Thursday, March 11, 2010

Dikelar rakan dalam tandas

Dikelar rakan dalam tandas

GEORGETOWN: “Saya fobia untuk ke sekolah dan takut pelajaran terjejas,” kata seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Noranaliyah Ali Akhbar, 17, ketika ditemui, semalam.


SAKIT...Noranaliyah menunjukkan tangannya yang berbalut selepas dikelar rakan sambil diperhatikan Ali Akhbar, semalam.
SAKIT...Noranaliyah menunjukkan tangannya yang berbalut selepas dikelar rakan sambil diperhatikan Ali Akhbar, semalam. 
Noranaliyah berkata, dia kini trauma selepas dikelar kira-kira 10 kali di tangan kirinya oleh rakan sekolahnya dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi kelmarin di tandas sekolah berkenaan.
Dia berkata, serangan terhadapnya dimulakan dengan surat layang pada 22 Februari lalu yang berharap mangsa mati cepat daripada menyusahkan orang lain yang perlu mengangkatnya setiap kali pengsan di sekolah.

“Saya sering pengsan di sekolah sejak mula belajar tahun lalu di sekolah ini dan ramai rakan yang menolong untuk mengangkat saya. Saya percaya surat ini dihantar oleh seorang rakan yang tidak suka menolong saya.

“Bapa risau selepas menerima surat layang pertama itu dan membawa saya membuat laporan polis dua hari kemudian tetapi polis tidak dapat mengenal pasti suspek kerana ia ditulis tangan,” katanya di sini, semalam.

Dia berkata, susulan laporan polis itu, surat layang kedua diletakkan dalam meja tulisnya pada 25 Februari lalu yang berbunyi, ‘Anak haram, dajal la awak bawa sampai jadi kes polis, awak ingat aku takut ke...jom kita tengok siapa yang akan menang di mahkamah’.

Menurutnya, laporan polis kedua dibuat selepas itu dan sejak itu, dia sering tidak hadir ke sekolah kerana takut akan diugut lagi.

“Kemuncaknya, pagi semalam, kira-kira jam 9.50 pagi ketika hendak menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris, saya terjumpa sekeping lagi surat layang yang meminta saya datang ke tandas sekolah pada waktu rehat seorang diri dan meminta tidak memaklumkan kepada sesiapa.

“Selepas peperiksaan, saya ke tandas dan tiba-tiba seorang pelajar yang menutup mukanya dengan sapu tangan menarik tangan serta menolak saya ke dalam tandas,” katanya sambil menambah pelajar itu meminta dia menarik balik laporan polis dibuatnya.

Katanya, selepas memberitahu bahawa dia tidak mampu berbuat apa-apa mengenai laporan polis berkenaan, pelajar perempuan itu mengelar tangannya lebih 10 kali sebelum meninggalkannya seorang diri dalam tandas.

Dia berkata, ketika kejadian, dua lagi rakan sekelasnya ada dalam tandas sebelum dia berlari ke bilik guru dengan tangan berlumuran darah.

“Selepas memaklumkan kepada bapa mengenai kejadian ini, dia membawa saya ke balai polis untuk membuat laporan dan saya menjadi trauma untuk ke sekolah lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu berkata, dua rakan sekelas mangsa sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Saya hanya berharap suspek yang memperlakukan saya begini akan diambil tindakan segera kerana risau saya akan diserang lagi pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu berkata, dua rakan sekelas mangsa sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

2 comments:

  1. YA ALLAH.. sampai mcm tu skali.. kalo tak ikhlas nak nolong, tak pyh la tlg.. macamana la keadaan students masa akan datang (tgh bayang ada anak sendiri - perasan!!!)

    ReplyDelete
  2. Erm.. cite kali ni adalah pertama kali berlaku dlm sekolah tersebt. Sepnjg saya mengajar di SMK Seri Balik Pulau, plajrnya masih lagi mampu dididik dan mendengar kata guru.. x pandai nk melawan guru ataupun buat 'loya buruk' (alasan.. nk melawak dgn guru) seperti yg biasa terjd bg pelajr di SMK Langgar. Namun, 3 thn yg berlalu.. sudah bnyk perubahan yg berlaku.. dan.. tidak dpt dinafikan spt yg dikomen oleh ckgu Syikin.. keadaan pelajar akan dtg.. tidak tahu lagi bagaimana/cara yg akan dididik untuk menjadikan mereka insan yg berguna..

    ReplyDelete