Tuesday, June 22, 2010

Worldcup 2010: Siapa bakal tersingkir?

Group A
TeamMPWDLGFGAPts
UruguayUruguay2110304
MexicoMexico2110314
FranceFrance2011021
South AfricaSouth Africa2011141
Group B
TeamMPWDLGFGAPts
ArgentinaArgentina2200516
Korea RepublicKorea Republic2101343
GreeceGreece2101233
NigeriaNigeria2002130
Malam ini kita tumpukan perhatian kepada Grup A dan Grup B. Juara Grup A akan jumpa N.Juara B Grup dan Juara Grup B akan jumpa N.Juara Grup A dalam pusingan 16 kalah mati. Secara kasarnya Argentina akan menjadi Juara Grup B, akan bertemu Nigeria yang nampaknya sudah terkeluar dari persaingan, manakala Korea Selatan berentap dengan Greece untuk tempat ke-2. Korea Selatan cuma perlukan keputusan seri untuk mengiringi Argentina ke pusingan berikutnya. Dalam Grup A pula, Uruguay akan bertemu Mexico.

Apakah harapan Perancis dan Afrika Selatan. Walaupun Perancis nampaknya seakan-akan putus asa dalam perebutan ini dan juga dengan pergeseran pemain dengan jurulatih, harapan Perancis nampaknya tipis. Perlawanan Mexico - Uruguay, jika salah satu pasukan tewas, bermakna Perancis perlu menang dengan jaringan gol yang besar, sekurang-kurangnya beza 3 gol untuk mengatasi pasukan yang kalah, sama ada Mexico atau Uruguay.

Afrika Selatan juga ada harapan sekiranya Mexico atau Uruguay tumpas, tetapi Afrika Selatan memerlukan kemenangan besar ke atas Perancis dengan beza gol sekurang-kurangnya 5 gol.

Bagaimana pun menduduki tempat kedua dalam Grup A bermakna akan bertemu Argentina dalam pusingan seterusnya. Jika Mexico dan Uruguay seri, bermakna Mexico akan bertemu Argentina. Umumnya semua pasukan mahu mengelak dari bertemu Argentina pada pusingan 16 pasukan. Oleh itu perlawanan Mexico - Uruguay pasti akan sengit nanti. Begitu juga perlawanan Afrikan Selatan - Perancis.

Grup B, Argentina sudah mengesahkan layak ke pusingan 16. Tempat kedua masih terbukan antara Korea Selatan dan Greece. Nigeria juga masih ada peluang dengan syarat Greece tewas kepada Argentina dan Nigeria menang ke atas Korea Selatan dengan beza jaringan 5 gol. Itu adalah sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Korea Selatan seakan-akan perlukan keputusan seri dengan Nigeria, dengan harapan Argentina tidak kalah kepada Greece.

Cara ini nampaknya boleh mendatangkan padah kepada Korea Selatan. Oleh itu Korea akan cuba menewaskan Nigeria untuk menyelamatkan tempatnya di pusingan 16 nanti.

Saya ramalkan, Grup A, Perancis dan Afrika Selatan akan tersingkir, manakala Grup B, Greece dan Nigeria akan tersingkir.

No comments:

Post a Comment