Friday, July 2, 2010

WC2010 Quarter Final - Germany dan Sepanyol


Malam ini 2 lagi perlawanan peringkat suku akhir akan dihidangkan oleh World Cup South Africa. Kali ini pertemuan antara Argentina dengan Germany dan Paraguay dengan Sepanyol.

Kedua-dua perlawanan ini menemukan benua Amerika Selatan dan Eropah. Pertemuan Argentina - Germany adalah lebih menarik kerana kedua-dua tim ini pernah menjadi juara World Cup. Germany memburu gelaran ke-4 manakala Argentina memburu gelaran ke-2. Perlawanan menarik ini saya jangkakan akan memihak kepada Germany.

Satu lagi ialah antara juara Eropah Sepanyol dengan Paraguay. Sepanyol nampaknya tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Paraguay berpandukan aksi mereka dalam perlawanan yang lalu. Paraguay nampak lemah pada bahagian tengah dan serangan yang mana akan didominasikan oleh Sepanyol nanti.

Ramalan: Germany - Sepanyol

No comments:

Post a Comment