Sunday, June 27, 2010

WC2010 Round Of 16: Day 2

Ini perlawanan blok Eropah. Perlawanan Germany - England mungkin tidak dapat lari dari memori final World Cup 1966 di England, di mana England muncul sebagai juara selepas menewaskan Germany. Untuk perlawanan hari ini, pasukan Germany tampak lebih hebat berbanding England. Walaupun England tidak pernah tewas dalam liga kumpulan dan Germany pula tewas kepada Serbia, kekuatan Germany masih berbisa. Corak permainan England seperti sudah boleh diramalkan dan England akan menghadapi kesukaran menandingi corak permainan pantas Germany. Saya jangkakan Germany akan meneruskan misi ke peringkat suku akhir dan menghantar pulang pasukan England.

Perlawanan antara Argentina dan Mexico iaitu satu dari blok Amerika Selatan dan satu lagi dari blok Amerika Utara tentunya lebih menarik kerana Argentina seperi diramal oleh ramai peminatnya akan menjuarai World Cup kali ini. Corak permainan Argentina yang menarik sudah tentu memberikan mereka kelebihan untuk mengatasi Mexico yang bermain dengan agak perlahan. Saya tidak memilih Argentina sebagai pemenang dalam perlawanan ini tetapi Mexico yang turun sebagai 'underdog' akan membuat kejutan. Mungkin ramai tidak bersetuju dengan saya.

No comments:

Post a Comment