Wednesday, March 31, 2010

1 April FOOL Cuti Peristiwa

Hari ini kita cuti!

Nak pi mana? tatau laa
bayar bil2 la nampak gayanya sebab dah ujung bulan.

Sapa2 yg nak buat open house tu, jemput2 la kami sama naaa

Hari ni pulak 1 april FOOL. Pelik jugak ya? camne 1 april saja ada FOOL?
1 Mei tadak pulak
1 januari tadak pulak!
macam2 la kegilaan manusia

Tuesday, March 30, 2010

Satu Majlis dah selesai

Hari Jaya Gemilang dah selesai
Sekarang ini bersidang pula mesyuarat PIBG

M13-H54 - Pakai lawa hari ini

Hari ini dinamakan Hari Jaya Gemilang dan Mesyuarat Agung PIBG ke-25
Semua orang suka

Budak2 tak mai sekolah, semua pakat2 duduk di kantin di mana majlis diadakan.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Abdullah Saad, Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah.

Majlis berjalan lancar

Esok kita cuti

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing edisi terhad

PENASIHAT Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed (kiri) ketika melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing edisi terhad di Pavilion, hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pemandu Pasukan 1Malaysia Lotus F1, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy. - Foto Eizairi Shamsudin
Mar 30, 2010 4:48 pm

Tumbuk Teman Wanita Kerana Enggan Beri Wang

Tumbuk Teman Wanita Kerana Enggan Beri Wang

KUANTAN: Seorang lelaki bertindak menumbuk dan memukul teman wanitanya kerana enggan memberi wang yang diminta dari wanita tersebut.

Kejadian berlaku berhampiran kawasan asrama pekerja sebuah kilang di Padang Lalang di sini pukul 9 malam tadi.

"Lelaki berusia 20-an terbabit secara tiba-tiba meminta sejumlah wang daripada teman wanitanya yang berusia 18 tahun, namun selepas permintaannya tidak dituruti, dia bertindak memukul bahu mangsa.

"Malah dia bertindak menumbuk muka dan badan mangsa," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha.

Nordin berkata, lelaki tersebut turut merampas telefon bimbit dan wang RM100 milik mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Beliau berkata, polis sedang memburu lelaki terbabit yang mendampingi mangsa tiga bulan lepas. - BERNAMA

Monday, March 29, 2010

M13-H53 - Semua pakat2 sibuk

Macam nak menyambut raya la pulak. Semua orang sibuk, dari yang atas sampai la ke budak2, sibuk semacam. Maklumlah esok nak buat hari bersejarah.

Hari Jaya Gemilang dan Mesyuarat Agung PIBG akan di adakan esok. Tambahan pulak hari Khamis cuti peristiwa.

Pakat2 mai awai esok naaa

New insurance plan a bane for motorists

Tuesday March 30, 2010
New insurance plan a bane for motorists
By WANI MUTHIAH
wani@thestar.com.my

KLANG: Motorists injured in road accidents may find themselves in limbo due to lack of compensation when the new basic third party motor insurance coverage scheme for bodily injury and death is introduced on July 1.

Under the “no-fault” third party scheme, aggrieved parties cannot claim damages from insurance companies.

(Under a no-fault scheme, compensation may be paid to all victims irrespective of whether they are at fault.)

Instead, financial awards will be given out by a consortium comprising several parties, and it is believed that a government body would also be represented.

Under the new scheme being drafted by Bank Negara, it is believed that awards would be capped.

An insurance agent, who declined to be named, said the worst-hit group would be those without jobs or in the lower income group.

“Those who have jobs will still receive their salaries, and their medical bills will be paid by their employers while they are recuperating in hospital. It is going to be very difficult for those without jobs and those employed on a contract basis,” he said.

The only way to get additional compensation would be to file civil action against the negligent party.

Lawyer Adrian Thambyraja said since most accident victims were motorcyclists who generally earned less than RM2,000 a month, filing a private suit would be beyond their means.

He said the onus was on Bank Negara to ensure that all loose ends were addressed before the new scheme was implemented.

“It would be a sad turn of events if victims or those who have lost a breadwinner end up not being duly compensated,” said Thambyraja, who sits on the Bar Council’s general insurance committee.

Two more days for employers to complete E forms

Two more days for employers to complete E forms

PETALING JAYA: Employers have two days left to complete their E forms for the income tax returns for assessment year 2009.

Internal Revenue Board (IRB) public relations officer Masrun Maslim reminded employers to submit the forms to avoid the hassle of last-minute submission.

He said that although many people were now switching to e-filing, they should not wait to submit their returns till the last minute.

He added that the e-filing system had also been upgraded to cope with the surge in online tax returns.

The deadline for individual taxpayers (BE and M forms) is April 30 and June 30 for businessmen (Forms B and M).

Those who jointly file their tax returns using the P Form have until June 30 to do so. As of Sunday, the IRB received 238,411 tax return forms online.

“This is an 85.87% increase from 128,266 during the same period last year,” he said yesterday. He added that 1.53 million income tax return forms for individuals for 2009 have been sent by the IRB since February

Letupan Dalam Kereta Api di Moscow: 3 Pelajar M'sia Hampir Maut

Letupan Dalam Kereta Api di Moscow: 3 Pelajar M'sia Hampir Maut 
 
Kereta Api Metro di Moscow, Russia musnah dalam satu letupan hari ini. Letupan tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini. Foto AP/ Life News.
 
Pasukan Mencari dan Menyelamat Russia mengangkat mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian pengeboman Kereta Api Metro yang berlaku di Moscow hari ini. Setakat ini 38 mangsa disahkan terbunuh dalam kejadian malang tersebut.Foto AFP
 
MOSCOW: Tiga orang pelajar perubatan Malaysia di sini terselamat dari maut apabila kereta api yang mereka naiki meletup dan mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang setakat ini.

Wisma Putra mengesahkan ketiga-tiga pelajar Malaysia itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sebaliknya mereka telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Ibu-bapa ketiga-tiga pelajar berkenaan juga telah dimaklumkan mengenai status dan kedudukan anak mereka oleh Wisma Putra.

Pihak berkuasa tempatan berkata, para saksi melihat sekurang-kurangnya dua orang wanita yang dipercayai pengganas telah meletupkan diri mereka dalam sebuah kereta api metro yang sarat dengan penumpang.
Dan Perdana Menteri, Vladimir Putin yang juga bekas presiden Rusia mengisytiharkan perang keatas pihak pengganas yang bertanggungjawab itu.

Ini adalah serangan pengganas yang terburuk di ibu kota Rusia sejak enam tahun lalu. Enam puluh lima lagi penumpang dilaporkan tercedera.

Ketua Agensi Perisikan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Bortnikov dipetik sebagai berkata, bom berkenaan diisi dengan batang besi dan juga punat skru.

Beliau dengan segera mengaitkan kejadian itu dengan pergolakan di Utara Caucasus, iaitu wilayah yang didiami oleh etnik Chechen dan tidak pernah menghentikan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Rusia sejak terpecahnya Kesatuan Soviet.

Putin menjadi popular pada tahun 1999 apabila beliau melancarkan perang ke atas puak pemisah Chechen dan menawan ibukota wilayah itu Grozny.

Para pemimpin Rusia khuatir kehilangan wilayah Chechen hanya akan menjejaskan laluan transit tenaga seperti minyak dan gas ke tangan puak pemisah dan lebih buruk dari itu akan mendorong puak-puak pemisah lain yang majoritinya beragama Islam bangun menuntut kemerdekaan.

Kembali kepada kejadian pagi tadi, letupan yang pertama berlau pada lebih kurang jam 8 pagi waktu Moscow dan memusnahkan gerabak kedua kereta api metro yang berhenti di Stesen Lubyanka - yang terletak berdekatan dengan Ibu Pejabat FSB. Letupan di stesen itu mengorbankan 23 orang.

lebih kurang 40 minit kemudian, satu lagi letupan mengegarkan sebuah lagi kereta api metro yang sedang berhenti di Stesen Taman Kultury yang bertentangan dengan Taman Gorky yang popular - mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang lagi.

"keadaannya sungguh menakutkan...saya nampak mayat mangsa yang terbunuh di atas lantai," kata Valentin Popov, pelajar berusia 19 tahun yang turut berada di dalam kereta api yang meletup di Stesen Taman Kultury kepada agensi berita Reuters.

FSB telahpun menyerahkan laporan awal kejadian kepada Presiden Dmitry Medvedev dan segera mengaitkan mayat dua suspek yang meletupkan diri mereka dengan wilayah bergolak di Caucasus.
Anggota badan kedua-dua suspek wanita itu telahpun ditemui oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Moscow telahpun menghantar profil tiga pelajar Malaysia yang terlibat kepada Wisma Putra dan keluarga mereka telah dihubungi.

Saturday, March 27, 2010

Terkini: Tiga lagi pingat untuk sekolah kita! Tahniah

Tiga lagi pingat untuk sekolah kita
Walaupun tanpa kilauan EMAS yang banyak digondol oleh mergong gong, kita masih mampu tersenyum.

Baru nampak nama budak2 lelaki, hahha!
Nabil Fikri - Perak
Mohd Ishak tokey ayam - Gangsa!

Tahniah untuk semua yg berkerja kerassss

Sila ke sini untuk keputusan rasmi terkini, boleh tengok lain2 sekolah jugak

http://mssd2010.saridan.com.my/

SMK LANGGAR


Bil Nombor Nama Kls Acara Catatan Pgt Rek
1AC4056MUHAMMAD NABIL FIKRI B ROSLEE2L200 M LARI BERPAGAR29.82P
2AC4068MAR'ATUS SAU'DAA BT AZMAN2PLOMPAT KIJANG8.56P
3AC4066SITI NORNAJIRAH BT MD LAZIM2PMEREJAM LEMBING16.68P
4ACSMK LANGGAR2P4 X 400 M5:07.66P
5AC4074MOHAMAD B ISHAK1L3000 M LARI BERHALANG12:13.88G
6AC4070NOR FARAHANA BT AZIZ2P400 METER75.38G

Friday, March 26, 2010

kita dapat 2 perak 1 gangsa, tahniah cikgu ckin dan cikgu abu!

Hari ini budak2 dapat lagi 2 pingat, 1 perak dan 1 gangsa, tapi semua dari kalangan perempuan. Budak2 lelaki mana dia?.

Tahniah kepada cikgu Ckin, cikgu Abu, cikgu Botak dan juga cikgu DIN!


nak lagi detail sila layari: http://mssd2010.saridan.com.my/


Bil Nombor Nama Kls Acara Catatan Pgt Rek
1AC4068MAR'ATUS SAU'DAA BT AZMAN2PLOMPAT KIJANG8.56P
2AC4066SITI NORNAJIRAH BT MD LAZIM2PMEREJAM LEMBING16.68P
3AC4070NOR FARAHANA BT AZIZ2P400 METER75.38G

Thursday, March 25, 2010

satu perak untuk kita!

Kejohanan Trek dan Padang MSSD Kota Setar baru bermula hari ini.
Budak2 perempuan lebih cemerlang dengan membawa pulang satu perak dari acara lompat kijang petang tadi,

Tahniah

Saturday, March 13, 2010

Peluang makan percuma setiap hari

Peluang makan percuma setiap hari


SELEPAS menjamu selera, pengunjung Pusat Makan Percuma di Seksyen 16, Shah Alam ini digalakkan membasuh pinggan sendiri.


SHAH ALAM - Sebuah restoran di Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16, di sini semakin menjadi tarikan sejak dibuka pada 12 Februari lalu apabila ia menawarkan makanan percuma setiap hari kepada pengunjung tanpa mengira kaum dan status.
Restoran yang diberi nama Pusat Makan Percuma itu beroperasi setiap hari melainkan Ahad dan cuti umum dari 10.30 pagi hingga 6 petang.
Ia dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, sebuah badan sukarela yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mohamad Sauffi Hamzah.

Warga emas cuba cabul isteri jiran

Warga emas cuba cabul isteri jiran

SETIU: Akibat tidak dapat menahan nafsu, seorang warga emas yang sudah beristeri sanggup menjadikan isteri orang yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya sebagai mangsa apabila dia cuba mencabul wanita itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Pepari, Bandar Permaisuri di sini.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia lingkungan 30-an membuat laporan di Balai Polis, Permaisuri semalam kerana tidak tahan dengan kelakuan suspek berusia 62 tahun yang selalu mengganggunya ketika ketiadaan suaminya yang keluar untuk bekerja.

Suspek yang tinggal berdekatan rumah mangsa dikatakan sering mengganggu dan mengambil kesempatan ke atas mangsa dengan meraba dan memeluk mangsa daripada belakang sejak Oktober tahun lalu.

Difahamkan, sejak kejadian pertama itu kejadian sama terus berulang beberapa kali menyebabkan mangsa terpaksa menjerit bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Suspek yang bekerja sendiri dikatakan pernah menunjukkan kemaluannya kepada mangsa malah bertindak berani, masuk ke bilik mangsa dan berbaring di katil sambil memujuk wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek sudah ditahan dan kini ditempatkan di lokap Balai Polis Sungai Tong.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cuba mencabul.

Kejutan kali kedua

Kejutan kali kedua

KUALA LUMPUR: Sehari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan kelmarin, pelajar cemerlang Nur Hidayatul Nabila Azmi, 18, menerima kejutan kedua apabila dikunjungi selebriti popular, Aznil Nawawi dan Din Beramboi di rumahnya di Flet Sri Melaka, Cheras di sini semalam.

Dalam pertemuan sejam itu, Nabila berpeluang beramah mesra dengan dua penyampai radio Era FM yang turut berkongsi kegembiraan atas keputusan cemerlang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan itu mendapat 11A.

Nabila berkata, dia tidak menyangka ‘kejutan’ dibuat Aznil bersama Din sanggup meluangkan masa datang ke rumahnya. Malah, dua selebriti itu menyampaikan hadiah berupa komputer riba.

“Sebelum ini saya menonton mereka di TV. Saya gembira kerana mendapat nasihat daripada mereka.

“Apapun, kejayaan ini adalah rezeki dan hadiah buat kedua ibu bapa saya yang banyak berkorban membesarkan saya. Perancangan saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Malaya.

“Saya tetap berbangga dengan kredibiliti universiti tempatan. Saya berharap dapat membalas jasa ibu bapa dan mencapai cita-cita sebagai doktor,” katanya.

Aznil berkata, perancangan bertemu Nabila dibuat selepas membaca berita kecemerlangan pelajar itu menerusi akhbar. Pada pertemuan itu, Aznil memberi kata semangat pada Nabila terus berusaha dalam pelajaran.

“Kepayahan dilaluinya dapat dijadikan contoh pada pelajar lain. Ini bukan tujuan bermegah tetapi membuktikan anak bukan keluarga berada mampu mencatat kejayaan cemerlang.

“Di Era, kami sebenarnya turun padang sejak hari pertama peperiksaan SPM dijalankan hingga saya berkongsi debaran menantikan keputusan diumumkan.

“Saya tersentuh dengan cerita kejayaan pelajar lain dilaporkan menerusi akhbar termasuk golongan orang kurang upaya (OKU),” katanya.

6 Pelajar perempuan belasah wanita

Sekolah diarah siasat

KAJANG: “Kementerian kesal perkara ini boleh berlaku berdekatan sekolah dan mereka pula masih beruniform sekolah. Siasatan perlu dibuat segera,” kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata demikian mengulas insiden seorang eksekutif wanita dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, di depan anaknya dan puluhan pelajar lain, Rabu lalu.

Akhbar melaporkan Zatul Bazamah Zainal Abidin, 33, dikatakan di serang di luar kawasan sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya.

Dr Mohd Puad berkata, meskipun kes terbabit menjadi kes polis, sekolah masih perlu melakukan siasatan mengenal pasti punca berlakunya pertengkaran mencetuskan pergaduhan di hadapan pelajar.

Katanya, sekiranya hasil siasatan menunjukkan sekolah perlu mengambil tindakan kepada pelajar berkenaan, ia perlu dilaksana mengikut apa yang termaktub dalam peraturan, sekali gus mendidik pelajar menjadi lebih baik.

“Sekolah kena menyiasat juga perkara ini walaupun ia berlaku di luar kawasan sekolah, tapi dalam masa sama perlu memberi ruang dan masa kepada polis melakukan penyiasatan.

“Apapun kita kesal ini terjadi, cuma kita tak tahu punca sebenar menyebabkan tercetus insiden pukul memukul itu.

“Semua pelajar ini perlu dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling dan nasihat atas tindakan ganas yang mereka lakukan,” katanya ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, di sini buat kali ke-33.

Thursday, March 11, 2010

Kisah benar... Daripada Abang Harimau,

Ikuti Kisah Lelaki Biasa Dengan Kehandalan Luar Biasa Menjadi Seorang Hero Sebutan Satu Malaysia

Mari Cungkil Rahsia Prestasi Unggul Seks Saya Sehingga Isteri Rela Beri Lampu Hijau Untuk Kahwin Lagi & Bermadu

Kisah benar...
Daripada Abang Harimau,
Malam Jumaat
Mac 2010

Assalammualaikum Wrt dan Salam Sejahtera,

Kepada semua para pembaca yang budiman sekalian. Sudah tentu anda sampai ke halaman web abang ini kerana mendapat tahu daripada teman baik, rakan kerja ataupun keluarga... dan mungkin juga kerana nasib baik anda terjumpa dengan iklan abang ini yang sudah terdapat di mana-mana.

Anda mungkin bermasalah, ingin menambah kekuatan batin ataupun cuma ingin tahu sahaja. Anda ingin mengetahui rahsia kekuatan lelaki sejati? Memang umum tahu semua lelaki inginkan kehebatan di atas ranjang seperti pria terkenal kasanova. Nak jadi kuat seperti abang harimau?

Kisah Abang Harimau

Sebelum itu abang ingin berkongsi pengalaman abang dengan anda mengenai kisah hidup abang ni. Abang cuma seorang pekerja pejabat yang berkhidmat dengan satu syarikat swasta yang tidak terkenal di Kuala Lumpur. Abang sudah berkahwin selama 3 tahun dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang menjadi kegembiraan keluarga kami. Kami tinggal menyewa di sebuah apartment kos sederhana di Cheras dan isteri juga bekerja dekat dengan kawasan pejabat abang. Biasalah nak menampung kehidupan di Kuala Lumpur ni memerlukan laki bini kerja. Anak-anak akan di hantar ke nurseri kawasan tempat tinggal, mana mampu untuk ambil orang gaji.

Ulang alik kerja dengan kereta nasional tahun 1998. Untuk mereka yang bekerja saban hari di bandar sudah tentu tahu mengenai cabaran hidup di hutan batu yang penuh ranjau kota. Setiap hari adalah satu beban yang cukup berat, bangun awal sebelum subuh untuk pergi kerja mengelak sesak jalan dan balik kerja pula lewat malam. Paling awal pun selepas maghrib. Kekadang memerlukan kita untuk masuk kerja juga di hari minggu.

Penat lelah setiap hari memang mengikis tenaga kita siang dan malam. Segala masalah kerja, stress dan kekalutan pejabat kerap kali mempengaruhi kehidupan peribadi di rumah. Kemajuan dan segala kepujian di dunia korporat tempat kerja tidak semestinya membuahkan hasil yang baik dari segi prestasi batin di rumah.

Kerap juga si isteri mengeluh bila kita tidak dapat berkhidmat seperti kebiasaan. Ini antara ungkapan yang tidak sedap di dengar dan menguji kelakian kita sebagai seorang suami.

"Abang penat ya?"
"Takpe lah bang, esok kan ada..."
"Adik malu ke hari ni bang?"
"Apa sudah jadi ni bang?"
"Alaaaa... belum sampai lagi lah bang!"

Kalau sekali sekala dengar takpe la juga kan. Tetapi pada tahun ketiga perkahwinan kami ini, mendengar ungkapan-ungkapan yang tidak sedap di dengar dengan telinga ini sudah menjadi kebiasaan. Masa tu abang sampai sudah hilang sabar juga. Apa sudah jadi ini?
Abang pun mula keluar mencari penawar duka di hati. Ke merata tempat abang pergi dan berjumpa bermacam jenis orang. Boleh di katakan banyak juga sudah abang cuba.... daripada campuran kopi pekat dengan red bull ataupun livita, madu lebah hutan, telur kampung, jamu-jamu Indonesia, pil ginseng cina, tongkat ali, herba kampung, gamat rumusan tradisional, gambir Sarawak, minyak lintah sehinggakan kepada ubat moden pil biru viag... Jangan cakap la semua abang dah cuba.

Ada yang ok dan ada juga yang tidak menjadi ataupun tidak sesuai untuk amalan harian. Oleh itu abang terus mencari dan mencari...

Lagenda Harimau Bermula

... sehinggalah semuanya bermula pada bulan Ramadhan lepas.

PUCHONG 1 Sep. – Isteri abang pergi ke pasar Ramadhan di kawasan rumah pada petang tersebut selepas pulang kerja dan membeli satu ramuan rahsia untuk di campurkan bersama minuman selepas waktu berbuka. Ini semua dilakukan tanpa pengetahuan abang.

Pada kebiasaannya seperti tahun-tahun yang lepas, abang ni memang tiada tenaga lepas berbuka. Kekadang tu masyaAllah sampai tertidur terus tak solat maghrib. Jangan kata nak solat terawih. Memang tak larat nak ke masjid.
Tetapi kali ini abang cukup bertenaga. Satu badan tu tetiba cam kena karan dan kebas semacam. Langkah nak ke masjid pun laju je semacam. Sepanjang waktu beribadah tu langsung tidak rasa penat ataupun mengantuk. Ye lah pada kebiasaannya pada hari pertama puasa ni badan selalunya penat lesu dan perlu rehat. Masuk minggu kedua baru badan abang ni boleh menyesuaikan dengan keadaan. Tetapi tidak kali ini, pada tahun ini semuanya berubah.

Lepas solat witir abang tidak tunggu lama. Langkah panjang terus nak balik rumah. Badan jadi horny semacam. Kawan abang pun dah bangun bila teringat isteri kat rumah. Senyum lebar abang. Bila terserempak dengan kenalan sekadar jawab salam je dan terus tergesa-gesa balik rumah. Tidak sabar rasa nak test power. Rasa macam seorang hero yang baru mengenal kekuasan diri.


Sampai je ke rumah abang terus tuju bilik tidur dan panggil isteri abang. Tidak perlulah abang cerita dengan terperinci tetapi sekadar reaksi isteri abang dengan perubahan yang cukup nyata setelah tiga tahun kahwin. Macam malam pertama kahwin gitu-gitu. Cukup agresif dan bersemangat! Siap boleh sambung sampai set ketiga dan keempat selepas rehat seminit dua. Caya tak caya lah. Hebat betul!

Tambahan pula abang tidak penat ataupun lesu pada esok hari di pejabat. Pada keesokkan hari dan malam seterusnya pun sama. Pada hari ke empat abang pun tanya lah isteri abang, "Ayang letak apa dalam kopi abang?" Mula-mula tu isteri abang kata tiada apa-apa tetapi puas abang pujuk isteri abang cerita. Habis terbongkar rahsia...

Nak pendekkan cerita, hari ini kerana tidak larat nak melayan kehendak nafsu abang yang sudah jadi tidak terbatas, isteri abang sudah membenarkan abang mencari nombor dua. Asalkan abang tidak abaikan dia dan anak-anak kami.

Apa Rahsia Abang?

Mula-mula tu abang perkenalkan produk ini kepada kawan-kawan rapat sahaja. Tak sangka mereka pula beritahu kepada orang lain. Lepas tu ramai pula yang berminat. Nak pendekkan cerita, abang dapatkan bantuan seorang kenalan untuk bangunkan website ini dan sekarang abang boleh berkongsi rahsia kehebatan abang ini dengan anda semua. Gerenti berminat kan?

Jangan biarkan bini anda memendam rasa terlampau kerap. Bertindak sekarang, dapatkan formula x abang harimau dan jadi hero kepada bini tersayang. Saya memang tak putus dapatkannya setiap bulan. Cuba jangan tak cuba...
Norzam, Putrajaya



Memang tidak di nafikan kaum hawa perlukan perhatian selalu. Kita kena ikhtiar sendiri. Kalau tak orang lelaki ni buat nonong je. Tetapi selepas akak beli dan berikan ke laki akak secara senyap, habis berubah mood dia. Memang nampak sungguh hasilnya. Percayalah cakap akak ni.
Kak Siti, Johor Bahru

Tak perlu lagi anda mencari-cari Spanish Fly, Tongkat Ali dan lain-lain yang sewaktu dengannya, kerana produk ini memang terbukti berkesan sebagai aphrodisiac. Dengan ini, abang secara formal ingin memperkenalkan kepada anda produk yang abang gerenti berkesan...

Memperkenalkan Produk Hebat

Ramai yang telah mencuba dan berpuas hati dengan keputusannya. Sekarang tiba masa anda pula untuk merasakannya... Hilangkan rungutan pasangan anda tentang prestasi seksual anda. Tidak perlu lagi mencari-cari alasan untuk menutup kelemahan anda! Anda pasti mampu melayan segala kehendak pasangan anda berkali-kali, setiap hari!

Formula X - Produk Untuk Meningkatkan Prestasi Seksual Yang Terhebat Millenium Ini

Formula X Abang Harimau adalah rumusan daripada 13 jenis herba tradisional dan semulajadi yang diproses dengan teknologi moden dan pembungkusan yang cukup cekap, bersih dan profesional.

Formula X yang unik ini juga disediakan sesuai untuk kegunaan harian. Boleh diambil pada bila-bila masa, tidak kira pagi, petang ataupun malam dan yang paling penting ia tidak membawa apa-apa kesan sampingan ataupun mudarat kepada anda.

Keberkesanan produk boleh dirasai seawal 15 minit selepas diambil.

Selain itu rasanya yang sedap dan aroma yang cukup wangi memberi kepuasan kepada anda semasa menikmatinya, tidak seperti ubat-ubat lain.

Mahukah anda rasakan betapa indahnya perasaan apabila dapat memuaskan pasangan anda? Anda akan mengalaminya nanti!

Jadi Berapakah Nilai Produk Ajaib Ini?

Perlu saya terangkan, stok produk ini adalah terhad dan anda tidak akan dapat membelinya secara direct dari mana-mana farmasi, supermarket-supermarket terkemuka seperti Tesco, Carrefour, Giant atau lain-lain.

Saya berharap anda dapat menggunakan produk saya ini untuk mengubah hidup anda sama seperti ia telah mengubah kehidupan saya ke sesuatu yang saya hanya mampu mimpikan dahulu. Saya yakin anda juga boleh menjadi seperti saya.

Anda sudah pasti sudah boleh merasakan rangsangan dalam masa beberapa minit sahaja setelah mula menggunakan produk ini.

Sekarang bersiap sedia untuk masa yang terhad sahaja, anda akan dapat...

Produk Hebat Untuk Meningkatkan Prestasi Seks Anda... Untuk Masa Yang Terhad Sahaja RM 600.00 RM 300.00 RM 150.00 Seunit!

Jangan betulkan skrin anda - Saya menjual produk yang tidak ternilai ini kepada anda dengan harga RM 150.00 untuk masa yang terhad.
Potongan harga untuk produk saya ini dihadkan kepada 300 pembeli yang pertama sahaja!
Anda perlu cepat dan lakukan pembelian sekarang juga sebelum TERLAMBAT!
Tawaran harga istimewa ini akan berakhir pada hujung minggu ini!

Anda Berminat? Dapatkan Sekarang!

Anda cuma perlu klik link di bawah ini untuk memulakan tempahan atau anda boleh gunakan link tempahan di menu laman ini pada bila-bila masa sahaja.

Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Harga Diskaun Terhad Ini Sekarang
Tempah Sekarang Dengan Harga RM      150.00 Seunit

Jangan teragak-agak lagi. Bertindak segera!!

Respon Pengguna

Di bawah ini adalah testimoni pelanggan-pelanggan yang berpuashati dengan produk ini. Pastikan anda juga menghantar pengalaman anda kepada saya nanti, okay...

Saya duda berumur 35 tahun. Semalam member office pekenakan saya. Habis satu malam tak tidur lena, semua dah tak kena. Pusing kiri pusing kanan. Mencodak-codak dibuatnya. Seksa batin betul lah! Jadi kerana takde cara lain saya terpaksa memuaskan diri secara manual. Ni yang tak sabar nak cari calon ni. Ada yang berminat?
Amirul, KL
 
 
Mama ni sebenarnya malu nak cerita kat orang pasal kisah rumahtangga tapi rasa tak eloklah simpan sorang je kalau benda baik. Nak dijadikan cerita papa suka sangat makan luar. Macam mama tidak tahu. Ini semua pasal mama sudah tidak larat nak memuaskan nafsu papa yang rakus tu. Mama takut nak pakai ilmu atau buat nasi kangkang. Dosa tak tertanggung nanti. Jadi cuba cari ikhtiar lain. Sekarang tiap malam papa dan mama bersandiwara sampai sejam lebih. Lepas tu papa dah tak cari lain. Macam belangkas pula.
Julia, Seremban
 
Nana rasa formula x abang harimau ni telah betul-betul membantu perkahwinan kami. Terasa macam masa baru-baru kahwin dulu. Sekarang Nana lebih happy dan kawan-kawan semua kata selalu tersenyum dan ceria tidak moody cam dulu-dulu. Nak cerita lebih-lebih malu la pulak.
Masliana, Rawang
 
 
Aku baru bertunang. Tapi plan tak lama dalam 3 bulan lagi langsung la. Member yang dah kahwin kata kena buat persiapan awal. Diaorang bawak gi urut. Lepas tu rekomen pulak formula x abang ni. Try sekali je dah terus tak sabar-sabar nak kahwin! Hehehe...
Bob, Taiping
 
 
Selepas suami saya ambil formula x abang harimau, saya dapat rasakan perubahan yang cukup ketara dalam perhubungan seks kami. Keghairahannya sangat kuat dan saya mendapat nikmat baru syurga didunia! Selera suami saya cukup kuat sekarang dan saya sangat berterima kasih kepada abang. Saya pesan lagi bulan ni ok.
Mimi, Kuantan
 
 
Apa rahsia menjaga kebahagiaan rumahtangga kami. Petua kami senang sahaja. Kekerapan aktiviti seksual yang sihat, cergas dan penuh nikmat. Itulah ubat untuk menghilangkan stress di tempat kerja, kebosanan aktiviti harian yang rutin dan mengurangkan kemurungan serta perasaan marah.
Syah & Famili, Jelutong

Akhir Kata...

Kalau sudah ramai rakyat Malaysia yang menggunakan produk Formula X abang ini, dan mereka semua memberi ulasan yang bagus-bagus belaka, anda bila lagi? Jangan takut untuk mencuba. Abang gerenti anda akan berpuas hati dengan khasiatnya.

"Cuba Sekali Pasti Nak Lagi"


Yang benar,
Abang Harimau
Pengurus Laman Web Hari Hari Mau
Pengguna Setia Formula X



Dikelar rakan dalam tandas

Dikelar rakan dalam tandas

GEORGETOWN: “Saya fobia untuk ke sekolah dan takut pelajaran terjejas,” kata seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Noranaliyah Ali Akhbar, 17, ketika ditemui, semalam.


SAKIT...Noranaliyah menunjukkan tangannya yang berbalut selepas dikelar rakan sambil diperhatikan Ali Akhbar, semalam.
SAKIT...Noranaliyah menunjukkan tangannya yang berbalut selepas dikelar rakan sambil diperhatikan Ali Akhbar, semalam. 
Noranaliyah berkata, dia kini trauma selepas dikelar kira-kira 10 kali di tangan kirinya oleh rakan sekolahnya dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi kelmarin di tandas sekolah berkenaan.
Dia berkata, serangan terhadapnya dimulakan dengan surat layang pada 22 Februari lalu yang berharap mangsa mati cepat daripada menyusahkan orang lain yang perlu mengangkatnya setiap kali pengsan di sekolah.

“Saya sering pengsan di sekolah sejak mula belajar tahun lalu di sekolah ini dan ramai rakan yang menolong untuk mengangkat saya. Saya percaya surat ini dihantar oleh seorang rakan yang tidak suka menolong saya.

“Bapa risau selepas menerima surat layang pertama itu dan membawa saya membuat laporan polis dua hari kemudian tetapi polis tidak dapat mengenal pasti suspek kerana ia ditulis tangan,” katanya di sini, semalam.

Dia berkata, susulan laporan polis itu, surat layang kedua diletakkan dalam meja tulisnya pada 25 Februari lalu yang berbunyi, ‘Anak haram, dajal la awak bawa sampai jadi kes polis, awak ingat aku takut ke...jom kita tengok siapa yang akan menang di mahkamah’.

Menurutnya, laporan polis kedua dibuat selepas itu dan sejak itu, dia sering tidak hadir ke sekolah kerana takut akan diugut lagi.

“Kemuncaknya, pagi semalam, kira-kira jam 9.50 pagi ketika hendak menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris, saya terjumpa sekeping lagi surat layang yang meminta saya datang ke tandas sekolah pada waktu rehat seorang diri dan meminta tidak memaklumkan kepada sesiapa.

“Selepas peperiksaan, saya ke tandas dan tiba-tiba seorang pelajar yang menutup mukanya dengan sapu tangan menarik tangan serta menolak saya ke dalam tandas,” katanya sambil menambah pelajar itu meminta dia menarik balik laporan polis dibuatnya.

Katanya, selepas memberitahu bahawa dia tidak mampu berbuat apa-apa mengenai laporan polis berkenaan, pelajar perempuan itu mengelar tangannya lebih 10 kali sebelum meninggalkannya seorang diri dalam tandas.

Dia berkata, ketika kejadian, dua lagi rakan sekelasnya ada dalam tandas sebelum dia berlari ke bilik guru dengan tangan berlumuran darah.

“Selepas memaklumkan kepada bapa mengenai kejadian ini, dia membawa saya ke balai polis untuk membuat laporan dan saya menjadi trauma untuk ke sekolah lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu berkata, dua rakan sekelas mangsa sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Saya hanya berharap suspek yang memperlakukan saya begini akan diambil tindakan segera kerana risau saya akan diserang lagi pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu berkata, dua rakan sekelas mangsa sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Tukul kepala murid, guru

Tukul kepala murid, guru

MUAR: “Saya sempat menghalang lelaki gila itu daripada terus menyerang menggunakan tukul besi, tetapi apakan daya, tenaga wanita saya tidak mampu melawan kegilaannya,” kata Guru Besar Tadika Sinario, Voon Siew Kiun, 45, menceritakan serangan ngeri lelaki misteri yang mencederakannya dan tiga lagi kanak-kanak, pagi semalam.

NGERI...kesan darah atas lantai kelas selepas murid, guru diserang.
NGERI...kesan darah atas lantai kelas selepas murid, guru diserang. 
 
CEDERA...Vincent dipangku ibunya menjalani rawatan.
CEDERA...Vincent dipangku ibunya menjalani rawatan.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, tiga kanak-kanak berusia enam tahun cedera parah di kepala selepas dihentak dengan tukul oleh seorang lelaki disyaki kurang siuman, ketika murid tadika terbabit menikmati sarapan pagi di Lorong Haji Ali, Jalan Badul Rahman di sini.

Kejadian bermula apabila lelaki kurang siuman yang memakai topi keledar dan pakaian serba hitam secara tiba-tiba melompat pagar tadika itu.

Voon berkata, sebaik melihat lelaki terbabit melompat pagar dia mengunci pintu kelas pada bahagian depan tadika.

Namun, tindakan Voon cuba mengunci pintu pagar kelas mengundang padah apabila dia secara tiba-tiba dibaling serbuk lada pada mata sebelum lelaki terbabit menyepak pintu itu sehingga terbuka.

Melihat Voon yang kesakitan, lelaki tidak berperikemanusiaan itu menghentaknya dengan tukul besi yang disembunyikan dalam pakaian.

“Saya cuba mempertahankan diri dan akibat melawan lelaki berpakaian serba hitam itu, saya cedera serta lebam di kedua-dua belah tangan kerana dipukul dengan tukul,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, lelaki itu kemudian melibas tukul besi itu secara rambang hingga mencederakan tiga kanak-kanak berhampiran.

Melihat kanak-kanak terbabit cedera, dua lagi guru yang berada di tempat kejadian nekad membantu, namun mereka gagal menangkap suspek yang sempat melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang diletak di luar kawasan tadika.

Mangsa yang cedera dalam kejadian itu ialah Nur Nadrah Nabila Mohd Yusri, Vincent Tey Hui Seng dan Alex Tan Kar Eik yang dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, Vincent dan Nur Nadrah Nabila cedera parah di kepala serta memerlukan beberapa jahitan dan rawatan susulan, manakala Alex hanya menerima enam jahitan dan Voon pula dirawat sebagai pesakit luar.

Bapa Nur Nadrah Nabila, Mohd Yusri Mukhlis, 33, ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anak sulungnya itu nyaris terkorban dalam kejadian itu.

“Saya bergegas ke hospital untuk menemui anak dan amat terkejut apabila dimaklumkan tempurung kepalanya retak sepanjang tiga hingga empat sentimeter,” katanya.

Mohd Yusri berkata, dia lega kerana tragedi ketika sarapan pagi itu tidak meragut nyawa anaknya dan dua rakan yang lain.

Ibu Nabila, Farah Asyikin Abu Samah, 26, ketika ditemui di pekarangan wad kecemasan hospital berkata, dia hampir pengsan apabila menerima berita anaknya cedera agak parah di kepala.

Bagaimanapun, dia ditenteramkan suami yang menceritakan keadaan sebenar kecederaan anak sulung daripada empat beradik terbabit.

Tiada hasrat temu Kartika

Tiada hasrat temu Kartika

MUADZAM SHAH: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tidak berhasrat menemui model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, bagi membincangkan penangguhan hukuman sebat ke atas wanita itu yang sudah enam bulan tertangguh.

TINJAU...Sultan Pahang (kanan) melawat jambatan Sungai Pukin, semalam.
TINJAU...Sultan Pahang (kanan) melawat jambatan Sungai Pukin, semalam. 
Ini kerana baginda sudah berpuas hati dengan pertemuan dibuat antara ibu tunggal dua anak itu bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, 3 Mac lalu.
Pertemuan tertutup berkenaan turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Maip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Mat Zara’ai Alias.

Pada masa sama, Kartika turut menyuarakan perasaan dan tekanan dihadapinya sepanjang tempoh penangguhan itu sebelum Tengku Abdullah memberi jaminan masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin Menurut Sultan Ahmad Shah, baginda yang juga Ketua Agama Islam negeri ini sudah mewakilkan anakandanya bagi menunaikan hajat Kartika yang ingin menemui bagi mendapatkan pandangan mengenai penangguhan hukuman itu.

Sehubungan itu, tidak perlu dibuat pertemuan lagi sebaliknya baginda akan meneliti saja hasil perjumpaan terdahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Baginda juga minta diberi masa untuk membaca laporan berkenaan, selain menyatakan tidak perlu bersemuka dengan Kartika ketika membuat keputusan.

“Saya baru menerima laporan hasil pertemuan antara Kartika dan Tengku Abdullah hari ini (semalam), namun belum lagi membacanya.

“Biar saya baca dulu dan memahami isi kandungannya sebelum membuat keputusan kerana saya tidak mahu terburu-buru,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan jambatan baru Sungai Pukin bernilai RM11 juta yang menghubungkan Felda Selancar 1 hingga 5 dengan Muadzam Shah dan Kuala Rompin, semalam.

Ibu hamil terperosok bawah kren

Ibu hamil terperosok bawah kren

KULIM: Seorang ibu yang sarat mengandung nyaris maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah lori kren yang dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan di Jalan Kulim Hi-Tech Park berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, di sini, petang kelmarin.
NAHAS...anggota bomba mengeluarkan wanita hamil yang tersepit dalam kereta.
NAHAS...anggota bomba mengeluarkan wanita hamil yang tersepit dalam kereta.
NGERI...kereta mangsa yang dihempap kren.
NGERI...kereta mangsa yang dihempap kren. 
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lori kren yang datang dari arah Kulim Perdana, di sini, turut merempuh lima lagi kereta yang berada di laluan berkenaan.

Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu bernasib baik kerana hanya cedera di bahagian kaki walaupun kereta Proton Wira yang dipandunya remuk teruk selepas dirempuh dan diseret sejauh kira-kira lima meter oleh lori kren berkenaan sehingga terperosok ke dalam longkang berhampiran.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu lori kren berkenaan tiba-tiba hilang kawalan ketika hendak membelok ke Jalan Kelang Lama di persimpangan lampu isyarat di situ dan memasuki laluan bertentangan serta merempuh kereta wanita terbabit.

Kejadian itu turut menyebabkan lima lagi kenderaan di belakang kereta Proton Wira berlanggar sesama sendiri akibat perlanggaran itu.

“Wanita terbabit bernasib baik kerana kesan pelanggaran itu tidak mengenai bahagian perutnya yang sarat mengandung. Hanya kakinya yang tersepit di bahagian pemandu,” katanya.

Jurucakap polis berkata, bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa kerana mereka perlu berhati-hati dengan keadaan mangsa. Wanita terbabit dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut dan beberapa mangsa dari kereta lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Guru Baru Gagal Lapor Diri Akan Digugurkan

Khamis Mac 11, 2010
Guru Baru Gagal Lapor Diri Akan Digugurkan

KUALA TERENGGANU: Para pendidik yang baru tamat pengajian tetapi gagal melaporkan diri untuk berkhidmat mengikut tarikh yang ditetapkan akan menghadapi tindakan digugurkan sebagai guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, meskipun kes tersebut adalah terpencil, namun amaran perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.

"Kebanyakan guru tidak menolak untuk ke pendalaman cumanya ada segelintir sahaja guru yang kita suruh pergi, dia tak mahu pergi. Isu kekurangan guru berpunca daripada guru opsyen.

"Guru opsyen ini seperti guru Sejarah, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka berpindah tetapi tidak ada ganti. Kalau contohnya seorang guru itu sanggup ke pendalaman memandangkan ia kampung halamannya, kalau dia mengajar agama, guru itu tidak boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana standardnya tidak akan sama seperti yang kita (kementerian) mahukan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan majlis penyampaian sijil kepada lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, dekat sini.

Mohd Puad berkata, guru yang digugurkan bagaimanapun masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti dan alasan yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak kementerian untuk dikekalkan sebagai guru.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi guru yang telah berkhidmat lama juga tidak dikecualikan untuk ditempatkan ke kawasan pendalaman.

Ditanya sekiranya ada di kalangan guru berpengalaman tersebut yang enggan berpindah, beliau berkata tindakan itu akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat dan gred perkhidmatan guru terbabit.

Selain itu, Mohd Puad berkata, pihaknya menyediakan 5,292 tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan (KPL) SPM bagi mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pendidikan selama lima tahun setengah.

Menurutnya, syarat kemasukan untuk mengikuti KPL SPM akan diperketatkan di mana pelajar disyaratkan mendapat tiga mata pelajaran cemerlang, tiga kepujian dalam Bahasa Melayu, Sejarah dan lain-lain subjek serta lulus Bahasa Inggeris.

"Pengambilan bagi kemasukan ke KPL SPM akan bermula pada Jun ini," katanya. - BERNAMA

Wednesday, March 10, 2010

Sure Up Cream

Terdapat 6,000 urat pada alat kelamin lelaki. Umur, cara pemakanan, gaya hidup dan pengunaan alat kelamin yang berterusan adalah di antara penyebab-penyebab kepada tersumbatnya saluran darah yang mengakibatkan ereksi yang lemah. Pelancaran darah yang sempurna akan membantu meningkatkan tahap ereksi dan saiz semasa ereksi.

Sure Up ™ Cream

Krim Penjagaan Alat Sulit Lelaki
Lelaki yang mengalami masalah diatas kebanyakannya akan mengambil kapsul, minuman herba dan minuman bertenaga sebagai jalan penyelesaian tetapi kesan yang diperolehi tak seberapa dan ramai pula yang mengalami kesan sampingan.

Kesan sampingan jangka pendek yang akan dirasai seperti pening kepala, dengupan jantung yang cepat, loya dan rasa berat kepala di waktu pagi. Mereka yang mengamalkan tabiat ini secara berterusan, ada yang menderita kerana mengalami kerosakan buah pinggang, hati dan jantung.

KRIM Sure Up ™ and KRIM Sure Up ™ Plus mempunyai kelebihan kerana ia diwujudkan untuk kegunaan luaran dan tidak perlu dimakan. Produk ini bukan setakat membantu lelaki dalam menagani masalah kebersihan malah ia turut membantu meningkatkan peredaran darah, melawaskan kencing serta menghilangkan rasa sensitif di kepala alat kelamin.

Pengaliran darah dan saluran kencing yang tersumbat adalah gejala utama terjadinya jangkitan prostat.Gejala-gejala prostat ini kerap terjadi pada lelaki yang melebihi 40 tahun. Risiko mengidapi pembesaran prostat, ereksi yang lemah dan kanser prostat mudah terjadi jika tiada penjagaan yang teliti di peringkat awal.

Krim Sure Up ™ dirumuskan dengan 100% kandungan bahan semulajadi dan herba. Tiada komponen haiwan, bahan kimia, steroid dan alkohol dalam rumusan krim ini. Ekstrak berpekatan tinggi, pati-pati minyak essential dan larutan berasaskan air digunakan dalam pengilangan siri KRIM SURE Up ™ .

Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Halal dan Amalan Pengilangan Islam (IMP) adalah piawaian yang digunakan dalam pembangunan dan pengeluaran krim unik ini. Tiada kesan sampingan dilaporkan terhadap mana-mana pati-pati minyak essential dan kandungan yang digunakan dalam siri KRIM SURE Up ™ atau dari produkproduk lain yang dihasilkan dari bahan-bahan yang serupa.

M10-H45: yey yey ESok cuti

Hari ini ada 2 program berasingan
1 untuk lelaki di surau
1 untuk perempuan di kantin

Yg perempuan habis awai

Esok pulak cuti seminggu separuh penggal I

Kita release tension

Tuesday, March 9, 2010

Personaliti Kentut. Anda dikategori mana?

Personaliti Kentut

Bagaimanakah personaliti anda melalui kentut pulak…

Seperti yg kita tahu Kentut adalah sebuah proses alamiah dan merupakan kegiatan rutin yang tidak kenal jadual. Kalau anda tengah tiada kerja, cuba anda semua perhatikan orang-orang yang kentut. Mungkin bisa menjadi objek penelitian anda untuk bahan tesis atau assignment.

ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI MANA?



TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut salahkan orang lain.

BANGANG
Orang yang tak sedar kalau dia tengah kentut

SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh

MISTERI
Jika dia kentut, orang lain tak tau

SIHAT
Orang yang selepas kentut berkata "Legaa...."


GUGUP
Orang yang tiba2 menahan kentutnya saat kentut

TIADA KEYAKINAN DIRI
Orang yang selepas kentut, bertanyakan orang lain "ada bau tak?"

PERASAN
Orang yang ingat kentut dia wangi

SADIS
Orang yang kalau habis kentut, kentutnya dikibaskan dekat orang lain

PEMALU
Orang yang kentut tak berbunyi, kemudian senyum sendirian

KREATIF
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak

JIMAT-CERMAT
Orang yang habis kentut, menghirup kentutnya sendiri untuk menggantikan kentutnya yang keluar. ..

PEMARAH
Kentutnya sungguh panas berapi.

SOMBONG
Orang yang kalau dia terkentut, akan diceritakan kentutnya itu berasal dari restoran mahal

BOSAN
Orang yang kalau kentut atau orang lain kentut, riak mukanya sama sahaja seperti tiada apa2 berlaku

RAMAH
Orang yang suka mencium kentut orang lain

AKUATIK
Orang yang hobi kentut di dalam air.

AHLI SUKAN
Orang yang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman

JUJUR
Orang yang mengaku bila habis kentut meskipun orang lain tak tanya

KUAT INGATAN
Orang yang boleh tahu kentut orang lain dengan bau, bunyi serta kehangatannya.

MALANG
Orang lain yang kentut, tapi dia yang selalu kena.

PEMUZIK
Orang yang kentutnya berirama

INTERNET
Orang yang bunyi kentutnya macam bunyi modem.

KERAS KEPALA
Orang yang terus balas kentut jika ada orang lain yang berani kentut di depannya

TAK GUNA
Orang yang mengentuti orang lain tepat di mukanya.

M10-H44: MARKAH KO KO ITU LAKU?

Hari ini sudah empat puluh empat hari kita sekolah

Empat puluh empat hari yang penuh dugaan dan cabaran

Empat puluh empat hari itu ada yg anggap angka keramat
Kalau wanita bersalin, tunggu empat puluh empat hari baru boleh "on"
Bila tak mau sesuatu berlaku juga dikata "mintak simpang malaikat empat puluh empat"
Kalau cina pulak nombor "empat puluh empat" ini suey!

Apa cerita di laman himpun murid?

Cikgu Din menggoreng cerita kokonya. Markah markah markah...
Apa ada dengan markah koko? Malas nak ulas. Nak temuntah dah dok dengar cerita markah koko ni.

Macam biasalah cikgu kan suka cari salah orang. Satu kesilapan yang tidak sepatutnya dibuat oleh mereka2 yg menjadi pentadbir, kerana mereka bukan macam cikgu2 lain. Mereka tidak boleh silap dalam perkara asas macam ini. Tambah2 didepan budak2 dengan mikropon masih 'on'.

Apa yang disilapkannya? Itu korang cari sendirilah.


Kemaren dibagi tau waktu koko 2 waktu belah bagi dibatalkan. Ganti dgn waktu 10 dan 11. Konon2nya bolehlah balik awal jam 1.25. Tapi dah dibagi tau ada mesorat lagi. Kali ke-156 kot! Tak larat nak membilang lagi.

Nampaknya waktu koko yang dulunya diletak di sebelah tengahari, kini dibawa ke pagi adalah sebagai satu 'medium' untuk mengadakan mesorat-mesorat yang 'boring' lagi mem'boring'kan. Kabarnya hari ini nak bagi semua cikgu paham apa itu RUMAH SEKOLAH.

Jom sama2 kita dengar cerita itu nanti, lebih kurang jam 1.30ptg kot!

Monday, March 8, 2010

M10-H43: Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun

Cikgu Asri mulakan

Alfatihah kepada aruah bapa salah seorang pelajar yang baru meninggal dunia malam tadi. Sesungguhnya hidup dan mati itu adalah ketentuan dari Allah SWT jua. Setiap yang hidup WAJIB mati.

Peraturan diubah lagi.
Kalau sebelum ini dibenar dan digalakkan pelajar menengah rendah yakni tkn 1, 2 dan 3 untuk keluar awal 5 minit sebelum loceng waktu rehat. Hari ini diubah lagi. Cuma tkn 1 sahaja, dgn tujuan untuk memberikan kelesaan kpd mereka untuk membeli di kantin.

Itulah peraturan manusia. Boleh diubah dan ditambah mengikut selera masing-masing. But for one thing, please be honest. Did the regulation made before not suitable? If so, then accept your failure!

Kemudian cerita tandas pulak!
Memang perangai pelajar sekolah ini suka buat kerja last minute atau pun tak buat kerja langsung. Tapi pasal ke tandas ini, tabiatnya bila loceng dah bunyi tamat waktu rehat, barulah depa berduyun2 masuk tandas.

Cerita terowong lagi
Ini pun satu masalah jugak. Terowong block B ini tak pernah sunyi selepas waktu rehat. Kalau satu kelas yang sama, mungkin boleh dijangka juga yang guru mp waktu itu tidak masuk kelas, masuk lambat, atau pun cuti. Yang peliknya ialah dari kelas-kelas yang berlainan. Lagi teruk apabila disertai oleh pelajar tkn 1 dan 2 dengan pelajar2 tkn 5 yang 'hardcore'

Musibah krisis rumah tangga

Musibah krisis rumah tangga
Oleh Hariyati Ariffin


“SEDANGKAN lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri”. Peribahasa ini cukup sinonim dengan kemelut yang melanda pasangan yang berkahwin. Konflik rumah tangga adalah asam garam kehidupan.

Mengharungi kehidupan perkahwinan dan menjalankan kewajipan sebagai ibu bapa, suami dan isteri bukan mudah untuk dilaksanakan. Institusi perkahwinan adalah sesuatu yang amat suci dan harus dijaga dengan baik demi masa depan keluarga serta keturunan kerana dengan kebahagiaan keluarga akan terbentuk satu sistem sosial yang sejahtera.

Sejak kebelakangan ini kes perceraian membabitkan pasangan baru berkahwin mahupun yang sudah berpuluh tahun hidup bersama amat membimbangkan. Kes perceraian dalam tempoh perkahwinan yang amat singkat iaitu antara seminggu dan setahun, serta kes perceraian pasangan yang telah lama berkahwin dan mempunyai cucu jelas memperlihatkan kepincangan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita yang perlu diberikan perhatian serius.


Konflik rumah tangga dan perceraian memberi impak besar pada struktur institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara. Keluarga adalah unit asas yang dapat memperkukuhkan sistem sosial dan sekali gus membina kesejahteraan negara. Kepincangan institusi kekeluargaan ini secara tidak langsung menambah masalah kepada negara apabila mereka yang menjadi mangsa perpecahan rumah tangga terbabit dengan masalah seperti gejala sosial, dadah, pelacuran, ketidakstabilan mental dan jenayah.

Kesan jangka panjangnya ialah masyarakat dan negara akan berhadapan dengan keruntuhan sistem sosial yang membawa kepada keruntuhan nilai murni dan pembinaan negara bangsa. Dalam hal ini individu yang paling terkesan apabila berlakunya konflik rumah tangga ialah anak-anak.


Orang-orang tua pernah berpesan jika mahu bercerai lihatlah pada wajah anak-anak. Kerana di mata mereka ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus. Allah amat membenci perceraian walaupun ia dihalalkan.

Dalam hal yang berkaitan, anak-anak inilah yang menjadi mangsa jika perceraian berlaku. Banyak kajian membuktikan bahawa kesan perceraian akan meninggalkan stigma yang sangat mendalam di jiwa anak-anak serta pasangan berkenaan. Malah, bukan saja hidup mereka menjadi kucar-kacir tetapi kesannya menjalar ke beberapa keturunan.


Statistik perceraian yang diambil daripada lama web Jakim menunjukkan secara keseluruhannya kadar perceraian semakin meningkat dari tahun ke tahun. Keseluruhan kes perceraian di seluruh negara pada 2008 ialah 22,289. Selangor mendahului senarai teratas kes perceraian dengan 3,558 kes, dikuti Kedah 2,407 kes dan Johor 2,329 kes.

Menurut Kaunselor Perkahwinan dan Perceraian, Hushim Salleh peningkatan dalam kadar perceraian ialah satu amaran kepada masyarakat bahawa sesuatu perlu dibuat segera dalam sistem kekeluargaan kita bagi menangani isu yang nampak kecil tetapi sebenarnya ibarat barah yang akan memusnahkan bangsa dan negara.


Beliau berkata, perkahwinan bukanlah sesuatu yang sentiasa sempurna. Hidup dalam rumah tangga memang banyak cabarannya, oleh itu pasangan perlu banyak bersabar, bertolak ansur dan memahami pasangan masing-masing dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

“Setiap pasangan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing justeru titik persefahaman dan keserasian perlu dicari agar rumah tangga dapat dibina dengan rasa hormat menghormati dan sentiasa aman dan damai,” kata Hushim yang mengesyorkan pasangan yang mahu bercerai berjumpa kaunselor untuk berbincang.

Beliau berkata, untuk menangani masalah perceraian, konsep mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

“Dalam menangani masalah ini, komunikasi amat penting dalam menyelesaikan kemelut yang melanda jiwa dan perasaan mereka. Mereka mestilah meluahkan segala yang tidak berkenan dari hati ke hati, jangan memendam rasa kerana itu bahaya, ” kata Hushim lagi.

Beliau juga berkata, setiap masalah ada penyelesaiannya jika kedua-dua pihak boleh berunding. Pasangan yang bermasalah jangan berdendam dan jangan mengungkit perkara lama.

“Dendam dan mengungkit perkara lama perkara yang menyemarakkan lagi api kemarahan,” jelasnya. Hushim menjelaskan kesan perceraian pada keluarga dan masyarakat amat banyak dan daripada segi jangka panjangnya amat buruk.

Jika institusi kekeluargaan sudah pincang akan berlakulah gejala kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah, lari dari rumah, mengandung anak luar nikah dan jenayah. Semuanya ini berkait antara satu sama lain. Hushim juga menegaskan perceraian dan konflik rumah tangga menyebabkan emosi anak-anak terganggu, mereka selalu murung dan berasa kurang disayangi.

Ini kerana apabila rumah tangga pincang dan hidup anak-anak tidak tenteram disebabkan ibu dan ayah sering bergaduh mereka mencari pelarian kepada masalah itu. Kesan lain termasuk masalah mental anak-anak yang menyebabkan penurunan prestasi belajar mereka akibat runsing kerana melihat kemelut perkahwinan ibu dan ayah mereka.

“Mereka juga rasa rendah diri bila diejek kerana masalah perceraian ibu bapa. Tekanan pada psikologi kanak-kanak ini juga amat hebat. Perceraian membentuk pembinaan karakter yang kurang sihat umpamanya bersikap agresif, pendendam, pentingkan diri sendiri dan menjadi pembuli.

“Malah anak-anak yang begitu terkesan dengan situasi perceraian akan melahirkan perasaan tidak normal seperti lelaki membenci perempuan dan perempuan membenci lelaki. “Selain itu perceraian juga membuatkan anak-anak bersikap fobia memasuki alam perkahwinan kerana melihat masalah yang dialami ibu bapa mereka,” katanya.

Perkara ini berlaku kerana sejak agama sudah tidak menjadi pegangan mereka dan semua hukum agama ditolak begitu saja. Akibatnya isteri tidak menghormati suami dan suami tidak bertanggungjawab terhadap keluarga, kata Hushim.

Sementara itu, Dr Mohd Nizam Sahad, dari Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pula berkata, musibah seperti krisis rumah tangga yang menimpa manusia adalah sebagai penebus dosa dan ujian dari pada Allah akibat kelalaian dan kealpaan manusia dalam hubungan menegak dengan Pencipta.

Menurut beliau, Allah timpakan musibah konflik rumah tangga semoga kita kembali kepada-Nya dan merenung tanggungjawab kita sebagai suami mahupun isteri untuk sama-sama berusaha beroleh syurga Allah melalui pelaksanaan sebaik mungkin fungsi kita sebagai suami yang memimpin dan isteri yang berkhidmat.

Katanya, seandainya krisis rumah tangga sampai ke kemuncak dengan terjadinya perceraian, anggaplah ia ketentuan Allah yang pada perceraian itu sebagai jalan keluar daripada krisis berpanjangan yang mengganggu gugat hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Penulis ialah pensyarah UiTM, Shah Alam

Pilihanraya pilih ketua murid diarah henti

Pilihanraya pilih ketua murid diarah henti
Seri

Perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih Ketua Murid di sekolah-sekolah diarah dihentikan. Pekeliling berkaitan telah diedarkan dan boleh dimuat turun dari internet.

Walaubagaimanapun, sebab dari larangan berkenaan tidak berapa kuat iaitu (Kementerian Pelajaran Malaysia) KPM berpandangan bahawa sistem berkenaan tidak sesuai dilaksanakan atau didedahkan kepada murid-murid sekolah.

Tindakan berkenaan menimbulkan sedikit kejanggalan apabila, program berkenaan yang sepatutnya bertujuan baik bagi melatih pemimpin kecil disekat untuk diadakan lagi. Tahukah kita bahawa perlaksanaannya di sekolah cukup aman dan tenteram. Tidak berlaku rusuhan dan rasuah. Cukup tertib dan teratur.

Beberapa sekolah rendah dan menengah di Selangor dan Seluruh Malaysia begitu bangga menyiarkan kejayaan perlaksanaan program berkenaan hinggakan ada yang disiarkan di dalam Berita Perdana TV3, akhbar dan majalah.

Pelajar dilatih dengan cara pengundian yang ringan dan terkawal serta sesi pidato oleh murid yang bertanding. Ketua pengawas bukan sahaja dipilih oleh semua murid tetapi oleh guru-guru juga. Tentunya calon yang terpilih lebih berkualiti.

Sistem demokrasi berpilihanraya juga diajar di dalam subjek Sivik dan Kewarganegaraan dan juga subjek Sejarah pada peringkat menengah. Perlaksanaan piliharanya di sekolah merupakan satu praktikal terbaik untuk pelajar memahami proses pilihanraya yang berlaku di Malaysia.

Adakah kita tidak sudi untuk melihat bakal pemimpin yang dilahirkan, adalah mereka yang benar-benar layak dan berketrampilan untuk memimpin?. Adakah kerajaan bimbang pemimpin-pemimpin kecil ini akan buat kacau di universiti apabila mereka melangkah ke menara gading nanti?

Mungkin juga pelbagai sekatan terhadap pilihanraya di universiti mempunyai kaitan dengan arahan berkaitan pilihanraya di sekolah-sekolah. Jika ini tujuannya, tidak mustahil kepimpinan pelajar di universiti pada masa akan datang tidak akan bermaya atau hanya sebagai pak turut sahaja.

Jika sistem berkenaan tidak sesuai untuk didedahkan kepada murid-murid sekolah, lebih baik hapuskan sahaja tajuk berkenaan yang terdapat di dalam subjek Sejarah. Hapuskan juga tajuk mengenai tokoh-tokoh negara yang berjuang menuntut kemerdekaan kerana tokoh-tokoh ini adalah pendokong kuat demokrasi berpelembagaan. Dibimbangi mereka akan menjadi idola pelajar-pelajar kita.

Kita perlu sedar bahawa sistem ini sebenarnya telah lama dipraktikkan di kebanyakkan sekolah. Kenapa kita perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Di luar Negara, sekolah tingginya mengadakan pilihanraya bagi memilih ketua pelajar. Dengan menyekat program berkenaan kita bukannya maju ke hadapan, tetapi kita telah mundur ke belakang. Inikah pendidikan bertaraf dunia yang diharapkan?

Saya berpendapan adalah lebih baik KPM menyediakan satu garis panduan bagi mengawal dan menambahbaik piliharaya di sekolah-sekolah. Galakan perlu diberikan kepada sekolah-sekolah yang belum melaksanakan sistem ini.

Tindakan menghalang sistem berkenaan dari dilaksanakan di sekolah-sekolah adalah satu tindakan yang terburu-buru dan tanpa melalui kajian ilmiah yang mendalam. Janganlah kita menyekat perkembangan murid-murid kita hanya dengan satu alasan yang umum dan rapuh.

SERI

Sunday, March 7, 2010

M10-H42

Hari ini tak banyak isu. Yang ada hanyalah kesibukan manusia-manusia yang bernama guru itu dengan urusan masing-masing yang hakiki.

Ok kot?

Saturday, March 6, 2010

M10-H41: Sekolah Melahirkan Penyamun

Hari ini diadakan perhimpunan resmi mingguan.
Lamanya menunggu 'boss' besar turun. Kalau budak2 dah bersedia, janganlah tunggu lama-lama sangat. Orang boring tau! Boring tu menyampah!

Perhimpunan dimulakan dengan cikgu Mad bercakap tentang pencuri dan penyamun "Kita sungguh bangga kerana sekolah ini telah melahirkan penyamun-penyamun!" kata cikgu Mad.

Katanya lagi petunjuk2petunjuk sudah ada untuk mencekup penyamun yang dikenal pasti.

Kemudian cikgu Hasni dengan perutusan siapa entah!

Cikgu Asri pula membentangkan berleter pasal kecurian juga! Panjang jugak.

8.40 baru selesai

Guru tingkat pencapaian sekolah turut diberi insentif

Guru tingkat pencapaian sekolah turut diberi insentif



MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan orang ramai ketika melancarkan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak di Slim River, semalam.



TANJUNG MALIM 6 Mac – Semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa akan diberi pelbagai insentif termasuk kenaikan pangkat mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.

Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung pelaksanaan insentif baru menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah itu akan diumumkan pada 16 Mei ini.

“Kalau mereka menunjukkan kecemerlangan tak kira di bandar atau luar bandar, ikut ukuran apa yang kita sebut kumpulan-kumpulan tertentu.

“Tetapi kalau meningkat sedikit pun (cemerlang) kita akan bagi juga imbuhan kepada guru besar, pengetua dan guru-guru di sekolah itu.

“Maknanya, bukan hanya bagi pengetua atau guru besar tetapi kepada semuanya, kerana kita iktiraf peranan itu bukan hanya dimainkan oleh seorang pemimpin dalam sekolah, sebaliknya semua guru mesti bekerja sama. Kalau (sekolah) meningkat, semua dapat kredit,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak di Slim River dekat sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri Perak.

Muhyiddin berkata, pemberian insentif tersebut adalah sebagai galakan kepada pihak sekolah tanpa mengira sama ada ia sekolah bandar atau luar bandar untuk bekerjasama dalam mencapai kecemerlangan.

“Kita boleh melihat kalau di sekolah itu ada kepimpinan yang baik, walaupun tidak mendapat peruntukan tetapi mampu meningkatkan pencapaian, maka ia akan diberi penilaian dan akan diiktiraf,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi geran pelancaran kepada pihak swasta yang membuka kelas-kelas prasekolah di negara ini.

Langkah tersebut, katanya, bagi menjayakan matlamat memastikan 87 peratus kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan dalam tempoh tiga tahun lagi mempunyai pendidikan asas.

Selain itu, jelas beliau, kementerian juga akan menampung kos melatih guru-guru yang ditempatkan di prasekolah terbabit.

Terdahulu, dalam pertemuannya dengan warga pendidik di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) Behrang, Muhyiddin mahu guru-guru berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.

Beliau berkata, langkah kementerian memperkenalkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebagai persediaan untuk melonjakkan lagi bidang pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita minta guru-guru bersama-sama membantu mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan kerana kita tidak mahu juara kampung tetapi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kalau guru-guru bersemangat meningkatkan pencapaian murid-murid dan para pelajar, langkah-langkah ini akan diiktiraf oleh pihak kementerian dan juga layak untuk mendapat imbuhan insentif tahun depan,” katanya.

Semakan sertai PLKN

Semakan sertai PLKN

2010/03/06

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara memaklumkan semakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh dibuat di laman web jabatan itu www.khidmatnegara.gov.my mulai semalam.
Selain itu, semakan boleh dibuat melalui mySMS di nombor 15888 serta talian hotline 03-4027 4773/ 4776/4777/4779/ 4646/ 4664 untuk mendapatkan malumat terperinci.

Menurut kenyataan jabatan itu semalam, sesiapa yang lahir pada 1992 dan terpilih mengikuti PLKN, dikehendaki menjalani program itu bagi Kumpulan 2 Siri 7/2010 bermula 27 Mac ini. - Bernama

18SX - Tips Bercium (Suami Isteri Sahaja)

Ini satu artikel ciplak dari laman web indon
Kalau korang paham, oklah, kalau tak paham, pon ok jugak

Cium nggak, cium nggak… cium ya cium, nggak ya nggak, Asal jangan cium yang nggak-nggak aja, misalnya cium Singa Afrika atau Knalpot Boil. Nah kalau dibawah ini baru yang bener-bener pas buat kamu n do`i. Duduk dengan tenang dan simak dengan baik.

Langkah pertama saat ciuman adalah BERSANTAI (usahakan jangan setelah kamu berdua ikut marathon 42 km). Jangan pikir apapun, kecuali ciuman yang mau kamu beri. Yang lebih bagus lagi … jangan berpikir. ~~~ kayak di iklan … sosor terus, eh itu gosok lagi.

Mulailah dengan bibir yang agak terbuka atau tertutup. Jangan libatkan lidah (apalagi partai politik tertentu) ! Lemaskan bibir (ikut fitness), tapi jangan sampai bibir kamu menjadi nurut nggak beraturan (apalagi keluar masuk tidak beraturan, gokil dong). Aturlah perasaan seolah-olah kamu yakin banget dengan ciuman kamu itu. Ini sangat penting! ~~~ bagian yang akan dicium harap di beri tanda dengan spidol hitam.


Ciumlah do`i seakan-akan dunia besok mau runtuh. ~~~ ini sih terlalu berlebihan.


Kemudian yang sering dilupain banyak orang adalah penggunaan tangan. Usap tangan kamu di bagian yang non erotik, seperti punggung, bahu, dan lengan (jangan dompet do`i). Tempat lain yang bagus adalah leher, sambil memberi do`i pijatan ringan di bagian kepala. ~~~ tanyain mau creambath, tonic atau bleaching.


Buat ciuman ini romantis. Ciuman adalah salah satu tindakan yang paling romantis yang bisa kamu lakukan. 


Usahakan supaya ciuman ini nggak hanya bermuatan seks. ~~~ apalagi bermuatan politik plus iklan sponsor.

Berpura-puralah mencium orang ini untuk pertama kalinya. ~~~ bilang ke do`i … sayang, kamu orang yang ke 55 yang aku cium hari ini.


Coba sesuatu yang baru:

  • - Jangan menutup mata kamu. ~~~ tutup mulut, kan abis maem jengkol.
  • - Cium si do`i di bagian lain wajah selain bibir. Seperti ciuman ringan di dahi. ~~~ kaki do`i sewaktu latihan karate pas lagi tendangan ke muka, pasti indah tuh.
  • - Variasi. Beri ciuman kecil diantara ciuman yang besar. ~~~ maksudnya apa nih ???
  • Nah ini nih daftar tempat dan kesempatan yang ok buat mencium atau dicium!
  • - Saat pertama kali kamu bertemu si do`i. ~~~ pipi kamu bakal merah tuh, kena tamparan.
  • - Selalu kalo si do`i pergi ke suatu tempat. ~~~ abis do`i maem pete.
  • - Di lampu lalu lintas. ~~~ depan kantor pbb.
  • - Di pantai saat terbit atau terbenamnya matahari. ~~~ ronda mas.
  • - Di pagi hari. ~~~ jangan lupa gosok gigi.
  • - Sebelum bobo di malam hari! ~~~ awas ileran !.
  • - Lagi nonton di bioskop ~~~ misbar (gerimis bubar) alias layar tancep, biar murah meriah n norak.
  • - Pas lagi mandi! ~~~ no comment deh kelanjutannya.
  • - Pas kamu lagi mau pergi ke suatu tempat. ~~~ tempat labaan do`i baru.
  • - Dibawah rembulan bulan. ~~~ pas abis dicium do`i bertaring.
  • - Ditemani nyala lilin ~~~ telpon PLN, ketauan tuh mati listrik.
  • - Saat pesta pernikahan. ~~~ do`i kamu sama calonnya sendiri. pasti rame deh.
  • - Saat berlibur. ~~~ pake duit sendiri lho, bukan kasbon.
  • - Sebagai kejutan. ~~~ cium aja supirnya do`i.

Kapan atau dimana aja adalah waktu yang ok untuk mencium atau dicium! ~~~ kalau di TPSA (Tempat Pembuangan Sampah Akhir) n MCK (Mandi Cuci Kakus) OK juga nggak yah. hohoho

Guru Sains disyaki edar dadah akan digantung kerja

Guru Sains disyaki edar dadah akan digantung kerja

KUALA LUMPUR: Guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung kerja, dipindahkan atau dibayar separuh gaji.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini.

"Kita masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pelajaran Johor sebelum dapat melakukan sebarang tindakan susulan ke atas guru berkenaan dan kemungkinan laporan penuh akan diperoleh Isnin ini. Sebaik saja kita peroleh secara terperinci, barulah kita dapat mengambil tindakan.

"Antaranya, dia (guru terbabit) boleh dikenakan tindakan pentadbiran iaitu digantung kerja, ditukarkan serta merta dan di bayar separuh gaji. Semua itu bergantung kepada laporan yang bakal kita peroleh kelak," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Seorang guru sains SJKC di Rengit di Batu Pahat ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya.

Guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dengan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan dan ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah Batu Pahat.

Alimuddin berkata, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan profesyen perguruan yang selama ini dipandang tinggi di kalangan masyarakat.

"Dadah adalah musuh utama negara dan dia sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya bertindak sebegitu," katanya. Kita kesal dengan kejadian ini kerana ia bukan saja mencemarkan imej perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru.

"Sepatutnya dia cuba membimbing generasi muda mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bukannya dia sendiri bertindak membekalkan bahan itu kepada pihak lain. Justeru, kita memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada individu terbabit," katanya.

Friday, March 5, 2010

M9-H40: Merentas Jalan Tar

Hari ini sabtu, hari ganti cuti tahun baru Cina yang lepas. Sekolah menetapkan diadakan Acara Merentas Desa di sekeliling kawasan kejiranan sekolah ini.

Acara dibahagikan kepada 3 kategori lelaki dan perempuan. 20 peserta terbaik memberikan mata kepada rumah masing-masing dan 10 yang pertama mendapat hadiah cenderamata.

Larian bermula lebih kurang jam 8.30 pagi yang dilepaskan oleh YDP PIBG Sdr Non China.

Acara tamat lebih kurang jam 10.00 pagi. Jam 11.00 diadakan acara penyampaian hadiah, juga disempurnakan oleh Sdr Non China.

Gambar-gambar akan dipostkan kemudian nanti

MAHATHIR KECEWA RAKYAT TERLEBIH GEMUK



MAHATHIR KECEWA RAKYAT TERLEBIH GEMUK – arkib melayau

“Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia,” kata Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

Thursday, March 4, 2010

Cemburu punca bunuh

Cemburu punca bunuh


KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Feisal Libertus Abdullah memeriksa kereta Perodua Viva milik Suhana yang mati ditikam oleh rakan wanitanya di Taman Kristal Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang wanita yang tidak dapat menahan rasa cemburunya bertindak kejam apabila menikam seorang jurujual sebuah kedai alat tulis bertubi-tubi hingga mati sebelum menikam dirinya sendiri di Taman Kristal Mergong di sini malam kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam berhampiran sebuah bendang itu mengakibatkan, Suhana Mohd. Shariff, 26, mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di perut dan dada dengan menggunakan pisau pemotong sayur oleh suspek yang dikenali sebagai Oren, 33.

Sebaik melihat mangsa berlumuran darah, suspek yang merupakan seorang wanita berperwatakan lelaki kemudian cuba membunuh diri dengan menikam dada dan menggelar tangan kiri sendiri tetapi dapat diselamatkan.

Suspek berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Difahamkan, sebelum itu, kedua-dua wanita berkenaan telah berselisih faham sebelum berlaku pertengkaran besar di antara mereka di dalam sebuah kereta Perodua Viva milik mangsa.

Guru berkhidmat di luar bandar diberi kelebihan naik pangkat

Mudah naik pangkat

Oleh Syuhada Choo Abdullah


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan timbalannya Dr. Mohd Puad Zarkashi (duduk dua dari kanan) serta Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (duduk kanan). - Foto Izhari Ariffin
 

KUALA LUMPUR: Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ganjaran itu antara bentuk dorongan baru yang sedang dikaji untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan berkenaan, selain sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka.

Beliau bagaimanapun berkata, pengalaman berkhidmat di luar bandar bukan bermakna guru terbabit akan mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran lain secara automatik, sebaliknya ia memberi mereka kelebihan dalam pertimbangan yang turut bergantung kepada faktor penting lain, seperti kekosongan jawatan, kekananan dan prestasi perkhidmatan.

"Satu kertas kerja yang mencakupi segala aspek menyeluruh mengenai perkhidmatan guru di luar bandar dan pedalaman, termasuk dari segi pemilihan, penempatan, bentuk galakan serta ganjaran sedang pada peringkat akhir penyediaan oleh jawatankuasa yang saya pengerusikan.

"Usaha ini dimulakan sejak akhir tahun lalu di mana kita mengambil kira, mempertimbang dan membincangkan secara teliti semua isu berkaitan serta masalah daripada keseluruhan aspek yang dijangka timbul berhubung perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, berhubung cadangan mewajibkan guru bertugas di pedalaman serta luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Muhyiddin berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang dialami sektor pendidikan ketika ini.

Alimuddin berkata, kertas kerja yang disediakan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian itu akan siap tidak lama lagi dan akan dibentangkan pada mesyuarat pengurusan dan profesional sebelum dikemukakan kepada Muhyiddin untuk kelulusan.

"Apabila ia diluluskan, dasar baru berkenaan boleh dilaksanakan dalam tahun ini juga sekiranya sempat atau pada sesi persekolahan baru tahun depan," katanya.

Beliau berkata, guru harus melihat penempatan di sekolah luar bandar dan pedalaman selama tiga hingga lima tahun daripada keseluruhan tempoh 33 hingga 35 tahun perkhidmatan mereka dalam profesion itu, sebagai satu tanggungjawab sosial dan khidmat negara yang amat bermakna.

Katanya, rata-rata tenaga pengajar di sekolah luar bandar dan pedalaman ketika ini adalah guru baru, sedangkan khidmat guru berpengalaman melebihi lima tahun juga diperlukan untuk membantu mempertingkat kecemerlangan pendidikan di kawasan itu, sekali gus merapatkan jurang prestasi antara pelajarnya dengan rakan sebaya di sekolah bandar.

"Justeru, kertas kerja itu tidak hanya bertumpu kepada penghantaran guru baru, sebaliknya turut mengkaji kepentingan menempatkan guru berpengalaman ke luar bandar serta pedalaman untuk mengisi kekosongan berdasarkan keperluan opsyen, terutama bagi mereka yang belum pernah ditukarkan ke kawasan berkenaan.

"Memang ada guru berpengalaman yang tidak pernah ditukarkan ke kawasan luar bandar atau pedalaman walaupun sudah hampir bersara. Maka, dasar umpama khidmat negara sebegini dipercayai akan mendorong guru berusaha mendapatkan penempatan ke sekolah luar bandar dan pedalaman lebih awal," katanya.