yang mohon juga besar dan ini terbukti ramai yang telah mendapat jawatan tersebut kekal sebagai guru. Mungkin ada kes di peringkat awal profesion perguruan bukan pilihan utama tetapi apabila sudah biasa dididik dan dibimbing dalam bidang perguruan minat semakin meningkat dan mereka meneruskan kerjaya dalam bidang perguruan.
Bagi saya mustahak mereka yang mohon jadi guru adalah betul-betul kerana minat dalam bidang itu. Kita mahu mereka yang benar-benar dedikasi menjadikan guru sebagai profesion dan bukan sebagai pilihan terakhir. Ini kerana guru adalah profesion mulia yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebagai pembimbing dan pendidik guru sentiasa dipandang hormat oleh masyarakat. Jadi atas dasar itu mereka yang mahu berkhidmat sebagai guru mesti menjadi guru profesional. Guru bukan seperti penjawat awam yang lain kerana mereka adalah pembimbing, pembentuk akhlak dan sahsiah, jadi mereka mesti komited sebab itu kita perlukan guru yang benar-benar mementingkan profesion.
MINGGUAN: Adakah soal kesediaan guru untuk berkorban masa dan tenaga boleh disifatkan cabaran utama dalam profesion perguruan?
MUHYIDDIN: Itu satu daripada cabaran bukan keseluruhannya. Beban bukan faktor utama kerana saya tidak percaya semua guru berasa terbeban. Sebab itu saya mengadakan perbincangan misalnya dalam soal pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian untuk melaksanakan satu projek yang dihantar ke peringkat negeri.
Tetapi di peringkat negeri, pengarahnya dia ada kreativiti yang difikirkan sesuai. Pengarah misalnya untuk penambahbaikan, menambah satu lagi tugas dalam pekeliling tersebut, maka jadilah dua perkara mesti dilaksanakan oleh guru-guru. Walaupun niatnya baik tetapi telah menjadi beban.
Oleh itu tidak usah ditokok tambah, jadi kita nak pastikan ada pemantauan, jika kita keluarkan pekeliling perkara tertentu, ikut pekeliling itu, kalau ada idea baru di peringkat pengarah negeri ia tidak harus diberi kebebasan menokok kepada arahan sedia ada sehingga menjadi bebanan. Kementerian juga mesti beri arahan yang tepat dan apabila nak dilaksanakan di peringkat negeri, mesti dilaksanakan berdasarkan arahan.
SELAMAT HARI GURU
Saban tahun 16 mei datang mengingatkan kita tentang beberapa figura manusia yang telah berjaya mendidik dan memanusiakan kita seperti kita yang ada pada hari ini. Yanag tanpa penat dan jemu menabur bakti dan budi demi untuk memastikan anak didiknya berjaya di hari muka..
Itulah guru.. satu profesion yang sangat mulia. Kerana dari tangan mereka yang berdebu lantaran contengan kapur di papan hitam, dan tujahan keluar menyembur air liur, kelenguhan tangan menanda kertas dan ujian murid serta empangan air mata yang mengalir keluar dalam perjuanagnnya mendidik seorang bakal manusia..
Mereka sanggup mengorbankan diri dan kepentingan mereka semata-mata mahu melihat anak didik mereka berjaya.. Mereka akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan anak asuhan mereka kenal erti kehidupan. Dan yang terlebih penting usaha mereka dalam memanusiakan seorang bakal manusia..
Dikesempatan ini, aku ingin mengungkapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sekalian guru-guru yang telah mendidik aku dari dahulu sampailah sekarang. Dana yang terlebih istimewa buat Murabbiku yang utama iaitu emak aku yang juga merupakan seorang guru..
terima kasih yang tidak terhingga atas segala curahan ilmu dan keringat cikgu-cikgu sekalian. tiada apa yang dapat saya balas melainkan sepotong doabuat kalian semua yang telah berjasa kepada saya.. terima kasih cikgu-cikgu semua....
Subscribe to:
Posts (Atom)