Sunday, June 27, 2010

WC2010 Round Of 16: Day 3

Perlawanan blok Eropah antara Belanda dengan Slovakia ini jarang dilihat. Jika di atas kertas, Belanda mempunyai kelebihan untuk menang kali ini. Slovakia nampak garang pada 2 perlawanan awal, tetapi banyak kelemahan semasa perlawanan terakhir mereka menewaskan Itali 3-2. Oleh itu Belanda dijangka akan menang perlawanan ini untuk bertemu pemenang Brazil - Chile.


Ini pula perlawanan blok Amerika Selatan. Chile tewas 2 kali kepada Brazil dalam perlawanan kelayakan World Cup dengan jaringan yang agak besar. Di atas kertas Brazil menjadi favorit untuk menjadi juara. Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Chile tidak nampak begitu menguasai permainan.Tanpa masalah yang besar, Brazil mempunyai harapan cerah untuk menang dalam perlawanan ini. Saya memilih Brazil.

No comments:

Post a Comment