Sunday, July 11, 2010

Cut Tari: ‘Sayalah wanita dalam video seks itu’



Cut Tari: ‘Sayalah wanita dalam video seks itu’
July 11, 2010

JAKARTA, 10 Julai – Pengacara program gosip dan model Cut Tari akhirnya mengakui bahawa dia merupakan salah seorang wanita dalam rakaman video adegan lucah yang tersebar di ruangan siber sejak awal bulan lalu.

Teman wanita penyanyi Nazriel “Ariel” Ilham ini membuat pengakuan terbuka selepas lebih sebulan menafikan dia adalah salah seorang wanita terbabit.

Semalam. polis mengkategorikan dia dan Luna Maya sebagai suspek kes penyebaran rakaman seks itu.

Luna Maya pula tidak membuat apa-apa pengakuan hari ini.

Kelmarin kedua-dua Cut Tari dan Luna Maya meminta maaf kepada peminat-peminat dan anggota keluarga mereka ekoran isu ini.

Peguam Cut Tari, Hotman Paris Hutapea memberitahu anak guamnnya mengaku terlibat dalam rakaman video seks itu bersama Ariel.

“Dalam fail kes, kami telah menjelaskan bahawa dia bersama dengan penyanyi itu dalam video itu,” kata Hotman dipetik kompas.com.

Hotman berkata, pengakuan itu hanya dibuat baru-baru ini kerana pelanggannya tidak mahu ‘mengganggu’ siasatan polis.

“Dia (Cut Tari) telah dinamakan sebagai suspek sejak Isnin lalu. Kami cuma tidak menghebahkan kerana kami tidak mahu bertindak lebih awal berbanding polis,” katanya.

Peguam itu berkata anak guamannya tidak sedar yang dia dirakamkan dan tidak tahu siapa yang menyebarkan video itu.

“Dia tidak pernah melihat, simpa dan mengedarkan video ini,” katanya lagi.

Semalam, Cut Tari dan Luna Maya dijadikan suspek dalam kes itu oleh polis Indonesia.

Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama seorang lagi suspek iaitu artis Ariel Peterpan.

“Setelah melakukan penyelidikan saksi ahli (pakar), maka sejak semalam penyiasat telah meningkatkan status Cut Tari dan Luna Maya menjadi suspek pelanggaran pornografi,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Edward Aritonang.

Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu.

Ariel, Cut Tari dan Luna Maya dikaitkan dengan undang-undang pornografi dan jenayah kerana disyaki menjadi pelaku manakala sembilan suspek lain pula disabit dengan undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan bahan itu.

Dalam permohonan maafnya kelmarin, Cut Tari dengan linangan air mata sekali gus mengaku “berselingkuh” (mengadakan hubungan seks) dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya yang turut hadir pada sidang media tersebut.

No comments:

Post a Comment