Wednesday, March 3, 2010

Mesyuarat kali ke-113?

Hari ini ada lagi mesyuarat. Pasal merentas desa. Hari itu dah buat. Hari ini ada lagi. Ini semua kerja redundency. Kerja-kerja macam ini tak profesional namanya. Konon saja jawatan guru ini satu profesion, tapi tidak profesional bila mai kerja2 mesuarat macam ni.

Oklah, profesiona ka, tak profesional ka, redundency ka, mesyuarat tetap ada, dan semua guru diWAJIBkan hadir.

Agenda 1 - Cerita merentas desa hari sabtu ini. Cuma ada sedikit perubahan dalam jawatankuasa. Yang lain2 tu serupa jugak lah!

Agenda 2 - Eh! korang jangan kata hari sabtu ni tak ada P&P! itu pesanan yang diberikan. Untuk apa tak tau la. Macam2 pe'el org

Agenda 3 - Staf Gathering with Family. Nampaknya macam ada sambutan hangat. Maklumlah kali ini ada presiden baru yang lebih agresif. Sebab apa dpt sambutan hangat? Sebabnya dibuat di Pantai Merdeka!

Memang guru2 dah sakit kepala tengok perangai budak2. Sekali sekala boleh gathering dengan staff dan family di tempat luar yang menarik, barulah guru dpt release tension depa. Ada tapinya jugak! Presiden bagi tau tak dpt nak dibuat sebelum cuti penggal 1. So dia posponed kepada minggu pertama atau kedua selepas sekolah dibuka untuk penggal 2 nanti. Sabar sajalah...

Agenda 4 - Pasal nak tangkap pencuri. CSI sekolah ni pun bukan calang-calang group. Tapi nak siasat perlu jugak maklumat dari guru. Guru kena pasang spy banyak-banyak, itu cadangan

Agenda 5 - Ini pasal sistem maklumat murid. Semua guru kena isi dalam sistem. Rupa2nya selepas 4 tahun guna software peperiksaan itu baru depa tau kata boleh buat macam-macam! Atau pun saja depa tak mau buat, takut kerja bertambah-tambah-tambah. Memanglah, kalau tunjuk pandai sangat nanti kena kerja lebih. Rugi tau hehhee.

Actually ini pun kerja redundency. Tak profesiional lagi nampaknya. Walhal sudah ada sistem SMM dan ada guru khas untuk menguruskannya. Kenapa tak guna? Kalau tak reti guna, buang sajalah sistem itu atau pun buang guru itu. hahha!

Agenda 6 - Ini agenda yang mendapat sambutan hangat. Konon2 gerombolan PPD & JPN mau mari sekolah. So depa mintaklah cikgu siapkan semua item yg sepatutnya ada dalam kelas. Lagi cantik depa offer cikgu bagitau apa masalah yang ada dalam kelas.

Macam2lah boleh didengar. Whiteboard berlubanglah, kipas angin tak musinglah, siling berlobang hawa panas masuk, whitboard tak cukup besarlah. Yang lucunya nak tolak lemari pun diadukan jugak! Aduhai cikgu, kita bukan raja dan kita adalah kuli saja. Yang atas2 tu pulak tulang deliver kerja untu kuli2 macam kita ni. Dah banyak sangat aduan, ditutup pula agenda ini. ditengah jalan.

Agenda 7 - Balik laa, dah 2.30 ptg. perut pun dah keroncong

2 comments:

  1. hahahaha! tu la sapal.. cerewet mcm kita pulak yg bos.. nak arah itu ini.. bleh ckp je la..

    ReplyDelete
  2. erm.. ckgu asyik kena msyuart.. kna wat itu ini. Letih oo... mesin pun ada masa rehat.. inikn manusia.. Hal PPD dan JPN lak, ada sek dah kena ambush.. Ala, depa tengok ckgu ngajar, buku rekod ckgu dan fail2 panitia je.. di samping tu, cuci mata gak le keceriaan kelas.. itu je..

    ReplyDelete