Thursday, March 11, 2010

Tiada hasrat temu Kartika

Tiada hasrat temu Kartika

MUADZAM SHAH: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tidak berhasrat menemui model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, bagi membincangkan penangguhan hukuman sebat ke atas wanita itu yang sudah enam bulan tertangguh.

TINJAU...Sultan Pahang (kanan) melawat jambatan Sungai Pukin, semalam.
TINJAU...Sultan Pahang (kanan) melawat jambatan Sungai Pukin, semalam. 
Ini kerana baginda sudah berpuas hati dengan pertemuan dibuat antara ibu tunggal dua anak itu bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, 3 Mac lalu.
Pertemuan tertutup berkenaan turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Maip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Mat Zara’ai Alias.

Pada masa sama, Kartika turut menyuarakan perasaan dan tekanan dihadapinya sepanjang tempoh penangguhan itu sebelum Tengku Abdullah memberi jaminan masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin Menurut Sultan Ahmad Shah, baginda yang juga Ketua Agama Islam negeri ini sudah mewakilkan anakandanya bagi menunaikan hajat Kartika yang ingin menemui bagi mendapatkan pandangan mengenai penangguhan hukuman itu.

Sehubungan itu, tidak perlu dibuat pertemuan lagi sebaliknya baginda akan meneliti saja hasil perjumpaan terdahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Baginda juga minta diberi masa untuk membaca laporan berkenaan, selain menyatakan tidak perlu bersemuka dengan Kartika ketika membuat keputusan.

“Saya baru menerima laporan hasil pertemuan antara Kartika dan Tengku Abdullah hari ini (semalam), namun belum lagi membacanya.

“Biar saya baca dulu dan memahami isi kandungannya sebelum membuat keputusan kerana saya tidak mahu terburu-buru,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan jambatan baru Sungai Pukin bernilai RM11 juta yang menghubungkan Felda Selancar 1 hingga 5 dengan Muadzam Shah dan Kuala Rompin, semalam.

No comments:

Post a Comment