Keadaan Pelajar MRSM Pendang Hampir Pulih
ALOR SETAR: Seramai 34 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang yang disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) sejak minggu lepas kini dilaporkan beransur pulih dan keadaan mereka tidak membimbangkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Marzukhi Mat Isa berkata keadaan pelajar berkenaan hampir kembali normal dan mereka dijangka bebas dari simpton tersebut tidak lama lagi.
"Pejabat Kesihatan Daerah Pendang bagaimanapun diarahkan untuk terus memantau perkembangan itu dan MRSM tersebut telah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa," katanya.
Para pelajar tersebut disyaki mengidap H1N1 selepas didapati mengalami demam panas yang kuat dan sakit tekak yang teruk dan hasil kajian sampel darah dan kahak yang diambil daripada keseluruhan 78 pelajar, 34 daripada mereka disyaki mempunyai simptom H1N1.
Pelajar terbabit dikuarantin di asrama sekolah manakala yang tinggal berdekatan dibenarkan pulang dan dikuarantin di rumah.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment