Saturday, July 31, 2010

Family Day SMK Langgar ( The Carnival,Sungai Petani )

Setelah bermacam-macam masalah yang timbul dan konfrotansi yang wujud, akhirnya hari keluarga SMK Langgar dapat juga diadakan buat julung kalinya..Bak kata YDP Kelab Staff Mr Abu Talib, hari keluarga ini merupakan perintis atau pun langkah awal untuk mengadakan ia pada tahun-tahun hadapan..Lebih kurang 20 orang guru telah menghadirinya..Jika dikira secara rawak, hampir 100 orang kesemuanya yang dapat hadiri..Ini boleh dikatakan berjaya untuk permulaannya..kalau semua guru dapat hadir, pasti setiap ruang di The Carnival akan di isi oleh warga SMK Langgar..beberapa foto sebagai kenangan dapat anda ikuti di bawah menggunakan kamera murah ( Sony WSc,7.2 Megapixel, ev +2,iso 500 )

Pendaftaran Untuk Dapat Gelang Emas Kuning

Seisi bergambar seluruh ahli rombongan

Seisi bergambar lagi,shoot ke 2

Acara bebas, mandi-manda bersama family

Dah penat main air, tunggu lunch

VIDEO KURANG AJAR

Entahlah labu
Apa nak jadi budak2 zaman sekarang?
Rugi kalau tak tengok
Cepat2 sebelum depa padam
Tengok dan komen



Friday, July 30, 2010

Pelajar diculik depan sekolah selepas kelas tambahan PMR

Pelajar diculik depan sekolah


NOOR ZAINY memeriksa kereta Perodua Kenari yang dirampas daripada dua lelaki selepas mereka terbabas ketika menculik seorang pelajar di Besut semalam.


BESUT - Niat jahat dua lelaki yang menculik seorang pelajar dipercayai untuk dirogol bukan sahaja tidak termakbul malah, kedua-dua mereka dapat diberkas ketika sedang bersembunyi dalam keadaan parah di dalam sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila suspek berusia 15 dan 23 tahun yang menaiki sebuah kereta Perodua Kenari melarikan Nurmuni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, ketika dia sedang menunggu ibunya di luar kawasan sekolah untuk menjemputnya pulang selepas tamat kelas tambahan.

Sebelum kejadian, abang mangsa telah datang ke sekolah berkenaan tetapi pulang semula ke rumah selepas mendapati adiknya masih belum keluar.

Nurmuni Ainun Izzati merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini.

Sebaik sampai di sekolah berkenaan, salah seorang suspek tersebut terus menarik mangsa ke dalam kereta hingga menyebabkan pelajar berusia 15 tahun berkenaan cedera manakala beg sandangnya putus dan tertinggal di situ.

Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa pelajar lain tetapi mereka tidak sempat membantu kerana mendakwa kejadian berlaku begitu pantas.

Difahamkan, suspek berusia 23 tahun tersebut dipercayai dalam keadaan gersang kerana isterinya dikatakan masih berpantang kerana baru lepas bersalin.

Mangsa kemudian diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dengan salah seorang suspek memeluknya dari belakang.

Nurmuni Ainun Izzati kemudian bertindak melawan dengan meronta-ronta dan menendang papan pemuka kereta menyebabkannya rosak manakala pemandunya pula gagal mengawal kenderaan tersebut.

Ekoran tindakan drastik mangsa, kereta tersebut kemudian terbabas hingga memasuki sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa pengsan serta mengalami cedera parah di kepala dan leher.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Polis yang melancarkan operasi tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian dan mendapati kedua-dua suspek sudah melarikan diri dan pelajar berkenaan pengsan dalam kereta.

"Hasil maklumat orang ramai, polis kemudian telah menyerbu sebuah rumah dan mendapati kedua-dua suspek yang cedera parah itu sedang bersembunyi di dalamnya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

60 Pelajar diserang histeria

60 Pelajar diserang histeria


KUALA KUBU BHARU – Lebih 60 pelajar di sebuah sekolah menengah di sini mengalami histeria dipercayai akibat gangguan misteri.

Pelajar yang mengalami kejadian aneh itu termasuklah seorang pelajar lelaki.

Beberapa pelajar yang ditemui Sinar Harian memberitahu kejadian itu mula berlaku sejak malam Ahad lalu dan gangguan bertambah serius sejak semalam.

Seorang pelajar yang dikenali sebagai Nida, 17, berkata, ketika kejadian malam semalam, pelajar di asrama perempuan dikejutkan dengan jeritan kuat seorang pelajar di sebuah bilik.

“Terdengar sahaja jeritan itu, semua pelajar tertumpu di bilik berkenaan. Sementara warden mengarahkan seorang rakan kami melaungkan azan bertujuan menghalau syaitan, tetapi, pelajar itu tidak menyedari dia terlupa menyebut syahadah.

“Setelah ditegur, dia terus berpaling memandang kami dan tidak lama itu dia menuju ke arah belakang lalu menangis,” katanya yang mendakwa rakannya itu turut mengalami gangguan berkenaan.

Nida berkata, keadaan berlarutan hingga ke subuh menyebabkan kebanyakan pelajar asrama mengantuk dan lemah ketika hadir ke sekolah.

Menurutnya, pada hari Isnin keadaan dilihat agak tenang tetapi mangsa pertama rasukan makhluk itu masih belum pulih.

“Dia kembali histeria menjelang Asar hingga Maghrib dan hanya dapat ditenangkan seketika. Tetapi, rasukan kembali dan menjangkiti beberapa pelajar lain.

“Keadaan berlarutan hingga ke hari Rabu sehingga memaksa pelajar asrama perempuan dikuarantin,” katanya.

Tiga Murid Sekolah Rendah Dikenal Pasti Dirogol Pemandu Bas

Khamis Julai 29, 2010
Tiga Murid Sekolah Rendah Dikenal Pasti Dirogol Pemandu Bas

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol seorang pemandu bas sekolah yang ditahan Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai dirogol pada hari berlainan ketika menjadi penumpang terakhir bas sekolah terbabit.

"Hasil siasatan polis mendapati tiga kanak-kanak sekolah rendah yang salah seorang berusia 10 tahun, menjadi mangsa rogol lelaki berusia 51 tahun itu di dalam bas berkenaan ketika pulang dari sekolah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata polis kini sedang mengambil keterangan ketiga-tiga mangsa untuk membantu siasatan selain mendapat gambaran sebenar kejadian.

"Kita sedang siasat jika ada lagi mangsa lain dan kita perlukan masa untuk merekod percakapan kanak-kanak ini, kerana terdapat sedikit kesukaran apabila mereka tidak dapat menerangkan secara jelas tentang apa yang berlaku," katanya.

Dalam perkembangan lain, Arjunaidi berkata polis sedang giat memburu suspek kes cabul kanak-kanak sekolah berusia 12 tahun, yang membabitkan pemandu van sekolah di Kelana Jaya.

"Kita telah ke rumahnya dan mendapati suspek telah melarikan diri," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kedua-dua kes.

Kejadian rogol itu terbongkar apabila pemandu bas yang merogol seorang murid Tahun Empat pada 12.45 tengahari, 26 Julai lalu, ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

Dalam kes kedua pula, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dicabul seorang pemandu van ketika ke kelas tambahan sebelum mangsa berjaya melarikan diri dengan keluar dari van tersebut. - BERNAMA

Guru Yang Ingin Sertai Politik Perlu Utamakan Tugas - Naib Canselor UPSI

Jumaat Julai 30, 2010
Guru Yang Ingin Sertai Politik Perlu Utamakan Tugas - Naib Canselor UPSI

TANJUNG MALIM: Guru yang ingin melibatkan diri dalam politik perlu memberi keutamaan dan perhatian yang lebih kepada tugas serta tahu membahagi masa antara mengajar dan berpolitik, kata Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Datuk Dr Aminah Ayob.

"Ianya sesuatu yang tidak boleh dikompromi, tambah-tambah sekarang beban tugas guru sememangnya berat. Jadi mereka mesti tahu sama ada mampu atau tidak untuk terlibat dalam politik," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian program Selangkah Ke Universiti anjuran Badan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi di UPSI di sini, Khamis.

Program tersebut dirasmikan oleh isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Kebudayaan Bakti.

Aminah diminta mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Selasa lepas bahawa mulai 1 Ogos ini, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.

Aminah berkata guru yang ingin terlibat dalam politik perlulah mantap dalam bidang perguruan, dimana mempunyai pengalaman mengajar yang sudah cukup lama, dan dengan itu persediaan mereka sudah cukup lengkap.

"Atau pun kalau mereka ingin menyertai politik pun mungkin pada waktu yang tidak mengganggu tugas mereka, misalnya pada waktu cuti sekolah masa itu mereka boleh aktiflah tapi semasa penggal persekolahan saya rasa guru sepatutnya tidak mengabaikan kelas," katanya.

Aminah berkata guru yang ingin bertanding pada pilihan raya, perlulah mengambil cuti kerana kempen memerlukan masa dan tenaga yang begitu banyak yang boleh menjejaskan tugas pengajaran, dan mampu terbawa-bawa ke dalam kelas.

"Kita tidak mahu apabila mereka sibuk berkempen, sampai berkempen di dalam kelas, sampai mengambil masa sedangkan yang lebih penting ialah mengajar," katanya.

Sementara itu, seramai 280 pelajar dari 100 sekolah menengah di Perak telah mengambil bahagian dalam program sehari itu yang mendedahkan mereka kepada kehidupan di kampus.

Ia diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti dan memberikan semangat kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan sehingga ke menara gading. - BERNAMA

Gengsterisme Di Sekolah Perlu Dilihat Secara Holistik - Muhyiddin

Gengsterisme Di Sekolah Perlu Dilihat Secara Holistik - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu gengsterisme membabitkan pelajar sekolah perlu dilihat secara holistik bagi mengenal pasti sama ada masalah itu berlaku berpunca dari sekolah atau kerana adanya elemen-elemen luar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ini kerana pada masa kini, terdapat kecenderungan untuk mengaitkan perbuatan remaja di luar kawasan sekolah dengan status mereka sebagai pelajar sekolah.

"Memang semua anak muda pada peringkat umur tertentu adalah pelajar sekolah, tetapi kita perlu lihat apa yang mendorong perlakuan mereka itu (gengsterisme), mungkin ada kaitan dengan persekitaran mereka di luar sekolah," katanya ketika diminta mengulas gejala gengsterisme yang membabitkan pelajar sekolah sehingga ada yang dicederakan.

Terbaru tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai, Ampang dekat sini dibelasah teruk kerana enggan menjadi anggota kumpulan kongsi gelap yang aktif merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjadi anggota kumpulan mereka.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas majlis meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Sekolah-Sekolah Asean kedua 2010 di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini, mengakui bimbang dengan trend yang berlaku itu.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata sekiranya terbukti pelajar-pelajar sekolah melakukan jenayah, hukuman berat harus diambil terhadap mereka.

Pada masa sama, beliau turut menggesa semua pihak termasuk ibu bapa dan sekolah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah adalah kondusif dan selamat bagi mengelakkan berlakunya insiden pelajar sekolah dicederakan atau masalah-masalah lain yang boleh berlaku.

Polis pula disaran meningkatkan rondaan di kawasan sekolah bagi mengelak golongan yang "mencurigakan" memberi kesan kepada pelajar, kata beliau. -BERNAMA

Cikgu Pakai Lencana, Murid Bawa Bendera Di Sekolah

Cikgu Pakai Lencana, Murid Bawa Bendera Di Sekolah


Oleh Mohd Sayuti Omar

LANGKAH kerajaan membenarkan guru siswazah Gred DG41 hingga DG 48 boleh aktif dalam politik menimbulkan pro dan kontra. Pembangkang kurang senang dengan tindakan itu kerana ia dilihat sebagai strategi untuk mengukuhkan kedudukan UBN khususnya Umno.


Ada logiknya kebimbangan itu kerana sesuatu polisi atau peraturan (kelonggaran) baru tidak akan dibuat kalau ianya tidak memberi keuntungan kepada Umno. Kerajaan senantiasa saja memperkenalkan peraturan baru atau memberi kelonggaran semata-mata untuk membantu UBN. Apakah kelonggaran ini menandakan pilihan raya umum semakin hampir? Manakala kedudukan UBN pula begitu terdesak sekali?

Sebelum ini guru-guru siswazah dibenarkan aktif dan memegang jawatan dalam parti politik. Mulai tahun 1993 satu peraturan baru diperkenalkan di bawah Peraturan 21, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - di mana guru siswazah tidak dibenarkan memegang jawatan atau aktif dalam politik kecuali pegawai sokongan saja.

Peraturan itu dibuat untuk kebaikan perkhidmatan awam itu sendiri mungkin setelah mendapati guru-guru yang aktif dalam politik mengabaikan tugas mereka di sekolah. Kesannya merugikan pendidikan dan murid. Kenapa tidak, bila guru sudah terlibat dalam politik masa mereka banyak dihabiskan kepada politik. Atau terpaksa berpawah dengan politik. Malam berceramah siang bermesyurat atau menghadiri program parti. Ada kalanya tidak sempat nak ke sekolah.

Kisah cikgu Shaari dalam filem Masam-Masam Manis yang jadi penyanyi sambilan di kelab malam kita lihat sudah menganggu tugasnya sebagai guru di sekolah. Asyik tidur saja. Kalaulah cikgu aktif dalam politik apa lagi memegang jawatan ketua atau timbalan atau setiausaha, tentu akan tidur lebih teruk daripada cikgu Shaari itu.

Hal ini benar-benar berlaku bukan rekaan. Akhiarnya yang jadi mangsa ialah anak-anak murid di sekolah. Masuk penggal dua setengah daripada sukatan pelajar yang diajarkan oleh guru aktif politik belum khatam lagi. Siapa rugi?

Bukan itu saja, ada juga cikgu yang aktif dalam politik ini menyalah gunakan harta benda sekolah. Misalnya menggunakan peralatan dan kemudahan pejabat untuk aktiviti parti. Saya masih ingat semasa sekolah dulu bagaimana dua orang cikgu sekolah saya (keduanya lulusan siswazah, seorang guru besar dan seorang penolong kanan) terlibat dalam politik.

Seorang memegang jawatan setiausaha parti peringkat kawasan dan seorang guru besar menjadi penyokong setia sebuah parti. Dalam sebulan mereka akan menghadiri aktiviti parti dan terpaksa tuang kelas terpaksa meminta cikgu lain mengganti tempatnya. Yang seorang mengajar Bahasa Melayu dan seorang lagi mengajar Ilmu Alam (Geografi).

Cikgu yang menjadi setiausaha itu saya tengok hampir setiap minggu bersama buku cadangan mengajarnya dikilik sama minit mesyuarat partinya atau terselit surat jemputan berlogokan parti. Ada kalanya dia menggunakan stensilan (kertas pendua) pejabat untuk menaip minit mesyuarat bahagian partinya. Begitu juga dengan kemudahan mesin pendua turut digunakan. Kertas untuk dicetak soalan ujian digunakan untuk mencetak minit mesyuarat.

Kerana cikgu besar juga parti sama dengan cikgu itu dia tidak ditegur. Dia sendiri pernah masuk mengajar tanpa memecat lencana parti yang tersemat di dadanya. Ceritanya, suatu hari dia baru pulang dari penamaan calon satu pilihan raya kecil di Kota Bharu. Terlupa nak buang lencana parti politik terus masuk ke kelas saya untuk mengajar. Saya dan murid lain menyedarinya. Tidak ada siapa berani nak menengur guru berkenaan. Saya yang memang membawa bendera sebuah parti politik sebagai sapu tangan, mengelurkan dari poket dan mengelap muka.

Cikgu besar itu ternampak dan menerkam ke arah saya. "Siapa suruh bawa bendera parti ke sekolah. Kecil-kecil dah nak main parti ke?" sergahnya dengan muka merah. Mukanya yang hitam saya nampak merah menyala macam ayam bapak kejar betina. Murid lain tercengeng ketakutan.

"Itu... cikgu pakai apa! Cikgulah yang ajar saya," saya menunjukkan lencana parti yang tersemat di dadaya. Dia memandang ke dadahnya dengan muka marah.

Apa lagi si cikgu besar ini naik angin. "Mari ikut aku ke bilik," dia memerintah saya memasuki ke biliknya. Bilik guru besar. Di dalam bilik dia suruh saya buang bendeara itu dan jangan bawa datang ke sekolah lagi. Saya melawan dengan mengatakan, saya tidak akan buang kalau cikgu juga tidak buang bendera parti di baju cikgu.

Dia membuka lencananya dan letak atas meja. Dan saya juga meletakkan bendera parti yang saya buat sapu tangan atas mejanya. Sambil memberi amaran kepada saya dia berjalan diiringi saya masuk semula ke kelas menyambung pelajaran Geografi yang masanya sudah tersisa lebih separuh.

Ha, itulah sekelumit kisah daripada bahana cikgu yang tergila dan mabukkan politik. Jadi berhubung dengan kebenaran guru aktif dalam politik mulai 1 Ogos nanti seperti diumumkan KSN, Tan Sri Mohd Sidik Hassan (foto) itu, saya bimbang akan ada cikgu yang menjadi seperti dua orang cikug saya itu. Kalau adalah perangai macam itu parahlah anak murid.

Kelonggaran itu bukan saja menyebabkan cikgu terlali dengan tanggungjawabnya sebagai pendidikan, tetapi kelonggaran itu juga akan menimbul masalah lain. Bila cikgu dibenarkan aktif, bukan semua cikgu akan menyokong Umno. Ada yang menyokong pembangkang. Bila cikgu sokong pembangkang maka akan adalah tindakan menukar cikgu ke luar daerah kerana menyokong pembangkang. Ini merugikan murid dan menyusahkan cikgu berkenaan.

Kejadian seumpama ini pernah berlaku di Kelantan pada tahun 60-an,70-an dan 80-an. Di mana cikgu yang menyokong Pas atau pun yang kelihatan menghadiri ceramah Pas ditukar ke Hulu Kelantan, ataupun di luar Kelantan sebagai hukuman.

Saya sangat bimbang kalau kejadian ini berulang apabila cikgu-cikgu dibenarkan aktif dalam parti. Siapa boleh jamin cikgu yang walaupun dihantar menghadiri kursus indoktrinasi agar menyokong Umno di Biro Tata Negara atau semacamnya akan menyokong UBN. Mereka yang sudah mengetahui akan keburukan, penyelewengan dan sifat semulajadi UBN tidak akan sedia menyokongnya. Mereka bersedia dikenakan apa juga tindakan. Hari ini pun tanpa kelonggaran itu sudah ada yang aktif dan memegang jawatan dalam parti.

Jadi kesimpulan kelongran yang diberikan itu tidak menguntung murid sekolah dan bakal menyeksakan kehidupan cikgu yang gian untuk aktif dalam politik. Tersilap aktif mereka akan menerima bahana ditukar ke hulu negeri. Adalah elok kalau kelonggaran itu tidak dibenarkan, biarlah cikgu mengajar muridnya tanpa diganggui dengan elemen-elemen politik. Atau kalau benar mahukan pemimpin berpengalaman, berilmu maka bukalah kelongaran itu kepada semua jangan saja kepada Umno. Saya tegaskan kalau dilihat cara kita berpolitik elok larangan itu dikekalkan.

[wm.kl.11:45 am 29/07/10]

Sumber dari MSO

Thursday, July 29, 2010

Petrol RON 95 Punca Kebakaran?

Khamis Julai 29, 2010
Petrol RON 95 Bukan Punca Kebakaran

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menolak dakwaan petrol RON 95 menjadi punca kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi.

Timbalan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata RON 95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO2M yang mana dapat mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan sulfur.

Katanya di bawah spesifikasi EURO2M itu, jumlah maksimum penggunaan benzene adalah lima peratus sahaja, dan benzene yang terkandung di dalam RON 95 berfungsi sebagai 'octane booster' yang sebelum ini menggunakan plumbum.

"Pernyataan bahawa RON 95 menjadi punca berlaku kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi adalah tidak benar," katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara, di sini Khamis.

Ahmad dalam soalannya ingin tahu sama ada benar dakwaan penggunaan RON 95 menyebabkan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan mudah terbakar.

Mengulas lanjut, Rohani berkata berdasarkan kajian, kebakaran yang berlaku ketika kemalangan disebabkan tiga perkara iaitu percikan api daripada sumber penyalaan, enjin yang tiba-tiba terbakar serta kebocoran atau tumpahan minyak yang berlaku di bahagian tangki minyak.

"Yakinlah bahawa apa yang dipilih oleh kerajaan adalah yang terbaik untuk rakyat. Takkan kerajaan hendak bunuh rakyat di Malaysia," katanya.

Sekitar 1990an, kerajaan menggunakan minyak berplumbum yang kemudian dimansuhkan selepas didapati boleh menyebabkan kanser serta tidak mesra alam.

Kerajaan menggantikannya dengan petrol RON 92 dan RON 97. Namun bermula September tahun lepas, RON 92 dihentikan penjualannya dan diganti RON 95, sementara RON 97 pula dijadikan petrol gred premium. - BERNAMA

Wednesday, July 28, 2010

21 kes pelajar mengandung, bersalin luar nikah

21 kes pelajar mengandung, bersalin luar nikah
Jul 28, 10 1:36pm

Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Dr Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, berkata 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

"Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol," katanya.

Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing.

Beliau berkata, maklumat tersebut diperolehi dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyrakat.

"Sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan," katanya.

Beliau berkata kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.

Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga agar lebih bersikap prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka, katanya.

Katanya, kementerian dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) telah merancang dan melaksanakan beberapa program untuk mendidik pelajar lelaki dan perempuan mengenai seks dan seterusnya mereka diminta berikrar secara bertulis agar mereka menjaga kehormatan diri sehingga ke malam pengantin (alam perkahwinan) setelah tamat program berkenaan.

Mohd Puad berkata program itu akan dianjurkan ke sekolah-sekolah lain termasuk latihan khas untuk Guru Bimbingan dan Kauseling yang akan terbabit dalam program berkenaan.

- Bernama

Saiful Akan 'Berkahwin' Dengan Farah Azlina?

Gambar Farah Azlina


Farah Azlina Abdul Latif yang terbabit dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah digugurkan dari pasukan pendakwaan kes itu berkuatkuasa serta merta kerana didakwa ada hubungan 'Cinta' bersama Saiful Bukhari Azlan.

Saiful Akan 'Berkahwin' Dengan Farah Azlina?


Oleh Dzulkarnain Taib


Suara Keadilan | SHAH ALAM 28 Julai - Setelah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, desas desus timbul Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan akan berkahwin saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam masa terdekat.

Menurut sumber badan kehakiman yang memberitahu Suara Keadilan, Saiful dan Farah dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan mereka secepat mungkin bagi menggelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.

Hubungan romantik antara mereka terbongkar apabila penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan dalam portal berita beliau, MalaysiaToday mengenai hubungan sulit Saiful dengan seorang timbalan pendakwaraya wanita.

Bagaimana pun hubungan cinta yang dirahsiakan itu mendapat kritikan hebat daripada pengamal undang-undang yang melihat pegawai Pejabat Peguam Negara itu telah meletakkan perjalanan pendakwaan terhadap Anwar dalam keadaan yang meragukan.

Ini kerana maklumat kertas siasatan pihak pendakwaan berkemungkinan mampu dibocorkan kepada Saiful yang mempuunyai kepentingan dalam kes tersebut sebagai pengadu.

Menurut laman web Pejabat Peguam Negara, Farah Azlina merupakan Timbalan Pendakwa Raya pada Gred L44.

Sebelum ditukar sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan pada 16 Februari 2010 lalu, Farah Azlina yang dipercayai berusia awal 30an bertugas di Bahagian Perbicaraan dan Rayuan dalam jawatan yang sama.

Dalam sidang media yang diadakan semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Farah Azlina juga digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan, kurang enam bulan pertukaran beliau, atas alasan mengadakan hubungan romantis dengan Saiful.

Bagaimanapun Abdul Gani tidak menyatakan apakah status Farah Azlina di Pejabat Peguam Negara setelah beliau digugurkan.

Sebelum hubungan dengan Timbalan Pendakwa Raya ini, Saiful dikatakan mengikat tali pertunangan dengan Janna Syariza Mohd Zaki.

Tuesday, July 27, 2010

Bowling

Pengenalan

Sukan Bowling semakin mendapat tempat dikalangan orang Malaysia. Semakin banyak pusat-pusat bowling yang di dirikan di seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Kelang dimana terdapat berpuluh pusat bowling yang di kunjungi ribuan bowlers setiap hari.

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda mengenali sukan bowling dengan lebih dekat. Adalah diharapakan dengan memahami maklumat-maklumat asas bowling ini akan menarik minat anda untuk lebih menceburi diri dalam sukan bowling

Sukan Bowling

Sukan bowling ini bukan lah sukar untuk dipelajari jika anda ada kawan-kawan ataupun jurulatih yang sudi menagajar anda. Dengan menggunakan kawan-kawan ataupun jurulatih anda akan cepat memahami teknik-teknik yang betul dalam bermain dalam bowling. Jika anda cuma belajar secara bersendirian tanpa bantuan dari kawan-kawan yang lebih mahir adalah dikuatiri anda akan cepat jemu apabila anda dapati markah anda asyik rendah dan bola yang anda baling asyik masuk ke longkang.

Dalam sukan bowling, tujuan anda ialah untuk menjatuhkan kesemua sepuluh pin yang terletak dihujung lorong yang sepanjang 18.3 meter dengan menggunakan bola bowling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.

Setiap pemain mempunyai dua peluang untuk menjatuhkan kesepuluh pin tersebut dan ianya di panggil frame . Markah akan bergantung kepada jatuhan yang mungkin :-

i) Strike – Jika anda dapat menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut dengan sekali balingan maka anda dikatakan telah membuat strike.

ii) Spare – Jika anda cuma dapat menjatuhkan kesepuluh pin dengan dua balingan maka anda telah membuat spare.

iii) Open – Jika setelah dua balingan masih ada lagi pin yang belum jatuh maka anda telah membuat open frame.

Setiap game anda akan bermain sebanyak 10 frame. Bagaimanapun jika anda mendapat spare pada frame yang kesepuluh(frame terakhir) anda akan mendapat satu balingan bonus. Manakala jika anda mendapat strike pada frame kesepuluh maka anda akan diberi dua balingan bonus.Pemain yang dapat menjatuhkan jumlah pin yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Bola Bowling

Kesemua bola bowling mempunyai diameter 29.6 cm dan mempunyai berat dari 6lb sehinggalah ke berat maksima yang dibenarkan iaitu 16lb.

Terdapat pelbagai jenis Jenama bola bowling yang terdapat dipasaran dan kebanyakan nya dibuat di USA. Antara jenama bola yang terkemuka di Malaysia ialah:-

i) Storm
ii) Columbia
iii) Brunswick
iv) Ebonite
v) Track
vi) AMF
vii) Dyno Thane
viii) Morich

Jenis-jenis bola yang terdapat dipasaran juga biasanya diklasifikasikan lagi mengikut jenis material yang digunakan dalam pembuatan bola tersebut:-

i) Plastik/Polyester – Bola ini dibuat dari polyester dan biasanya di Malaysia dipanggil sebagai Bola Plastik dan mula diperkenalkan sejak tahun 1960’an. Bola jenis ini lebih kos efektif jika dibandingkan dengan jenis bola yang lain dan lebih tahan lama.

Ianya lebih tahan lama oleh kerana permukaannya yang lebih keras dan kurang geseran. Sifat ‘kurang geseran’ bola ini menyebabkan bola ini kurang tergelincir(skid) dan bola ini akan pergi lebih lurus.

Ianya sesuai untuk mereka yang baru menceburi sukan bowling oleh kerana harganya yang berpatutan. Bola polyester yang baru boleh dibeli pada harga sekitar RM180-RM220. Bola polyester ini juga digunakan oleh pemain ‘hook’ sebagai bola spare oleh kerana sifat bola itu yang kurang melencung (hook)

ii) Urethane – Dalam usaha untuk menghasilkan bola yang lebih baik, pembuat bola bowling pada penghujung 1970’an telah mencuba untuk menghasilkan bola yang dibuat dari material polyurethane untuk menghasilkan lebih hook. Oleh kerana urethane ini lebih lembut dari polyester maka ia akan lebih tergelincir(skid) dan akan lebih hook.

Permukaan bola ini boleh di licinkan(sanded) dan dikilatkan(polished) untuk menambah atau mengurangkan hook. Bola urethane lebih disukai oleh mereka yang baru belajar main hook. Ianya juga sesuai untuk digunakan di lorong yang kurang berminyak (light-oiled lane)

iii) Reactive – Pada awal 1990’an pengeluar bola bowling mula menambah resin particle kepada bola urethane.Resin ini membuat bola ini lebih hook dari bola urethane. Bagaimanapun bola jenis ini akan lebih tergelincir dalam minyak jka dibandingkan dengan bola urethane.Kombinasi faktor bola ini lebih tergelincir dan lebih geseran membuatkan bola jenis ini lebih hook dan lebih impak keatas pin jika dibanding dengan bola2 jenis lain sebelumnya.Oleh itu resin reactive ini disukai oleh pemain yang sudah mahir untuk digunakan dalam semua jenis keadaan lorong.

iv) Particle – Oleh kerana bola urethane mendapat sambutan, pengeluar bola membuat keputusan untuk menambah partikel seperti seramik dan kaca untuk menambah kemampuan bola.Penambahan partikel telah menambah geseran bola dan memberi lebih cengkaman bola dalam minyak untuk memberi hook yang lebih mudah dikawal dan lebih sempurna. Potensi hook (hook potential) untuk bola partikel adalah lebih tinggi dari bola-bola jenis lain. Oleh kerana bola jenis particle adalah lebih agresif kebanyakan bola particle digunakan dalam keadaan lorong yang berminyak sahaja.






Monday, July 26, 2010

Kenangan Lalu - Flybaits



Kenangan Lalu

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

( korus )
Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

( ulang dari korus )

Keadaan Pelajar MRSM Pendang Hampir Pulih

Keadaan Pelajar MRSM Pendang Hampir Pulih

ALOR SETAR: Seramai 34 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang yang disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) sejak minggu lepas kini dilaporkan beransur pulih dan keadaan mereka tidak membimbangkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Marzukhi Mat Isa berkata keadaan pelajar berkenaan hampir kembali normal dan mereka dijangka bebas dari simpton tersebut tidak lama lagi.

"Pejabat Kesihatan Daerah Pendang bagaimanapun diarahkan untuk terus memantau perkembangan itu dan MRSM tersebut telah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa," katanya.

Para pelajar tersebut disyaki mengidap H1N1 selepas didapati mengalami demam panas yang kuat dan sakit tekak yang teruk dan hasil kajian sampel darah dan kahak yang diambil daripada keseluruhan 78 pelajar, 34 daripada mereka disyaki mempunyai simptom H1N1.

Pelajar terbabit dikuarantin di asrama sekolah manakala yang tinggal berdekatan dibenarkan pulang dan dikuarantin di rumah.- BERNAMA

NESFU SYAABAN

Malam ini 15 Syaaban atau lebih dikenali dengan nama Nesfu Syaaban. Nesfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban adalah satu hari di mana amalan kita sepanjang tahun iaitu dari Nesfu Syaaban tahun lalu hingga ke hari ini diangkat ke langit.

Dan bermula malam ini kita membuka lembaran kitab baru untuk dicatatkan segala amalan dan perbuatan kita sehingga bertemu Nesfu Syaaban tahun depan.

Malam ini juga dituntut kepada kita supaya membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali dengan permulaan bacaan itu kita memohon 3 doa yang berlainan.

1. Mohon dipanjangkan umur dalam iman dan taqwa kepada Allah.
2. Mohon diberikan rezeqi yang halal dan tidak bergantung kepada makhluk
3. Mohon dimatikan dalam iman

Semoga Allah Merahmati kita semua di dunia dan akhirat.

Sunday, July 25, 2010

Hari Koko: Kupon Palsu, di mana silap kita?

Kemeriahan Hari Kokurikulum yang berlangsung kemaren tercemar apabila ditemui beberapa keping kupon palsu yang dalam urusniaga. Kemunculan kupon ini disedari lebih kurang jam 12.30 tengahari.

Banyak gerai mengadu menerima kupon palsu ini untuk ditukarkan dengan barang-barang jualan mereka. Ada gerai yang menerima lebih 10 keping kupon palsu bernilai RM1 setiap satu. Jika purata setiap gerai menerima 10 keping, jumlah sebenar mungkin mencecah RM100!

Dua jenis kupon yang disah gunakan pada hari tersebut

Mari kita lihat bentuk kupon itu. Kupon yang difotokopi di atas 2 kertas bewarna hijau (RM0.50) dan warna kuning (RM1.00) ini dibuat sendiri oleh urusetia. Ciri-ciri keselamatan yang ada hanyalah cop bulat yang warnanya juga hampir sama dengan warna fotokopi.

Yang mana satu palsu?

Bandingkan 2 kupon di atas. Hampir sama bukan?

Kupon diedarkan dan dijual seminggu sebelum hari tersebut. Dengan tiadanya ciri-ciri keselamatan yang baik, dengan begitu mudah kanak-kanak nakal membuat fotokopi. Kertas A4 warna kuning ada jual di mana-mana! Dan mesin fotokopi pula mudah dicari.

Bayangkan jika sebuah gerai mendapat 10 kupon palsu!

Di mana salahnya?
Adakah kanak-kanak nakal itu yang bersalah?
Atau sifat fizikal kupon itu?
Atau pun kupon dibuat sambil lewa?

Saturday, July 24, 2010

Tokey2 Hari Koko - Part 3

tokey golek popia

tokey burger
daging sampai hancur

tokey popia mini

tokey mee sup

tokey ais kacang
dok bajet susu

tokey kepok leko

tokey burger bugdet mayonese

tokey kebab kira kupon
dah dapat untung banyak tu

Tokey2 Hari Koko - Part 2

tokey butik dan bundles

tokey nasi lemak madu

tokey sandwich

tokey burger

tokey cucog jagung

tokey laksa buyung

tokey karaoke dan kolam ikan

tokey ais tube

Tokey2 Hari Koko - Part 1

Hari kokurikulum sekolah selesailah sudah. Nampaknya ramai yang gembira.
Mari kita tengok siapa tokey2 gerai hari koko.
banner hari koko 2010

menyerok dulu sebelum bisnes dimulakan

tokey air botol

bancuh jangan manis sangat, gula mahal

tokey mee sup check gear box

tokey ais kacang menebuk tin susu

tokey cucog jagung, jaga2 minyak panas

mari beli! mari beli!
tokey nasi lemak bungkus dah mulakan operasi

Bowling Dab Pelepasan

Sempena Hari Ko-Kurikulum SMK Langgar 2010, beberapa acara telah diajurkan..Pada hari khamis telah dilakukan majlis pelepasan ikan di kolam Ustaz Zam..Pada sebelah petang pula diadakan perlawanan bowling antara guru,staf sokongan dan pelajar..sambutan amat mengalakkan.  Antara photo yang sempat dirakamkan menggunakan kamera murah boleh la tengok di bawah.
Pengajur dan selaku pemenang individu hari tu, tak aci coz dia tutup sportlight
Barisan pemain utama negara Uganda
Teknik seyum tak nampak gigi!!!!!Gigi rongak...sori wan
 Pemain import dari sudan, tak mahu tukar kasut

Ustaz YB Zambry melepaskan ikan seberat 10 kg
Apa agaknya depa duk tengok
Orang kuat di sebalik pembekalan ikan sedang melepaskan ikan