Thursday, March 4, 2010

Cemburu punca bunuh

Cemburu punca bunuh


KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Feisal Libertus Abdullah memeriksa kereta Perodua Viva milik Suhana yang mati ditikam oleh rakan wanitanya di Taman Kristal Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang wanita yang tidak dapat menahan rasa cemburunya bertindak kejam apabila menikam seorang jurujual sebuah kedai alat tulis bertubi-tubi hingga mati sebelum menikam dirinya sendiri di Taman Kristal Mergong di sini malam kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam berhampiran sebuah bendang itu mengakibatkan, Suhana Mohd. Shariff, 26, mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di perut dan dada dengan menggunakan pisau pemotong sayur oleh suspek yang dikenali sebagai Oren, 33.

Sebaik melihat mangsa berlumuran darah, suspek yang merupakan seorang wanita berperwatakan lelaki kemudian cuba membunuh diri dengan menikam dada dan menggelar tangan kiri sendiri tetapi dapat diselamatkan.

Suspek berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Difahamkan, sebelum itu, kedua-dua wanita berkenaan telah berselisih faham sebelum berlaku pertengkaran besar di antara mereka di dalam sebuah kereta Perodua Viva milik mangsa.

No comments:

Post a Comment