Wednesday, November 10, 2010

Bekas guru dipenjara 18 tahun kerana perkosa murid

Bekas guru dipenjara 18 tahun kerana perkosa murid

2010/11/10
KOTA KINABALU: Seorang bekas guru sekolah rendah swasta dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan bagi setiap satu dari dua kesalahan memperkosa seorang murid perempuan Singapura berusia 11 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Duncan Sikodol, memerintahkan hukuman penjara itu ke atas Adrian Simon berjalan serentak.

Adrian, 31, memperkosa pelajar terbabit ketika murid itu di bilik stor makmal sains SRS Datuk Simon Fung di Likas antara Februari dan Mac, 2010, antara 2.10 petang dan 3.30 petang.

Dia melakukan kesalahan sama di tempat sama pada 26 Mac, 2010 pada 10.25 pagi.

Kedua-dua tuduhan dibuat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan.

Ketika membuat keputusan, Duncan berkata beliau mendapati mangsa sebagai saksi yang boleh dipercayai dan konsisten sekalipun keterangannya diberikan tanpa dibantu.

“Saya puas hati bahawa pendakwaan (yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah, dan TPR Luke Ressa Balang) telah dapat membuktikan kes di luar keraguan munasabah," katanya.

Adrian yang diwakili peguam bela, Hairul V Othman, serta merta memohon penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan.

Hakim meluluskan permohonan itu dan menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan RM1,000 didepositkan bersama dua penjamin.

Duncan juga kehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment