Ini surat siaran, amaran secara intrinsik.
Besarkan dan baca sendiri.
Nampaknya masih ramai yang alpa.
Hari Jaya Waris esok lusa saja lagi.
Cermin diri dan renungkan...
Di mana silap kita?
Monday, June 28, 2010
WC2010 Round 16: Day 4
Satu lagi wakil Asia yang tinggal ialah Jepun. Malam ini Jepun akan bertemu Paraguay dalam satu lagi perlawanan Round of 16. Jepun pernah layak ke peringkat Round of 16 pada tahun 2002, manakala Paraguay belum pernah layak ke peringkat suku akhir sejak World Cup dimulakan. Kerajinan pasukan Jepun menjadikan mereka digeruni oleh lawan. Walaupun Paraguay dianggap lemah dalam perlawanan ini, saya yakin Paraguay mampu menewaskan Jepun untuk layak ke peringkat suku akhir buat pertama kalinya.
Sepanyol yang dianggap favorit adalah juara Eropah, yang mereka menangi pada tahun 2008 yang lalu. Ramai berpendapat Sepanyol akan layak dengan mudah ke peringkat suku akhir nanti. Apa yang saya perhatikan dari dua pasukan ini, Portugal nampak lebih menyerlah untuk memenangi perlawanan ini. Corak permainan pantas Portugal akan memadamkan permainan lembab Sepanyol nanti. Saya jangkakan Portugal akan melangkah ke peringkat suku akhir nanti.
Dan Portugal akan bertemu Paraguay pada peringkat seterusnya. Ada bantahan?
Pelajar Boleh Dinilai Di Sekolah Jika UPSR, PMR Dimansuh: Mohd Puad
Isnin Jun 28, 2010
Pelajar Boleh Dinilai Di Sekolah Jika UPSR, PMR Dimansuh: Mohd Puad
IPOH: Ibu bapa tidak perlu khuatir mengenai cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana jika ia berlaku, Lembaga Peperiksaan Malaysia masih boleh menyelaras peperiksaan di peringkat sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi.
Katanya, jika peperiksaan itu dimansuhkan, ia tidak bermakna guru-guru akan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik pelajar kerana sebenarnya masih terdapat beberapa ujian lain yang perlu dilalui pelajar.
"Pelajar akan dinilai dalam ujian lain di sekolah. Dengan pemansuhan peperiksaan itu ia akan mengurangkan tekanan kepada murid-murid yang terpaksa melalui beberapa ujian besar sehingga tamat persekolahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia ke-16 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-28 di sini hari ini.
Mohd Puad berkata, cadangan untuk memansuhkan dua peperiksaan juga adalah sejajar dengan hakikat bahawa sistem pendidikan yang dinamik memerlukan perubahan untuk disesuaikan dengan tuntutan semasa.
"Kita memerlukan maklum balas dari persatuan-persatuan guru, Persatuan Ibubapa dan Guru dan orang ramai untuk apa-apa perubahan yang difikirkan perlu oleh Kementerian Pelajaran," katanya
Mohd Puad berkata, keputusan pemansuhan dua peperiksaan awam itu tidak akan dibuat terburu-buru sebaliknya bergantung kepada pendapat semua pihak.
"Pada masa ini ramai yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju," katanya. - BERNAMA

Sunday, June 27, 2010
WC2010 Round Of 16: Day 3
Perlawanan blok Eropah antara Belanda dengan Slovakia ini jarang dilihat. Jika di atas kertas, Belanda mempunyai kelebihan untuk menang kali ini. Slovakia nampak garang pada 2 perlawanan awal, tetapi banyak kelemahan semasa perlawanan terakhir mereka menewaskan Itali 3-2. Oleh itu Belanda dijangka akan menang perlawanan ini untuk bertemu pemenang Brazil - Chile.
Ini pula perlawanan blok Amerika Selatan. Chile tewas 2 kali kepada Brazil dalam perlawanan kelayakan World Cup dengan jaringan yang agak besar. Di atas kertas Brazil menjadi favorit untuk menjadi juara. Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Chile tidak nampak begitu menguasai permainan.Tanpa masalah yang besar, Brazil mempunyai harapan cerah untuk menang dalam perlawanan ini. Saya memilih Brazil.

Tahniah SMKL!
Untuk menjadi juara bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula untuk menjadi juara peringkat negeri. Tetapi itulah yang telah dikecapi oleh Pasukan Pelapis Tani SMKL yang muncul sebagai juara 2010! Tahniah sekali lagi
WC2010 Round Of 16: Day 2
Ini perlawanan blok Eropah. Perlawanan Germany - England mungkin tidak dapat lari dari memori final World Cup 1966 di England, di mana England muncul sebagai juara selepas menewaskan Germany. Untuk perlawanan hari ini, pasukan Germany tampak lebih hebat berbanding England. Walaupun England tidak pernah tewas dalam liga kumpulan dan Germany pula tewas kepada Serbia, kekuatan Germany masih berbisa. Corak permainan England seperti sudah boleh diramalkan dan England akan menghadapi kesukaran menandingi corak permainan pantas Germany. Saya jangkakan Germany akan meneruskan misi ke peringkat suku akhir dan menghantar pulang pasukan England.
Perlawanan antara Argentina dan Mexico iaitu satu dari blok Amerika Selatan dan satu lagi dari blok Amerika Utara tentunya lebih menarik kerana Argentina seperi diramal oleh ramai peminatnya akan menjuarai World Cup kali ini. Corak permainan Argentina yang menarik sudah tentu memberikan mereka kelebihan untuk mengatasi Mexico yang bermain dengan agak perlahan. Saya tidak memilih Argentina sebagai pemenang dalam perlawanan ini tetapi Mexico yang turun sebagai 'underdog' akan membuat kejutan. Mungkin ramai tidak bersetuju dengan saya.

Saturday, June 26, 2010
Taatilah suamimu...
Taatilah suamimu.. syurga menanti anda..
Pernikahan adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada laki-laki dan perempuan dengan kadar yang sama dan berimbang, ia adalah wujud kecintaan, kasih sayang, mementingkan pasangan, saling memberi dan menerima, hal itu terbaca jelas dalam firman Allah Subhanahu waTa'ala,
وَمِنْ ءايَـتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَجاً لِّتَسْكُنُواْ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِى ذَلِكَ لأَيَـتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴾
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS. ar-Rum: 21).
Demi menjaga kelangsungan kasih sayang dan hubungan baik antara suami isteri maka Allah meletakkan hak bagi masing-masing atas pasangannya.
Firman Allah Subhanahu waTa'ala, وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِى عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوف
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ِ
, "…..Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (QS. al-Baqarah: 228).
, "…..Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (QS. al-Baqarah: 228).
Isteri mempunyai hak-hak atas suami yang tidak sedikit yang wajib diberikan oleh suami kepadanya, jika suami tidak menunaikannya,maka hal itu dianggap sebagai dosa dan kemaksiatan yang tidak ringan di sisi Allah. Sebaliknya suami memiliki hak-hak atas isteri sebanding dengan hak isteri atas suami, di antara hak-hak suami adalah hendaknya seorang wanita muslimah menjadi isteri yang patuh dan taat kepada suaminya dengan menunaikan hak-haknya sebaik-baiknya.
Besarnya hak suami atas isteri.
Hak suami atas isteri adalah besar, kedudukannya di hadapannya adalah agung, hal itu tergambar dengan jelas melalui:
A. Perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada isteri agar bersujud kepada suami seandainya makhluk boleh bersujud kepada makhluk. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Seandainya aku memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain niscaya aku memerintahkan isteri agar bersujud kepada suaminya." (HR. at-Tirmidzi)
B. Murka yang di langit kepada isteri yang menolak permintaan suami untuk bermesra, murka ini hapus jika suami redha kepada isteri. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Demi dzat yang jiwaku berada ditanganNya, tidak ada seorang suami mengajak isteri ke ranjangnya lalu isterinya menolaknya kecuali yang di langit memurkainya sehingga suami redha kepadanya ."
C. Penunaian ibadah-ibadah sunnah oleh isteri bergantung kepada izin suami, jika ibadah-ibadah tersebut menghalangi hak suami. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Tidak halal bagi wanita berpuasa sementara suaminya ada/hadir kecuali dengan izinnya. Dan hendaknya dia tidak mengizinkan di rumahnya kecuali dengan izinnya."
Khusus dalam hal ini terdapat teladan dari Aisyah radiyallahu 'anha isteri Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam, Aisyah berkata, "Aku pernah berhutang puasa Ramadhan, aku baru bisa melunasinya di bulan Sya'ban hal itu karena kedudukan Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam." (HR. Jamaah).
D. Menghadirkan seseorang di rumah suami bergantung kepada restu suami. Sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah radiyallahu 'anhu di atas, "Dan hendaknya dia tidak mengizinkan di rumahnya kecuali dengan izinnya."
E. Izin khulu' -menuntut berpisah dari isteri dengan membayar iwadh (ganti rugi)- dalam kondisi isteri takut tidak mampu menunaikan hak-hak suami seperti yang dilakukan oleh isteri Tsabit bin Qais. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbasz berkata, isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia berkata, "Ya Rasulullah, aku tidak membenci agama dan akhlak Tsabit, hanya saja aku takut kufur dalam Islam." Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bertanya, "Apakah kamu mahu mengembalikan kebunnya kepadanya?" Dia menjawab, "Ya." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta Tsabit berpisah darinya. Apa yang dilakukan isteri Tsabit ini merupakan tindak lanjut dari firman Allah Subhanahu waTa'ala,
وَلاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلاَّ أَن يَخَافَآ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ
, "Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu khawatir bahawa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya." (QS. al-Baqarah: 229).
F. Ihdad (berkabung) hanya boleh tiga hari tetapi untuk suami -maksudnya jika suami yang meninggal- maka masa ihdad lebih panjang iaitu empat bulan sepuluh hari.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir berihdad atas mayat lebih dari tiga malam kecuali atas suami iaitu empat bulan sepuluh hari." (Muttafaq alaihi).

G. Tatanan iddah (masa tunggu) bagi isteri yang berpisah dari suami, di mana dalam masa ini isteri belum boleh menerima lamaran dari orang lain karena hak suami dan suami tetap dinamakan suami yang memegang hak rujuk jika berpisahnya masih memungkinkan untuk rujuk.
firman Allah Subhanahu waTa'ala,
firman Allah Subhanahu waTa'ala,
﴿وَالْمُطَلَّقَـتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَـثَةَ قُرُوءٍ وَلاَ يَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِى أَرْحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُواْ إِصْلَـحاً
"Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah." (QS. al-Baqarah: 228).
Hasil nukilan daripada ustaz Yusof Embong : http://yusofembong.blogspot.com
WC2010 Round Of 16: Day 1
Dalam perlawanan ini dijangkakan wakil Asia Korea Selatan akan tewas kepada Uruguay. Walau pun Korea Selatan terkenal dengan semangat dan permainan yang baik, ditambah pula Korea Selatan pernah menjadi semi-finalis World Cup 2002, namun apabila berdepan dengan corak permainan Amerika Selatan, Korea akan menjadi mangsa Uruguay
Amerika Syarikat adalah juara kumpulan B. Permainan mereka nampak lebih baik, tetapi dijangkakan Amerika Syarikat tidak akan melepasi suku akhir. Permainan terakhir Ghana ketika menentang Germany nampak lebih mantap dan pantas. Kekurangan Ghana adalah di depan pintu gol lawan. Tetapi saya yakin Ghana mampu menewaskan Amerika Syarikat untuk ke suku akhir bertemu Uruguay nanti.
Any comments?

World Cup 2010: Finalis 2006 Disingkir Awal
Itulah kejutan World Cup 2010 kali ini.
Itali selaku penyandang juara dunia 2006 gagal melayakkan diri ke peringkat kalah mati 16 pasukan. Sebelum itu Perancis yang juga finalis 2006 disingkir lebih awal lagi.
Lebih menarik lagi apabila 2 wakil Asia, Korea Selatan dan Jepun melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan. Korea menduduki tempat kedua di belakang Argentina. Korea Selatan akan bertemu Uruguay, manakala Jepun akan menentang Paraguay.

Wednesday, June 23, 2010
World Cup 2010: England dan Germany bakal tersingkir awal?
Malam ini empat lagi tempat ke pusingan 16 akan ditentukan. Grup C menemukan Slovania dengan England dan Amerika Syarikat dengan Algeria. Keempat-empat pasukan dalam Grup C ini masih berpeluang melayakkan diri.
Grup C
Slovania dengan 4 mata nampaknya cuma perlukan keputusan seri bila bertemu England nanti. Tetapi keputusan seri itu bermakna England akan tersingkir. Sudah tentu England akan bermati-matian untuk mencatat kemenangan sulung dalam piala dunia kali ini selepas hanya mampu seri dalam dua perlawanan pertama. Apa yang dapat dilihat dari 2 perlawanan yang melibatkan pasukan England sebelum ini tidak langsung memberi kelebihan kepada mereka untuk menewaskan Slovania. Keputusan paling baik perlawanan England - Slovania malam ini mungkin seri. Lebih parah lagi jika England pula yang tewas. Itu sudah tentu memalukan!
Perlawanan Amerika Syarikat - Algeria juga akan menjadi sengit. Algeria yang cuma mengutip 1 mata, mampu layak ke pusingan 16 sekiranya mereka menang ke atas Amerika Syarikat, walaupun dengan hanya perbezaan 1 gol dan England tidak dapat menewaskan Slovania.
Dari segi permainan dan taktik, Amerika Syarikat mempunyai kelebihan berbanding Algeria. Pun begitu, Algeria juga tidak boleh dipandang ringan apabila mereka mampu mengekang asakan England dan berkesudahan seri.
Apa yang lebih menarik lagi dalam Grup C ini ialah sekiranya England dan Amerika Syarikat menang dalam perlawanan mereka, maka Slovania dan Algeria akan tersingkir. Mampukah England?
Grup D
Dalam Grup D pula menemukan Ghana dengan Germany dan Serbia dengan Australia. Kesemua pasukan masih mempunyai harapan untuk layak.
Australia yang mempunyai harapan tipis, mungkin boleh layak sekiranya menang ke atas Serbia dan mengharapkan Germany tewas kepada Ghana. Dari segi kekuatan Serbia memiliki kelebihan berbanding Australia. Sekiranya Serbia menang dan Germany juga menang dalam perlawanan malam ini, bermakna Ghana akan berputih mata.
Germany mungkin tersingkir jika tidak mendapat kemenangan malam ini kerana Serbia nampaknya sudah pasti akan menewaskan Australia. Peluang Ghana akan pudar sekiranya mereka tewas dan Serbia menang ke atas Australia. Apakah Ghana akan membiarkan peluang itu? Pilihan Ghana ialah menang atau seri untuk melayakkan mereka ke pusingan 16 nanti, manakala Germany akan tersingkir sekiranya tewas atau seri.
Nampaknya malam ini perlawanan Germany - Ghana adalah yang paling menarik dari 4 perlawanan yang dihidangkan kepada kita. Ramai yang masih mengatakan Germany dan England mampu layak ke pusingan 16.
Saya menjangkakan Germany dan England akan tersingkir awal. Setuju?

Tuesday, June 22, 2010
Pengemuman-pengemuman
Dengar cerita,Pelapis Tani SMK Langgar akan terima anugerah esok atas kemenangan Kadet Terbaik di Kedah..Hadiah akan disampaikan oleh YB Ustaz Azizan di Pendang Lake Resort sempena Jambori Pelapis Tani Peringkat negeri Kedah..tahniah kepada guru-guru pengiring..Jom esok kite pakat gi ghamai-ghamai ke pendang lake resort,kot mana tau dpt masuk gambar kt muka depan sinar harian..hehhee
Worldcup 2010: Siapa bakal tersingkir?
Team | MP | W | D | L | GF | GA | Pts |
Uruguay | 2 | 1 | 1 | 0 | 3 | 0 | 4 |
Mexico | 2 | 1 | 1 | 0 | 3 | 1 | 4 |
France | 2 | 0 | 1 | 1 | 0 | 2 | 1 |
South Africa | 2 | 0 | 1 | 1 | 1 | 4 | 1 |
Team | MP | W | D | L | GF | GA | Pts |
Argentina | 2 | 2 | 0 | 0 | 5 | 1 | 6 |
Korea Republic | 2 | 1 | 0 | 1 | 3 | 4 | 3 |
Greece | 2 | 1 | 0 | 1 | 2 | 3 | 3 |
Nigeria | 2 | 0 | 0 | 2 | 1 | 3 | 0 |
Malam ini kita tumpukan perhatian kepada Grup A dan Grup B. Juara Grup A akan jumpa N.Juara B Grup dan Juara Grup B akan jumpa N.Juara Grup A dalam pusingan 16 kalah mati. Secara kasarnya Argentina akan menjadi Juara Grup B, akan bertemu Nigeria yang nampaknya sudah terkeluar dari persaingan, manakala Korea Selatan berentap dengan Greece untuk tempat ke-2. Korea Selatan cuma perlukan keputusan seri untuk mengiringi Argentina ke pusingan berikutnya. Dalam Grup A pula, Uruguay akan bertemu Mexico.
Apakah harapan Perancis dan Afrika Selatan. Walaupun Perancis nampaknya seakan-akan putus asa dalam perebutan ini dan juga dengan pergeseran pemain dengan jurulatih, harapan Perancis nampaknya tipis. Perlawanan Mexico - Uruguay, jika salah satu pasukan tewas, bermakna Perancis perlu menang dengan jaringan gol yang besar, sekurang-kurangnya beza 3 gol untuk mengatasi pasukan yang kalah, sama ada Mexico atau Uruguay.
Afrika Selatan juga ada harapan sekiranya Mexico atau Uruguay tumpas, tetapi Afrika Selatan memerlukan kemenangan besar ke atas Perancis dengan beza gol sekurang-kurangnya 5 gol.
Bagaimana pun menduduki tempat kedua dalam Grup A bermakna akan bertemu Argentina dalam pusingan seterusnya. Jika Mexico dan Uruguay seri, bermakna Mexico akan bertemu Argentina. Umumnya semua pasukan mahu mengelak dari bertemu Argentina pada pusingan 16 pasukan. Oleh itu perlawanan Mexico - Uruguay pasti akan sengit nanti. Begitu juga perlawanan Afrikan Selatan - Perancis.
Grup B, Argentina sudah mengesahkan layak ke pusingan 16. Tempat kedua masih terbukan antara Korea Selatan dan Greece. Nigeria juga masih ada peluang dengan syarat Greece tewas kepada Argentina dan Nigeria menang ke atas Korea Selatan dengan beza jaringan 5 gol. Itu adalah sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Korea Selatan seakan-akan perlukan keputusan seri dengan Nigeria, dengan harapan Argentina tidak kalah kepada Greece.
Cara ini nampaknya boleh mendatangkan padah kepada Korea Selatan. Oleh itu Korea akan cuba menewaskan Nigeria untuk menyelamatkan tempatnya di pusingan 16 nanti.
Saya ramalkan, Grup A, Perancis dan Afrika Selatan akan tersingkir, manakala Grup B, Greece dan Nigeria akan tersingkir.

Sunday, June 20, 2010
Suami tangkap isteri berkhalwat
Suami tangkap isteri berkhalwat
|
|
SEREMBAN 20 Jun - Lebur hati seorang suami yang sepatutnya menyambut Hari Bapa hari ini selepas isterinya sendiri ditangkap ketika berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.
Lebih memalukan ketika ditahan kira-kira pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.
Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.
Beliau hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan tiga tahun.
Katanya, dia bekerja di Kuala Lumpur manakala isterinya yang berusia 28 tahun bekerja di Pasir Besar, Jempol dekat sini sebagai Pembantu Perpustakaan.
"Saya menyayangi sepenuh hati saya tetapi dia (isteri) bersikap sebegini dengan saya.
"Bagaimanapun, kira-kira enam bulan yang lalu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan isteri saya apabila dia mula rapat dengan seorang lelaki yang berusia 21 tahun," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zul berkata, lelaki itu yang masih bujang bekerja di sebuah agensi kerajaan dan pejabat mereka terletak dalam satu bangunan.
"Apabila saya bertanya, isteri saya memberi alasan bahawa lelaki itu hanyalah adik angkat dan mereka juga selalu berjumpa kerana menyertai satu peniagaan jualan langsung.
"Namun, saya tidak menyangka bahawa itu hanyalah helah isteri saya dan dengan kuasa Allah semuanya terdedah semalam," ujarnya.
Menceritakan semula mengenai kejadian tersebut, Zul berkata, isterinya itu berada di Port Dickson untuk menghadiri satu kursus selama dua hari di sebuah hotel bermula kelmarin.
''Walaupun isteri saya sudah meminta izin untuk mengikuti kursus itu namun hati saya berasa sangsi dan saya memutuskan untuk 'mengintip' isteri saya.
"Ketika saya berada di luar pintu hotel secara tiba-tiba saya melihat sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menjemput isteri saya di luar lobi hotel kira-kira pukul 11 malam kelmarin," jelasnya.
Menurutnya, dia terus mengekori pergerakan pasangan berkenaan sebelum mereka berhenti dan menyewa sebuah lagi hotel di bandar itu.
"Ketika itu badan saya menggigil kerana marah tetapi saya kuatkan semangat dan terus membuat laporan kepada JHEAINS serta polis.
"Kini setelah apa yang berlaku saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menceraikan isteri saya atau tidak dan cuba mendapatkan nasihat daripada keluarga sebelum membuat keputusan," katanya.
Saturday, June 19, 2010
Kementerian mungkin mansuh UPSR dan PMR
Kementerian mungkin mansuh UPSR dan PMR | ||
|
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.
Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.
Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.
Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.
Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.
Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.
"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh
dunia," katanya.
Selamat Kembali Ke Sekolah
Dua minggu cuti sekolah telah berlalu.
Sepanjang 16 hari cuti apa yang telah dibuat?
Hari ini perhimpunan diadakan.
Nampak suram saja. Mana pergi pengetua? Yang ada cuma cikgu Asri PKHEM
Cikgu Midah berucap.
Pasal cuti, pasal part-time dan juga pasal bola piala dunia.
Lebih kurang 20 minit.
Lepas tu bersurai...

Cuti Sekolah dan Bola
Nampaknya sepanjang cuti sekolah 2 minggu kaki bola tak lepaskan peluang meraikan Worldcup Afrika Selatan. Ramai yang cancel cuti dgn famili dan duduk2 di rumah sambil menonton bola di ASTRO.
Siapa pasukan pilihan untuk menjadi juara?
Selamat menonton
Siapa pasukan pilihan untuk menjadi juara?
Selamat menonton
Tuesday, June 8, 2010
Indonesia Round Trip
Hari ini kami berangkat - Ini cuma rencana sahaja
08/06/2010 Selasa
09/06/2010 Rabu
12/06/2010 Sabtu
13/06/2010 Ahad
14/06/2010 Isnin
15/06/2010 Selasa
16/06/2010 Rabu
08/06/2010 Selasa
- 2245 - Naik bas di Shahab Perdana
09/06/2010 Rabu
- 0630 - Tiba di Melaka Central
- 0800 - Beli tiket feri ke Dumai, Riau
- 0900 - Check-in
- 1000 - Berlepas ke Dumai (Di atas feri ini hampir 2 jam baru tiba di destinasi)
- 1200 - Tiba di Dumai (Oleh kerana jam kita tak sama dengan Indonesia, selepas ini guna WIB - Waktu Indonesia Barat)
- 1200 - Naik Van ke Bangkinang (Perjalanan darat ini memakan masa lebih kurang 5 jam)
- 1700 - Sampai di Bangkinang (bermalam di sini)
- 0700 - Bertolak ke Pagaruyung melalui Paya Kumbuh dan Bukit Tinggi.
- (Jambori Pengakap Malaysia-Indonesia berlangsung di sini mulai 8 hb hingga 12 hb Juni 2010)
- 0600 - Balik ke Bangkinang
- 1100 - Singgah di Pekan Baru, booking tiket ke Jakarta
12/06/2010 Sabtu
- 1000 - Berlepas ke Jakarta
- 1500 - Ke Bogor dan terus ke Bandung
13/06/2010 Ahad
- 0700 - Pusing-pusing Bandung
- 1600 - Kembali ke Jakarta
14/06/2010 Isnin
- 1200 - Berlepas ke Tanjung Pinang
15/06/2010 Selasa
- Pusing-pusing Tanjung Pinang
16/06/2010 Rabu
- 1300 - Berlepas ke Johor Bharu dan
- 2200 - balik ke Alor Setar, Kedah
Lelaki muda boros
Lelaki muda boros
Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.
Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.
Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.
Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).
Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).
Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.
Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.
Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).

Monday, June 7, 2010
Merenung payudara wanita panjangkan usia lelaki?
Merenung payudara wanita panjangkan usia lelaki?
Merenung payudara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara 5 hingga 6 tahun. Bukan jenaka tetapi itulah hasil penemuan sekumpulan penyelidik selepas 5 tahun menjalankan kajian ke atas 200 lelaki tulen di Eropah.
Kajian yang diketuai oleh penyelidik wanita iaitu Dr Karen Weatherby di dalam New England Journal Of Medicine menyatakan bahawa renungan selama 10 minit sehari itu bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnasium.

Saturday, June 5, 2010
Pelajar Malaysia kurang membaca buku
Pelajar Malaysia kurang membaca buku
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
suhana.yusop@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Tabiat membaca buku di kalangan pelajar Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding pelajar di negara-negara maju, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr. Wee Ka Siong.
Katanya, walaupun laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah 93.2 peratus dan antara tertinggi di Asia Tenggara, kebanyakan rakyat lebih gemar membaca bahan-bahan ringan seperti surat khabar dan majalah.
"Pada pendapat saya, berdasarkan tabiat membaca di kalangan pelajar pada ketika ini, Malaysia akan mengambil masa yang panjang untuk bersaing menjadi masyarakat berjaya seperti Jepun," katanya selepas merasmikan kempen Read Malaysia '10 di sini semalam.
Friday, June 4, 2010
Sayang Nyawa? Tolong Gosok Gigi 2x Sehari
Sayang Nyawa? Tolong Gosok Gigi 2x Sehari
Gosok gigi dua kali sekali untuk elak menghidap penyakit kardiovaskular. Menurut laman Scientific American:
Oleh itu, kalau sayangkan nyawa dan mahu hidup lebih lama, sila luangkan masa selama beberapa minit untuk menggosok gigi pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Gosok gigi dua kali sekali untuk elak menghidap penyakit kardiovaskular. Menurut laman Scientific American:
Neglecting to brush twice a day could lead to a 70 percent increased risk of cardiovascular disease, according to a new large population-based study.
Researchers examined self-reported oral hygiene habits and coronary disease in 11,869 adults aged 35 and older (with a mean age of 50) from the Scottish Health Survey—a study conducted once every three to five years—between the years 1995 and 2003. The team, led by Cesar de Oliveira, a research fellow in epidemiology and public health at University College London, followed up with subjects after an average of eight years to see if they had had a heart attack or coronary disease.
Chronic inflammation—and the body's response to it—is thought to be a factor for heart disease, and as the authors noted, periodontal disease "is one of the most common chronic infections and is associated with a moderate systemic inflammatory response."
As part of the study, de Oliveira and colleagues also tested blood samples from 4,830 of the survey subjects for two key inflammatory markers (C reactive protein and fibrinogen). They found a strong association between poor oral hygiene routines and high levels of these markers, suggesting inflammation as a possible link between oral and heart health. The possibility should be enough, the authors noted, to suggest that, "doctors should be alert to the possible oral source of an increase inflammatory burden." And it might just be another reason for people to brush more often.
Oleh itu, kalau sayangkan nyawa dan mahu hidup lebih lama, sila luangkan masa selama beberapa minit untuk menggosok gigi pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Wednesday, June 2, 2010
Surat Cinta
Kemaren aku terima surat cinta dari pengetua. Kabarnya nak jumpa aku jam 10.15 hari last. Mungkin ada wasiat terakhir kot?
NUTP Kemuka Kertas Kerja Cuti Bersalin Guru Dilanjutkan Kepada Anak Keenam
NUTP Kemuka Kertas Kerja Cuti Bersalin Guru Dilanjutkan Kepada Anak Keenam
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan memohon melanjutkan cuti bersalin bagi guru kepada anak keenam dan seterusnya.
Faedah cuti bersalin bagi guru kini sehingga anak kelima, kata Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Bercakap bagi 160,000 anggota NUTP di mana 75 peratus keanggotaan adalah wanita, katanya kesatuan itu telah mengemukakan satu kertas kerja bagi tujuan tersebut kepada kerajaan melalui Majlis Bersama Kebangsaan.
Beliau berkata, kerajaan tidak ada masalah untuk melanjutkan faedah bersalin ini kepada guru berkenaan kerana tidak ramai daripada mereka mempunyai anak lebih daripada enam orang.
NUTP yang merupakan persatuan guru yang terbesar di negara ini, juga memohon agar cuti bersalin itu dilanjutkan kepada 90 hari dari kini 60 hari bagi semua kakitangan awam.
Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) telah memungut lebih 500,000 tandatangan menyokong tuntutannya untuk cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan sektor swasta.
Menurut setiausaha agung NUBE, J. Solomon, kesatuan itu berharap untuk memungut sejuta tandatangan menjelang perayaan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos.
Antara yang menandatangani setakat ini adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Solomon berkata, Malaysia hendaklah menerima pakai cuti bersalin 90 hari kerana kebanyakan negara Asean seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia telah menyediakan faedah ini kepada kakitangannya.
Singapura menyediakan 112 hari untuk cuti bersalin. - BERNAMA

Tuesday, June 1, 2010
Lima Hari Bekerja Untuk Guru - NUTP
Lima Hari Bekerja Untuk Guru - NUTP
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 agar memansuhkan peruntukan yang membenarkan guru bekerja dua hari Sabtu setiap bulan.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru juga perlu mendapat lima hari bekerjaseperti penjawat awam yang lain dan mendapat hak yang sama rata seperti mereka. Beliau berkata, NUTP mendapati ramai guru dipanggil bekerja, mengikuti kursus dan sebagainya pada hari Sabtu.
"Pendirian kami (NUTP) masih tetap mengikut pekeliling yang lama iaitu kerja dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sekiranya berlaku (bekerja) hari Sabtu, kita rasa kita kaum pendidik seolah-olah dianaktirikan," katanya pada sidang media di Wisma NUTP di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng.
Hashim berkata, NUTP juga mahu kerajaan melihat secara serius mengenai isu penjawat awam wanita yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, tidak menikmati cuti bersalin malah langsung tidak ada cuti bersalin. Beliau meminta supaya penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, diberi cuti bersalin yang sama seperti penjawat wanita yang melahirkan anak pertama.
"Kalau seorang wanita tidak diberi cuti bersalin 60 hari (masa ini) apabila dia melahirkan anak keenam, dia akan mengambil cuti seminggu, dua...kemudian bekerja semula.
"Ini akan menjejaskan kesihatannya. Dia ambil cuti tanpa gaji bermakna tiada pendapatan. Kenapa kita perlu bertindak sebegitu," katanya sambil menyokong sepenuhnya perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mana pekerjawanita harus diberi 90 hari cuti bersalin.
Sementara itu, Hashim juga berkata, NUTP tidak menyokong cadangan mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan bagi meningkatkan integriti dan kualiti pendidikan. Beliau berkata, perkara tersebut akan membebankan para guru dan ia akan melibatkan kos yang amat tinggi. - BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)