Saturday, July 10, 2010

PC Fair 2010 - Alor Setar Mall 9 - 11 Julai 2010


Masa balik dari Perlis siang tadi, ternampak banner PC Fair di Alor Setar Mall. Lepas jumpa anak di SMKAK, terus ke Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan singgah di Alor Setar Mall berdekatan simpang ke Plaza Tol Alor Setar Selatan.

Punyalah banyak motokar, sampai ber-Q-Q panjang. Ruang pakir underground sudah penuh, dan kami parking kat luar saja.


Di ruang legar Alor Setar Mall ada PC Fair 2010. Bermula sejak kemaren Jumaat 9 hb hingga Ahad 11 Julai 2010.

Sempat juga round sepintas lalu semua booth. Memang tak banyak booth seperti yang pernah diadakan pada tahun lepas di Star Parade. Paling banyak ialah promosi netbook dan notebook atau laptop. Macam-macam harga ada ditawarkan.

Ada juga booth yang jual eksesoris komputer. Aku sempat lihat benda kecik ni. Blutooth dongle. Rega dia cuma RM7 saja.


Satu lagi yang menjadi perhatian aku ialah kamera digital SLR. Teringat kat paksu yang mengidam sangat nak memiliki sebuah DSLR Nikon D5000. Sempat juga belek-belek kamera terbaru Nikon ni yang dilengkapi lensa zoom 18mm - 58mm, sesuai untuk penggambaran indoors. Rega dia dalam RM 2588 selepas diskaun.


Tengah dok belek-belek kamera tu, ditegur pulak oleh simanis dengan boyfriendnya. Sapa2 yang berminat boleh lagi pergi hari Ahad (last day)

Keluar dari Alor Setar Mall jam 7.20pm. Jalan arah ke Alor Setar jammed teruk. Singgah maghrib di surau Flat Simpang Kuala. Putar-putar lagi dan sampai rumah jam 10.00 pm.

No comments:

Post a Comment