Friday, January 29, 2010

Susahnya nak bersekolah

Macam mana ni ? Yuran makan RM834.00, PIBG RM40, Ibdadi RM277, Koperasi RM135.50! Jumlah hampir Rm1300.00! Mana nak cari ni ? Ayah nak bayar duit adik-adik lagi, PASTI RM400.00 untuk 2 orang! Sekolah Rendah sekurang-kurangnya RM200 seorang !

Akak di UiTM baru telefon semalam. Ayah, kak long kena beli peralatan bengkel, RM400. Itu baru semester 1. Dah tu PTPTN lambat lagi. Dapat separuh je pulak tu! Kenapalah mak dan abah ramai sangat anak-anak ?

Abang kat SBP kena bayar at least RM1500 ! Maklumlah tahun ini dia ambik SPM ! Apasal Bonus ayah tak dapat RM5000.00 Settle everything ! Tapi ayah dapat RM500 sahaja. Gaji ayah tinggal RM850 saja ! Emak tolong dengan menjual kuih ! Dapatlah RM20 sehari. Ayah pergi kerja naik motor buruk Honda tu dah hampir 5 tahun! Masih tidak mampu tukar dengan yang baru. Kesian ayah. Tak tahulah macam mana nak menghadapi semua ini!

Nak kata negara ni miskin macam kat Afrika tu, IMPOSSIBLE ! Kereta mewah, rumah banglow, bangunan pencakar langit, Prada, Lois Vutton, Starbuck…. semuanya melambangkan kemewahan ! Macam mana nak mula sekolah je…. ayah dan mak mula bersedih.

Bukankah negara ini KAYA ? Kenapa kena bayar banyak-banyak lagi ?
Mana pergi duit negara ini ?
Perlukah bangunan pencakar langit ?
Perlukah F1 Circuit ?
Perlukah Monsoon Cup ?
Perlukah ………..

Dari: Ude Kenang
kredit : perakekspress

Diperkosa 20 kali

KUALA LUMPUR: Dia dirogol hampir 20 kali oleh teman lelaki kakak angkatnya sebaik melarikan diri dari rumah.

 

Sepanjang tempoh itu, dia dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki yang berusia lewat 20-an yang bagaikan mendapat kerelaan daripada kakak angkat mangsa sendiri. Malah, setiap kali mangsa dinodai lelaki durjana itu, wanita berkenaan yang juga kekasihnya turut berada di lokasi sama.

Itulah nasib malang terpaksa dilalui seorang remaja berusia 14 tahun akibat melarikan diri dari rumahnya selepas diperangkap pasangan kekasih itu. Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu.

Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota. Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang.

“Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa. “Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu. “Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung halaman.

Namun, belum sempat sebulan remaja itu tinggal di rumahnya, pasangan kekasih itu datang sebelum melarikan mangsa ke ibu kota. Sumber berkata, sebaik ke ibu kota, pasangan itu ‘menyembunyikan’ mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula. “Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya.

Dia terus dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum melaporkan kejadian berkenaan. Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa. Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.


Sumber
Harian Metro

2 guru ‘bergusti’ di Banting

BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. 

Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. 

Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. 

Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu. 

Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya.


Sumber
Harian Metro

Dah 23 tahun aku kawen!

Alhamdulillahirabbil 'alamin. Segala puji bagi Allah. Syukur kerana dipanjangkan umur kita semua.

Hari ini 29 Januari 2010 genaplah 23 tahun aku mendirikan rumahtangga bersama isteri aku tersayang. Itu mengikut takwim Masehi. Kalau ikut takwim Hijriah, dah lebih 23 tahun kot. Tak kisahlah mana-mana takwim sebab masa itu tak ada sapa2 pon yang ingatkan aku akan tarikh Hijriah. Jadi aku gunakan tarikh Masehi.

Jika dibilang hari, sudah lapan ribu empat ratus dua (8402) hari aku bersama-sama isteriku. Susah senang, suka duka kami alami bersama. Bila dah berumahtangga rezeqi mencurah-curah. Alhamdulillah,  Allah SWT kurniakan kami 8 orang cahayamata. Empat lelaki dan empat perempuan.

Ini gambar hiasan saja. Aku cilok dari web sapa2 tah!
Tapi masa aku kawin dulu pun pakaian putih sedondon

Kebetulan kereta proton saga aku tu pula nombor pletnya 4114. Ngam sungguh. Empat di kiri dan empat di kanan. Nombor 1 dan 1 di tengah-tengah tu maksudnya aku dan isteri aku. Tapi jangan percaya sangat tahyul ni. Boleh bawa syirik.

Kereta proton saga tu dibeli tahun 1992, first hand. Entah macam mana aku minta penjual tu ambil nombor 'kapit', sebab nombor plet kereta aku yang lama, mazda 323 tu 1771. Jadi nasib aku baik aku dapatlah nombor plet 4114. Lagi pun masa tu anak aku baru 3 orang. Tak adalah pula aku plan nak lapan anak. Kalau boleh sedozen! Jadi semuanya kebetulan sahaja. Sampai la ni proton saga 4114 tu masih aku guna dan baiki bila dia meragam.

Lapan orang cahayamata kami ialah Ahmad Nizamuddin (22), Ahmad Nabil (20), Ahmad Nafis (19), Auna Nazihah (17), Auna Nabihah (16), Ahmad Naufal (14), Auna Nadhirah (11) dan Auna Nasyirah (8). Nak kenal anak aku senang saja, Yang lelaki mula dengan Ahmad, dan yang perempuan mula dengan Auna.

Bagi yang lelaki ni, tak susah sangat kalau kawan-kawan depa mai rumah atau telefon. Kawan-kawan depa guna nama kedua. Tapi yang perempuan susah sikit. Keempat-empat itu kawan-kawan depa panggil Auna. Bila depa mai rumah atau telefon, kena tanyalah dulu 'Auna yang mana?'. Susah jugak tu. tapi bukan selalu sangat kawan-kawan depa telefon.

Apa aku nak cerita pasal ulangtahun pernikahan kami ni?


laa bini ajak pi popular pulak!
nanti lapang aku sambong naaa...

Thursday, January 28, 2010

Tenis Semi final Australian Open



Semi final hari ni antara Jo Wilfred Tsonga (10 ) vs Roger Federer (1)

Soal Jawab Kentut - part 1

1. Dari mana asalnya kentut?

- Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita sedut, gas yang masuk ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apakah komposisi kentut?

- Banyak faktornya. Makin banyak udara kamu sedut, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Kadar setiap gas bergantung kepada yang anda makan, berapa banyak udara disedut, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar isipadu nitrogen, karana gas-gas lain diserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang cara makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?

- Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Keduanya bergabung dan menghasilkan sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dan merkaptan (methanethiol) dihasilkan oleh bakteria dalam perut, dan makin busuklah kentut anda!. Telur dan daging juga mempunyai peranan besar dalam memvariasikan bau busuk kentut. Kacang dan ubi pula berperanan menambahkan isipadu kentut, tetapi tidak pada bau busuknya.

4. Kenapa kentut mengeluarkan bunyi?

- Karena adanya getaran pada lubang dubur ketika kentut dirembeskan. Kekuatan bunyi kentut bergantung pada kecepatan gas dan saiz lubang dubur anda.

5. Kenapa kentut yang busuk itu panas dan tidak berbunyi?

- Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Pembiakan bakteri dan proses pencernaan menghasilkan haba panas di samping gas yang busuk. Ukuran gelembung gas menjadi lebih kecil, hangat dan padat dgn produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau pun bunyinya perlahan atau tiada bunyi, tetapi baunya sangat busuk atau pembunuh senyap (silent killer).

6. Berapa banyak kentut dihasilkan dalam satu hari?

- Puratanya setengah liter sehari atau lebih kurang 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

- Anda mungkin berkata ketumpatan gas kentut itu ringan dan sepatutnya naik ke atas? Kentut tidak keluar ke atas kerana pergerakan peristaltik usus akan menyebabkan segala isinya ke bawah. Tekanan di sekeliling lubang dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus ke arah bawah menjadikan tekanan isi usus, termasuk gas-gasnya bergerak ke kawasan yang mempunyai tekanan yang lebih rendah iaitu di bahagian dubur. Dalam perjalanan ke arah dubur, gelembung-gelembung gas ini bergabung menjadi gelembung yang lebih besar. Sekiranya tiada gerakan peristaltik itu, kemungkinan gelembung-gelembung gas itu bergerak keluar ke atas. Tetapi disebabkan bentuk usus agak rumit dan berbelit-belit, gelembung-gelembung gas itu tidak akan sampai ke atas.

8. Berapa saat masa yang diperlukan oleh kentut akan sampai ke hidung orang lain?

- Ianya bergantung kepada keadaan udara, bentuk kelembapan, suhu, kecepatan dan arah angin bertiup, berat molekul gas kentut dan juga jarak antara punca kentut dengan hidung. Begitu ketika kentut meninggalkan sumbernya, gas kentut tersebar menjadikan ketumpatannya berkurangan. JIka bau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, ini bermakna gas kentut itu tersebar di udara dan akan hilang ditelan udara selama-lamanya. Tetapi jika anda kentut di dalam ruang yang sempit, seperti dalam lift atau dalam motokar, gas kentut itu lebih padat dan baunya akan kekal dalam waktu yang lama sehingga diserap oleh dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?

- Sudah pasti sekiranya orang itu masih hidup dan bernafas. Pun begitu, orang mati juga boleh kentut iaitu dalam masa satu saat kematiannya. Ini kerana perjalanan gas itu lebih perlahan dari saat kematiannya.

10. Betulkah laki-laki kentut lebih kerap daripada perempuan?

- Kentut tidak ada kaitan dengan jantina. Sekiranya benar, ini bereri orang perempuan suka menahan kentutnya, tetapi apabila dia kentut, gas yang dikeuarkan itu terlalu banyak.


Nantikan Soal Jawab Kentut - part 2

Perempuan dgn Kentut

Jarang sekali  kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar  dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata  tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal, lelaki sikit pun  tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut. Paling  kurang lelaki akan berkata "Eh! Makan apa kentut busuk  dan kuat sangat  nih???" Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan  ketawa bersama  sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.
                                                                         
Kentut dalam air mengasyikkan

Lelaki secara  lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki  dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa  dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata "Tak  senonoh la."  sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan lihatlah betapa harmoninya  hubungan mereka.                            
                                                                         
Jika dahulu pompuan asyik  menahan kentut ketika bersama teman lelakinya, namun kini pompuan dengan  beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata,  kentut mintak izin. Tengok.bagaimana kentut mendidik pompuan supaya  menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan  bertambah baik.                                      
                                                                         
Jika dahulu pompuan  berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu  perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan  semakin menghormati.kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak  jumpa dah lelaki camtu.                            
                                                                         
Akhir sekali, jangan  sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan  menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli  keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai. Secara  tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli  keluarga anda.                           
                                                                         
Kesimpulan:                                                             
Kentut itu membahagiakan. .anda  setuju???


Sumber: CIPLAK