Wednesday, June 23, 2010

World Cup 2010: England dan Germany bakal tersingkir awal?

Malam ini empat lagi tempat ke pusingan 16 akan ditentukan. Grup C menemukan Slovania dengan England dan Amerika Syarikat dengan Algeria. Keempat-empat pasukan dalam Grup C ini masih berpeluang melayakkan diri.


Grup C

Slovania dengan 4 mata nampaknya cuma perlukan keputusan seri bila bertemu England nanti. Tetapi keputusan seri itu bermakna England akan tersingkir. Sudah tentu England akan bermati-matian untuk mencatat kemenangan sulung dalam piala dunia kali ini selepas hanya mampu seri dalam dua perlawanan pertama. Apa yang dapat dilihat dari 2 perlawanan yang melibatkan pasukan England sebelum ini tidak langsung memberi kelebihan kepada mereka untuk menewaskan Slovania. Keputusan paling baik perlawanan England - Slovania malam ini mungkin seri. Lebih parah lagi jika England pula yang tewas. Itu sudah tentu memalukan!

Perlawanan Amerika Syarikat - Algeria juga akan menjadi sengit. Algeria yang cuma mengutip 1 mata, mampu layak ke pusingan 16 sekiranya mereka menang ke atas Amerika Syarikat, walaupun dengan hanya perbezaan 1 gol dan England tidak dapat menewaskan Slovania.

Dari segi permainan dan taktik, Amerika Syarikat mempunyai kelebihan berbanding Algeria. Pun begitu, Algeria juga tidak boleh dipandang ringan apabila mereka mampu mengekang asakan England dan berkesudahan seri.

Apa yang lebih menarik lagi dalam Grup C ini ialah sekiranya England dan Amerika Syarikat menang dalam perlawanan mereka, maka Slovania dan Algeria akan tersingkir. Mampukah England?

Grup D

Dalam Grup D pula menemukan Ghana dengan Germany dan Serbia dengan Australia. Kesemua pasukan masih mempunyai harapan untuk layak.

Australia yang mempunyai harapan tipis, mungkin boleh layak sekiranya menang ke atas Serbia dan mengharapkan Germany tewas kepada Ghana. Dari segi kekuatan Serbia memiliki kelebihan berbanding Australia. Sekiranya Serbia menang dan Germany juga menang dalam perlawanan malam ini, bermakna Ghana akan berputih mata.

Germany mungkin tersingkir jika tidak mendapat kemenangan malam ini kerana Serbia nampaknya sudah pasti akan menewaskan Australia. Peluang Ghana akan pudar sekiranya mereka tewas dan Serbia menang ke atas Australia. Apakah Ghana akan membiarkan peluang itu? Pilihan Ghana ialah menang atau seri untuk melayakkan mereka ke pusingan 16 nanti, manakala Germany akan tersingkir sekiranya tewas atau seri.

Nampaknya malam ini perlawanan Germany - Ghana adalah yang paling menarik dari 4 perlawanan yang dihidangkan kepada kita. Ramai yang masih mengatakan Germany dan England mampu layak ke pusingan 16.

Saya menjangkakan Germany dan England akan tersingkir awal. Setuju?

No comments:

Post a Comment