Mangsa drebar teksi baran
2010/01/02
KUALA LUMPUR: Malang buat seorang pensyarah wanita apabila dia bukan saja dimarahi dengan kata-kata kesat malah ditampar seorang pemandu teksi di sebuah pam minyak di Kampung Pandan, di sini, atas sebab yang tidak diketahuinya.
KUALA LUMPUR: Malang buat seorang pensyarah wanita apabila dia bukan saja dimarahi dengan kata-kata kesat malah ditampar seorang pemandu teksi di sebuah pam minyak di Kampung Pandan, di sini, atas sebab yang tidak diketahuinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Loo, 26, berkata dia yang memberhentikan kenderaannya di pam minyak berkenaan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang turun daripada sebuah teksi.
"Tanpa banyak bicara, lelaki berusia 30-an itu terus menampar saya. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memarahi saya dengan menggunakan kata-kata kesat di hadapan orang ramai.
"Saya yang mempersoalkan tindakannya itu dengan bertanyakan kesalahan yang dilakukan tidak diendahkan lelaki berkenaan.
"Selepas beberapa minit bertengkar, lelaki terbabit mendakwa saya tidak menunjukkan lampu isyarat ketika hendak memasuki pam minyak berkenaan sedangkan saya berbuat demikian," katanya ketika ditemui semalam.
Loo berkata, dia sudah menyalakan lampu isyarat lima meter sebelum membelok dan mungkin pemandu teksi terbabit tidak perasan.
"Bagi saya lelaki terbabit hanyalah seorang pengecut kerana sanggup membuli dan memukul seorang wanita.
"Saya berharap kejadian ini tidak akan berulang lagi selain menasihati kaum wanita supaya lebih berhati-hati dengan pembuli jalanan seperti pemandu teksi berkenaan," katanya.
Sehubungan itu, mangsa menghubungi kakaknya sebelum mereka berdua membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment