Thursday, August 26, 2010

Pelajar tingkatan 4 SMK Sultanah Bahiyah cedera dipukul perompak

Pelajar tingkatan 4 SMK Sultanah Bahiyah cedera dipukul perompak
August 26, 2010

ALOR SETAR, 26 Ogos — Seorang pelajar tingkatan empat cedera di kepala dan muka akibat dipukul dengan pemotong besi apabila dia cuba melawan dua perompak yang memasuki rumahnya di kampung Tanjung Musang, jalan Langgar dekat sini awal hari ini.

Nurzaimah Muhd Zahir, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah di sini, turut ditumbuk di mulut kerana enggan menyerahkan telefon bimbitnya kepada perompak berkenaan.

Ayahnya, Muhd Zahir Taib, 47, yang bekerja sendiri berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika mereka sekeluarga sedang tidur di bilik masing-masing.

Beliau berkata dua perompak bersenjatakan pemotong besi dan pisau itu menggeledah rumahnya dan melarikan barangan kemas, telefon bimbit serta wang tunai yang keseluruhanya bernilai lebih RM30,000.

“Perompak bertopeng tu masuk ikut pintu depan, kemudian masuk dalam bilik ibu saya dulu sebelum ambil anak perempuan dan bawa mereka ke bilik saya di bahagian belakang.

“Mereka himpun kami setempat dan ikat kami dengan wayar elektrik dan mengugut akan membunuh kami jika melawan atau buat bising,” kata Muhd Zahir kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Muhd Zahir berkata selain Nurzaimah, ibunya Mariam Abdullah, 76, isteri Siti Zauyah Arshad, 48, dan seorang anak lelakinya berusia 13 tahun turut berada dalam rumah berkenaan.

“Anggota keluarga yang lain tidak cedera, Nurzaimah pula kelihatan masih trauma dan masih tidak keluar bilik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab mengesahkan kejadian itu dan berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5 pagi ini. — Bernama

Saturday, August 21, 2010

Waheeda Makin Tenang Selepas Berpurdah

Waheeda Makin Tenang Selepas Berpurdah

Waheeda dan Akhil ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran program Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Khamis. - Foto oleh AZMAN GHANI

PENAMPILAN istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis.
Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah.
Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.
Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi.
Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi.
“Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula,” katanya sambil tertawa.
Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu.

Berbuka puasa bersama Guan Eng

Berbuka puasa bersama Guan Eng
Written by Ahmad Tajdid   

BUKAN sesuatu yang biasa bagi DAP menganjurkan majlis berbuka puasa untuk penggiat media alternatif. Sepanjang bertugas di Harakah, inilah pertama kali majlis seumpama itu diadakan DAP apatah lagi atas jemputan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Suasana di Khatijah's Kitchen, Jalan Bukit, Petaling Jaya, restoran milik Dato' Khatijah Ibrahim itu agak meriah petang 19 Ogos lalu apabila seorang demi seorang pemimpin utama DAP muncul untuk turut sama berbuka puasa.
(Penulis menikmati juadah berbuka di majlis berbuka puasa anjuran Lim Guan Eng)
Selain Guan Eng, turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman (yang sajak bersongkok hitam), Ketua Pemuda Anthony Loke, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Walaupun tidak berpuasa, tiada seorang pun para pemimpin DAP yang hadir menjamah makanan sehingga azan Maghrib dilaungkan. Guan Eng sendiri mengakui tidak menjamah makanan sejak pukul 11.00 malam sebelumnya kerana ingin merasai nikmat berbuka puasa.

"Saya tak bersahur," katanya berseloroh.

Dia juga bercerita bagaimana pada awal menghadiri majlis berbuka di masjid, beliau hanya menjamah makanan kerana sudah kenyang. Oleh kerana merasakan tindakan itu tidak wajar, beliau memastikan untuk 'berpuasa' setiap kali ada jemputan berbuka. Dengan berpuasa, beliau dapat makan dengan berselera apatah lagi jika menu yang disajikan itu kari kambing!

Masa yang ada sementara menunggu masa berbuka puasa digunakan oleh Guan Eng untuk menjelaskan isu-isu berbangkit berhubung pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya.

Beliau mengakui kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerap menerima serangan daripada media massa pro-BN sejak mengambil alih pemerintahan negeri.

BN ujarnya, terpaksa meniupkan isu-isu perkauman kerana tidak dapat mencari kelemahan DAP dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu 'real' menyentuh pentadbiran negeri.
Beliau memberi contoh isu bazar Ramadan di Komtar apabila kerajaan negeri didakwa mahu menghalang para peniaga Melayu berniaga di bazar tersebut sedangkan isu sebenar adalah kegagalan syarikat penganjur menjelaskan sewa kepada pentadbiran Komtar.

Walaupun tidak menerima satu sen pun bayaran sewa daripada syarikat tersebut, pihak pengurusan Komtar membenarkan para peniaga meneruskan perniagaan kerana dimaklumkan sewa telah dibayar oleh para peniaga kepada syarikat penganjur bazar Ramadan itu.

Isu perkauman ini sengaja dimainkan untuk menutup kelemahan syarikat terbabit.

Satu lagi isu perkauman yang dijaja Umno adalah dakwaan kononnya kerajaan negeri pimpinan DAP bertindak merobohkan perkampungan Melayu di Pulau Pinang untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

"Ini tidak benar. Sepanjang menjadi Ketua Menteri saya tidak pernah mengarahkan walaupun satu rumah Melayu pun dirobohkan," kata Guan Eng.

Apa yang berlaku sebenarnya melibatkan tanah-tanah milik persendirian yang diduduki penduduk yang kemudiannya hendak dimajukan syarikat swasta. Ini, katanya membabitkan perintah mahkamah dan kerajaan negeri pimpinannya tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.
Bagaimanapun kerajaan negeri, katanya berusaha berunding dengan syarikat pemaju. Dalam satu kes di Kampung Pokok Asam, kerajaan negeri telah meminta pemaju menangguhkan operasi merobohkan rumah penduduk selama tiga bulan bagi membolehkan langkah penyelesaian terbaik dicapai.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri juga, tegasnya berusaha sedaya mungkin untuk membantu penduduk yang terlibat dan ini tidak pernah dilakukan kerajaan BN negeri sebelum ini.

Perbualan terhenti ketika azan Maghrib kedengaran.

"Silalah dahulu, kamu berpuasa," kata seorang aktivis DAP kepada saya ketika melangkah ke meja buffet.

Ketika pengunjung beragama Islam mengambil hidangan untuk berbuka, para pemimpin dan aktivis DAP yang hadir tidak sama-sama menyesakkan meja buffet. Jelas mereka menghormati rakan-rakan media beragama Islam untuk berbuka puasa.
Ini jauh berbeza di beberapa hotel yang pernah saya hadiri untuk buffet Ramadan apabila para pengunjung bukan Islam turut sama berebut-rebut mendapatkan makanan. Sesetengahnya pula makan dan minum sebelum waktu berbuka.

Hairan juga bila mendengar khabar dari seorang tokoh agama pro-Umno kononnya pemimpin DAP tidak menghormati Islam.   

Khatijah Kitchens tidaklah seluas restoran-restoran hotel-hotel besar di Kuala Lumpur, tetapi ia tetap diuruskan dengan baik. Makanan yang pelbagai bukan sahaja mencukupi untuk pelanggan yang melimpah ruah hingga ke luar, malah layanan para pekerjanya juga mesra.

Bagi mereka yang ingin menunaikan solat Maghrib, dua khemah sementara di pasang di belakang restoran.

Di akhir majlis berbuka puasa itu, Guan Eng selaku tuan rumah dijemput berucap. Tanpa menggunakan pembesar suara, pemimpin DAP itu berucap ringkas.

Dalam ucapannya, Guan Eng melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk pemimpin Umno yang terus berbohong dan meniupkan isu agama dan perkauman bagi menyerang kerajaan negeri pimpinannya. Semua ini berlaku di bulan Ramadan yang mulia.

"Pemimpin Umno negeri juga menjadikan kehadiran saya dalam acara-acara agama sebagai isu," katanya.

Guan Eng mengakui tidak wajar hadir di majlis-majlis agama yang diadakan di masjid-masjid. Tetapi apa yang dikesali, kehadiran beliau dalam majlis penyampaian sumbangan Ihya Ramadan di luar kawasan masjid juga cuba dipolitikkan pemimpin Umno.

"Sumbangan diserahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), saya hanya mengiringi. Adakah itu juga salah?" soal beliau.

Menurutnya, sumbangan Ihya Ramadan itu pertama kali disalurkan kerajaan negeri dan tidak pernah diberikan oleh kerajaan BN negeri sebelumnya.

Pembohongan terbaru yang disebarkan Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri amat menyentuh sensitiviti agama.
(Lim Guan Eng memberikan ucapan ringkas selepas berbuka)
Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kononnya kerajaan negeri mengarahkan nama Ketua Menteri dimasukkan dalam doa khutbah kedua Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong.

"Ini tidak masuk akal. Saya bertanya Abdul Malik (Abul Hassan, Exco Agama negeri) adakah perkara itu benar-benar berlaku. Beliau menjawab ia sesuatu yang mustahil," ujarnya.

Berdasarkan siasatan awal, tidak terdapat sebuah masjid pun di Pulau Pinang berbuat demikian, katanya.

"Saya juga cuba menghubungi Dato' Ahmad Zahid untuk mendapat penjelasan tapi gagal," katanya.

Beliau berharap pemimpin Pusat itu lebih bertanggung jawab dalam mengeluarkan tuduhan apatah lagi di bulan Ramadan.

Kerajaan negeri pimpinannya sedia bertindak jika dakwaan itu benar.

Akhirnya Guan Eng mengingatkan tentang peri pentingnya media yang bebas dalam sebuah negara demokrasi. Sistem demokrasi yang diamalkan negara, jelasnya mempunyai tiga tunggak utama iaitu eksekutif, parlimen dan kehakiman. Tetapi ada kuasa keempat yang juga penting iaitu media.

Media ujarnya bertanggung jawab mewarnakan demokrasi dan media yang bebas dari kongkongan sesungguhnya penting bagi menghidupkan demokrasi yang sihat.

Sebaik sahaja Guan Eng tamat berucap, majlis dikejutkan pula dengan sapaan Dato' Khatijah Ibrahim yang tiba-tiba muncul memberikan ucapan ringkas. Beliau berterima kasih kepada hadirin kerana memilih Khatijah's Kitchen untuk berbuka puasa.

"Datanglah lagi di lain masa," katanya ceria.

Beliau turut memohon izin untuk bergambar dengan Guan Eng sebagai kenang-kenangan. Dan permintaan itu ditunaikan Guan Eng selepas doa dibacakan wartawan Harakahdaily, Dzulfikar Mashoor.

Islamnya Umar Ibnu Khattab

Islamnya Umar Ibnu Khattab

Umar gelisah tak bisa tidur malam itu. Ia kemudian keluar rumah. Purnama bersinar terang menerangi jalan-jalan kota Mekah yang sepi. Sejenak, Umar melihat seorang berjalan perlahan mendekati Ka'bah. Langkahnya begitu teratur, agak perlahan sebab jalan memang sedikit terjal. Orangnya berperawakan sedang, tidak tinggi, juga tidak pendek. Namun, berkesan ada kekuatan mengelilinginya. Umar segera tersadar, orang itulah yang sangat dibencinya. Orang yang telah membawa banyak problema bagi masyarakat Mekah akibat ajakannya pada Agama baru. Orang yang telah menantang tetuhanan yang telah mereka sembah sejak beberapa abad. Bahkan dengan gamblang orang tsb menyebut itu sebagai tuhan-tuhan palsu. Dan lebih lagi, ia justru mengajak pada Tuhan yang Satu. Orang yang telah memecah belah bangsa Quraish, memisahkan antara anak dan orang tua, menimbulkan perang antar saudara, penyebab bercerainya suami dan istri. Umar naik pitam. Tapi mencoba menahan diri. Ia berfikir, mestinya ada perhitung!
an dengan Muhammad, paling tidak agar da'wahnya berjalan tersendat.


Perjumpaan dengan Ummu Abdullah

Pagi sebelumnya, Umar berjumpa Ummu Abdullah, sepupunya sendiri. Ia mendapatinya sedang dalam persiapan hijrah ke Abisinia. Umar sempat berucap
"Engkau juga akan pergi?"
"Ya!", sahut Ummu Abdulah. "Umar! Engkau telah menyulitkan kehidupan kami", sambung Ummu Abdullah. "Satu-satunya celah menurutmu, hanya karena kami mempercayai Allah."

Umar terdiam, sebab ia sendiri tak punya alasan tepat untuk membenci sepupunya itu. Perasaan sedih juga merasut dalam dadanya, meyaksikan beberapa anggota klannya sediri meninggalkan Mekah. Tak sadar, Umar berucap menimpali kata-kata Ummu Abdullah
"Mudah-mudahan Tuhan bersamamu"

Maka sejak itulah Ummu Abdullah punya keyakinan bahwa, mungkin suatu ketika Umar akan menjadi seorang muslim. Disampaikannya harapan itu pada suaminya, Amier. "Ah...tak mungkin!", kata Amier. "Seluruh keturunan Khattab boleh saja menjadi muslim, tapi dengan Umar...rasanya sangat jauh. Hatinya lebih keras dari karang." Bagi Umar sendiri, percakapannya dengan Ummu Abdullah meninggalkan kesan cukup dalam. Ia tak menemukan legitimasi atas penyiksaan yang telah dilakukannya pada orang-orang muslim. Sesungguhnya Umar merasa bersalah. Tapi gengsi dan rasa sombong masih melekat dalam dadanya, karena itulah ia gelisah, tak bisa tidur.

Sampai akhirnya malam itu, mendapatkan Muhammad menghampiri Ka'bah. Umar masih dengan gumannya sendiri, sembari mengawasi bayangan Nabi.
"Bukankah orang ini biang kerok dari semua masalah? Penyebab kegoncangan keluarga dan membuat banyak orang-orang seperti tersihir?" Dan kali ini, Ia justru berjalan dengan tenanganya menuju Ka'bah, seolah-olah tak punya rasa takut. Umar semakin jengkel. Ia berkata-kata sendiri.
"Umar! Bukankah engkau orang yang paling berani sekota Mekah? Juga tidakkah Engkau membenci Islam? Terlebih pada orang yang menjadi sumbernya? Yang sekarang justru dengan tenangnya mendekati Ka'bah. Karena itu, buatlah perhitungan Umar!"
Umar, mengendap mengikuti arah Nabi. Kata-kata Ummu Abdullah kembali mengiang di telinganya.


Mengitip di Ka'bah

Begitu Umar melangkah memasuki Masjidil Haram, Nabi Muhammad SAW sudah berada di sana melaksanakan Shalat. Beliau menghadap ke Utara, arah Jerussalem. Sebenarnya Umar hingga saat itu belum pernah mendengar ayat-ayat Quran, yang menurut cerita orang-orang mengandung kekuatan. Hanya buruk sangka yang menyelemutinya selama ini. Tapi, rasa ingin tahu muncul juga dalam dadanya. Ia menarik tirai pada Ka'bah dan bersebunyi disitu.
"Kata-kata apa gerangan yang akan keluar dari mulutmu Muhammad? Bicaralah!" Gumamnya disertai gercikan gigi pertanda marah. Tiba-tiba, seperti jawaban, suara Nabi membedah keheningan malam. Beliau membaca Surah Al Haqqah. "Hari kepastian!". Apakah hari kepastian itu? Dan, apa yang boleh menyadarkan kamu tentang hari kepastian? (QS Al-Haqqah).

Umar maju selangkah, konsentrasi penuh, tak ingin tertinggal sepenggal kata pun. Tertegung oleh keindahan dan keagungan Alquran yang dibaca oleh Nabi. "Sungguh, kalimat-kalimat itu menakjubkan, ia mengandung kekuatan", sahutnya. Umar mencoba mengerti maknanya, lalu terbetik dalam pikirannya "Kedengarannya seperti syair, yah... syair yang punya kekuatan. Syair berkekuatan inilah yang telah menyesatkan orang-orang Quraish".

Umar yang terbawa oleh pikirannya sendiri kembali tersentak oleh suara Nabi yang melantunkan:
"Sesungguhnya Alquran itu adalah benar-benar wahyu yang diturunkan Allah kepada RasulNya yang mulia. Alquran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya."

Umar terpana. "Apakah orang ini mampu membaca pikiran orang lain? Oh... jika demikian, maka ia adalah tukang tenung. Tukang tenunglah yang bisa tahu kata hati orang lain".

Kembali suara Nabi menghentak Umar. "Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya. Ini adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Sekiranya Dia, Muhammad, mengadakan/menambah perkataan atas nama Kami. Niscaya benar-benar Kami beri tindakan sekeras-kerasnya, kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya". (QS 69:42-46).

Tak pernah sebelumnya Umar dihadapkan pada kondisi yang demikian krusial. Semua prasangka dan argumennya tak berdaya. "Jika Muhammad berbohong, jika Ia tak menerima wahyu dari Tuhan, maka Tuhannya pasti telah membinasaknnya", pikir Umar. Umar tak tahan lagi, Ia merasa kalah. Lemas, lalu membalikkan badannya parlahan kemudian pulang menyusuri padang pasir ke rumahnya.

Jalan-jalan kota Mekah yang semakin sepi menyertai perang yang sedang berkecamuk dalam benak dan hati Umar. Ia merasa kesal sekaligus memandang bahwa ketakbedayaannya menghadapi kekuatan Kalimat-kalimat Quran sebagai kelemahan baginya. Karenanya, Umar kembali marah. Akan tetapi Umar juga tahu dan sadar bahwa Muhammad adalah orang yang ikhlas, orang yang punya integritas, yang ajarannya jauh melampaui ajaran yang Umar pernah dengar sebelumnya. Umar memasuki rumahnya dengan pikiran yang berkecamuk.


Rumah Arqam

Kaum minoritas muslim yang sebagian besar penganut baru sering dianiaya. Mereka sulit melaksanakan ajaran agama secara terbuka, juga tak boleh shalat di Ka'bah. Sementara itu, markas Besar Rasul, dimana ia sering memberi pengajaran pada shahabatnya, berlokasi di sekitar bukit Shafa, di rumah Arqam. Orang-orang muslim mengunjungi tempat ini, belajar Alquran dan bahkan kadang-kadang nginap beberapa hari. Selain ditempa di Rumah Arqam oleh Rasul, orang-orang muslim saling mengujungi antar sesama. Rumah Rasul, tentu saja juga menjadi bagian yang sangat penting. Penganut senior mengajari penganut yang baru.

Suatu pagi di kediaman Rasul, suasana begitu mengharukan. Kabar sampai ke pihak mereka bahwa Abu Jahl, musuh besar islam yang lain, bersama Umar, sedang merencanakan rangkaian penganiayaan terhadap penganut Islam. Karena itu, sebagian yang hadir di rumah Rasul ketika itu hanya ada dua pilihan, yakni bersembunyi atau disiksa. Salah seorang di antara mereka berucap,
"Masalahnya tidak cukup jumlah kita untuk mengadakan perlawanan, lihatlah! Lagipula, beberapa di antara kita adalah bekas budak, dan sebagaian besar masih terlalu muda. Apa yang kita bisa lakukan melawan kaum Quraish yang besar? Sebenarnya kita butuh orang-orang kuat di antara kita."

Yang lain senyum sedih, tetapi setuju, mendengar ungkapan itu. Nabi yang berada di tengah mereka, perlahan menegadahkan tangan sambil berdoa, "Ya Allah, Tunjukilah kami dan Kuatkanlah Islam. Beri petunjuk Abu Jahl Ibnu Hisyam atau Umar Ibnu Khattab. Ya Allah, siapa pun dari keduanya yang Engkau cintai, tunjuki ia ke Islam. Semua yang hadir mendengar doa itu, dan menirukannya dalam hati. Seketika Rasul selesai berdoa, serentak terdengar ucapan, Aamin.


Kegoncangan Umar

Sementara itu, Umar kelihatan semakin galak. Apa yang disaksikannya di Ka'bah malam itu senantiasa lengket dalam benaknya, menghantuinya, hingga kadang-kadang menjagakannya dari tidur. Suatu malam, ia tak tahan lagi, puncak amarah menembus ubun-ubunnya. Ia memutuskan untuk segera saja menghabisi jiwa orang yang dianngapnya biang kerok. Segera ia mengambil pedang, menghunusnya, lalu keluar rumah. Sisa purnama masih ada. Orang-orang sepanjang jalan sulit untuk tidak mengenali Singa padang Pasir yang lagi geram ini.

Tak lama kemudian, ia berpapasan dengan sepupunya Nu'aim ibnu Abdullah Annahm. Mata Nuaim hampir silau oleh pedang Umar yang mengkilat terhunus. Nu'aim yang agak gugup mencoba tetap diam. Tapi kemudian bertanya dengan lembut,
"Hendak kemana Umar?"
Umar yang di puncak amarah, setengah berteriak,
"Kemana!?... ha!! masih tanya juga! kemana lagi kalau bukan untuk menghabisi orang yang selama ini menjadi biang kerok, orang yang telah menghina agama nenek moyang Quraish serta merendahkan Tuhan-tuhan kita."

Nuaim diam. "Orang itu tak akan menghina lagi", sambung Umar sembari menebaskan pedangnya ke udara. Orang-orang yang rumahnya di pinggiran jalan hanya kuasa mengintip dari balik jendela. Sementara Nuaim kendati gugup punya keberanian menimpali,
"Siapa yang mengajarimu bahwa Kamu dapat membunuh Muhammad dengan mudah? Apa Kamu pikir, kalo berhasil membunuhnya lalu kamu bisa bebas begitu saja? Apa Kamu tidak sadar akan jumlah darah balasan yang akan dimintakan oleh pihak Banu Hasyim terhadap banu kita, banu Abi?"

Keduanya, kelihatan sedang beradu argumen. "Aku tahu sekarang! Engkau juga sudah tersihir oleh Muhammad", balas Umar.
"Mendekatlah ke sini, akan kuobati engkau dengan pedang ini", lanjut Umar.
"Engkau tertipu", kata Nuaim menimpali. "Ternyata Engkau tak tahu bahwa saudaramu sendiri seorang muslim. Yah... Fatimah dan Suaminya, Said jauh lebih bijaksana dari pada Engkau. Mereka berdua tidak dungu untuk berpegang teguh pada ajaran jahilliyah begitu mereka mendengar kebenaran."

"Bohong!", bantah Umar. Ia kemudian merubah arah jalannya, menuju rumah saudaranya itu. "Jika demikian, maka merekalah yang harus mampus lebih dulu", ketusnya. Jarak ke rumah Fatimah cukup jauh, karena itu amarah Umar sempat mereda sesampai di depan pintu. Ia mendengar penghuni rumah sedang membacakan Ayat-ayat Quran. Sejenak Umar berhenti. Lalu diketuknya pintu agak keras. Seisi rumah, Fatimah, suaminya Said dan Habbab, pembimbing mereka, berhenti membaca Quran.
"Siapa di luar?", tanya Fatimah.
"Umar ibnu Khattab!"

Mendengar suara itu, Habbab gugup lalu menuju ke kamar, bersembunyi.
"Cepat, sembunyikan rontal itu", bisik Said. Fatimah kemudian memasukkannya ke dalam gaungnya. Umar kembali mengetuk dengan ketukan yang lebih keras. Said membuka pintu, dan tampak olehnya Umar dengan pedang terhunus.
"Kalian sedang apa? Kamu pikir saya tak mendengarnya?", gertak Umar.

"Tidak ada apa-apa", jawab Fatimah tenang. "Kami sedang ngobrol biasa. "Umar naik pitam, "Bohong! Pengecut!" katanya. "Saya tahu bahwa kamu ikut tersihir". Fatimah dan Said saling berpandangan. Lalu Said kemudian berujar, "Kini Umar telah tahu, tak ada yang patut disembunyikan. Tapi ketahuilah Umar, kebenaran itu bukan seperti yang Anda pahami".

Ucapan ini keterlaluan bagi Umar. Ia marah, dan mencoba menyerang Said. Umar terlalu kuat, Said terjatuh. Menyaksikan itu, Fatimah menghentak Umar, dengan sekuat tenaga mencoba membela Suaminya, sekaligus saudara Muslimya.

"Lepaskan Dia!" Merasa terhalangi, Umar menampar saudara perempuannya sendiri. Pipi Fatimah merah, tapi ia menantang Umar, "Hai musuh Allah!", katanya. "Engkau membenci kami hanya karena kami beriman?" "Benar", kata Umar. " Sekarang, lakukan apa saja yang kau mau", Suara Fatimah menyambar bagai petir. "Kami bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah. Engkau tak kuasa mengubah keyakinan kami. Apapun yang terjadi, kami tak akan pernah meninggalkan Islam. Umar terkesan mendengar keteguhan hati saudarinya itu, amarahnya seperti tersiram salju. Perlahan-lahan, Umar mereda.

Kemudian dengan suara perlahan, ia berkata, "Baiklah Saudariku! perlihatkanlah padaku apa yang sedang kalian baca! Sekiranya ia mengadung kebenaran, apa salahnya engkau memberi tahu aku."

Fatimah ragu, ia memandang suaminya. "Saya berjanji tak akan membuangnya", tambah Umar. "Akan Aku kembalikan", Umar meyakinkan. "Baiklah!", sahut Fatimah. "Tapi, basuh duluh wajahmu dengan air, Engkau tidak dalam kondisi membaca ayat suci".

Umar kemudian menuju mengambil air, Habbab keluar dari kamar berbisik,
"Bagaimana engkau percaya pada orang yang demikian keras dan kejam?" "Aku tahu karakter saudaraku", jawab Fatimah. Malah saya punya harapan besar bahwa Allah akan memberinya petunjuk. Habbab, meyaksikan Umar, kembali bersembunyi. Dengan doa dalam hati, Fatimah menyerahkan ayat Al-Quran itu pada saudaranya.

Umar membaca:
"Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah. Dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kepunyaan-Nya lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang zhahir dan Yang Bathin; Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu dimana saja kamu berada. Dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Kepunyaan-Nya lah kerajaan langit dan bumi. Dan kepada Allah lah dikembalikan segala urusan. Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha mengetahui Segala isi hati. (QS Al-Hadiid 57:1-6)

Umar tertegun akan keagungan ayat-ayat suci itu. Segera ia insyaf akan kekeliruannya selama ini. Mata hatinya kini terbuka, tak mungkin ada Tuhan lain selain Allah. Muhammad kini diakuinya sebagai benar-benar Nabi. Kata yang pertama terucap baginya setelah membaca,
"Cepat! Dimana Muhammad? Beri tahulah aku!" Ipar dan saudarinya berdiri. Habbab yang keluar dari persembunyian berbisik pada Said, "Apakah ini menunjukan bahwa Doa Nabi terkabul?" Said diam saja, sembari memberi kode pada Fatimah, untuk memberi tahu di mana Nabi.

Pedang yang terhunus sejak awal disarungkan kembali oleh Umar. Ia kemudian menuju Rumah Arqam. Di dalam, Nabi dan para shahabat sedang duduk, Hamzah dan Talha berjaga di depan pintu. Umar mengetuk. "Siapa di luar?", tanya Talha. Umar memberi respons, dan seketika suasana terdiam. Melihat gelagat para shahabat seolah ketakutan, Hamzah berucap, "Kenapa takut? Mungkin ia datang dengan maksud baik, untuk memeluk islam. Kalau tidak, tak soal, kita dengan mudah bisa meringkusnya."

Ia kemudian memberi isyarat pada Talha untuk membuka pintu. Umar melangkah masuk. Hamzah dan Talha memegang tangan Umar dan membawanya menuju Nabi. Tapi, Nabi meminta mereka berdua untuk membiarkan Umar. Umar tak melangkah lagi. Nabi mendekat, Beliau membisiki Umar meletakkan pedang. Umar tak kuasa menolak, ia pasrah, bahkan berkesan tak bergerak. Nabi lalu angkat bicara, "Umar! Tinggalkanlah perbuatan maksiat, sebelum murka Allah menimpamu. Umar, terimalah Islam. Allah, beri dia petunjuk."

Umar hanya bisa menjawab, "Apa yang seharusnya saya ucapkan?" Hamzah pun bicara, "Persaksikan bahwa Tidak ada Tuhan yang patut disembah selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul Allah". Umar menoleh ke arah Hamzah, lalu ke arah Nabi, kemudian Umar berucap,
"Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Engkau Muhammad adalah Rasul Allah".

Mendengar deklarasi itu, para shahabat serentak berucap, "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar". Belum semenit memeluk Islam, Umar menambah kekuatan pada barisan kaum muslimin. Dukungannya terhadap Islam begitu antusias, melebihi antusiasnya ketika sebagai musuh. "Ya Rasulullah, kita harus memperjuangkan kebenaran ini sekarang juga?" Ya, tentu saja, jawab Nabi SAW. Kalau begitu, mari kita keluar memproklamirkan keyakinan kita ini secara terbuka, Ayo! Kita shalat di depan Ka'bah".

Rasulullah mengiyakan. Para shahabat kemudian berbaris dua menuju Ka'bah yang satu dipimpin oleh Umar, lainnya lagi oleh Hamzah, keduanya adalah pemimpin Makkah yang sangat disegani. Antusiasme keislaman Umar dibuktikan dengan mendatangi beberapa pemimpin utama kaum Quraish, termasuk paman Nabi sendiri, Abu Jahal. Bukan itu saja, Ia bahkan mendatangi kerumunan kaum kafir seorang diri memproklamirkan keislamanya. Orang yang berani mempersalahkannya dihadapinya semua. Tapi, memang inilah yang diharapkan Umar. Keislaman Umar mengubah peta kekuatan Kota Mekah. Kaum kafir quraish tak semena-mena lagi melakukan penganiayaan terhadap kaum minoritas muslim.

Friday, August 20, 2010

Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman

Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman
Muhamad Abdul Qayyum
Ogos 20, 10
6:15pm
Beberapa hari selepas pengetua sebuah sekolah menengah di Johor dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani.

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani, Ahad lalu.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."

Menurut sumber, pengetua yang berasal dari negeri Johor itu dikatakan telah mengingatkan pelajar bukan Islam di sekolah berkenaan yang mempunyai tiga kaum minoriti iaitu Cina, India dan Siam supaya menghormati rakan-rakan beragama Islam yang sedang berpuasa agar tidak makan di depan mereka.

Sumber itu berkata, pengetua berusia awal 50-an itu menegur perbuatan yang tidak wajar dilakukan oleh pelajar bukan Islam iaitu makan di depan pelajar Islam dan jika mereka tidak mahu menghormatinya, mereka boleh "pindah ke negeri lain" atau "balik ke China."

"Para pelajar dan guru yang berada di dewan terbuka sekolah itu dapat mendengar dengan jelas kata-kata berbaur rasis itu.

"Selaku pentadbir organisasi, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjarakkan hubungan etnik sekolah itu yang agak unik," kata sumber itu.

Menurutnya, komposisi kaum di sekolah itu yang rata-rata dari kalangan pelajar berlatarbelakangkan taraf sosioekonomi yang rendah agak menarik kerana memiliki empat kaum iaitu Melayu/Islam, Cina/Buddha, India/Hindu dan Siam/Buddha.

"Sejak sekolah itu wujud di kawasan yang di kelilingi estet getah, kelapa sawit, kebun sayur dan kampung pada 1980-an, belum ada peristiwa buruk melibatkan etnik terbabit berlaku di situ," katanya sambil menambah pelajar di situ amat akrab antara satu kaum dengan yang lain.

Malahan. beberapa pengetua yang bersilih ganti di situ juga tidak pernah menimbulkan kontroversi.

"Hubungan murid, ibu bapa dan guru amat baik. Malah, beberapa siri pertemuan bersama,waris seperti mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta hari Konferensi Waris mendapat respon yang baik daripada ibu bapa dan waris," katanya.

Pengetua lelaki itu dikatakan pernah berkhidmat di daerah pendidikan Kulim/Bandar Bharu sebelum memulakan perkhidmatan di sekolah luar bandar yang terletak di pekan kecil Bukit Selambau, kira-kira 26 km dari Sungai Petani itu mulai awal 2009.

Wednesday, August 18, 2010

sambutan Hari Kekasih, Tahun Baru antara punca buang bayi

PAS dakwa sambutan Hari Kekasih, Tahun Baru antara punca buang bayi
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
August 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Sambil mendakwa kes buang bayi antara lain berkaitan dengan kebebasan sambut Hari Kekasih dan Tahun Baru, bagi mencari jalan penyelesaian Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan sidang meja bulat minggu depan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abdul Rani, sidang media bulat akan diadakan bagi membincangkan isu zina, rogol dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

“Kita akan adakan sidang meja bulat ini pada 22 Ogos bagi membincangkan isu yang semakin hebat diperkatakan sekarang.

“Melalui sidang meja bulat ini kita akan membincangkan tentang punca dan jalan penyelesaian mengenai perkara itu (pembuangan bayi),” katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa aspek yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi termasuk pergaulan bebas dan penganjuran konsert hiburan.

“Isu ini bukan isu kecil tapi ia adalah satu isu yang besar. Ia melibatkan semua golongan masyarakat di negara ini.

“Bagi kita ini bukan isu kerajaan sahaja tetapi adalah kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Azman Shapawi, Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan kepada parti politik termasuk Umno dan NGO bagi membincangkan isu tersebut.

“Kita sasarkan 50 organisasi akan menyertai sidang meja bulat ini kerana ia adalah satu alternatif bagi membincangkan isu buang bayi.

“Setakat ini tiada lagi pihak yang mengesahkan kehadiran tetapi apa yang penting adalah pada 23 Ogos nanti.

“Kita juga harap supaya Umno juga dapat hadir bagi membicangkan perkara ini,” katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu itu juga berkata penganjuran sambutan Tahun Baru dan Hari Kekasih juga merupakan salah satu punca berlakunya kes tersebut.

“Kita lihat banyak kes kelahiran berlaku pada bulan Ogos dan September, ini menunjukkan hubungan tersebut dilakukan pada sambutan Tahun Baru sebab itu kita lihat banyak kes pembuangan bayi berlaku dalam dua bulan ini.

“Dalam Islam sambutan Hari Kekasih tidak digalakkan tapi kalau nak buat kenduri itu tidak mengapa tetapi tidak hubungan terlarang.

“Jadi ini yang menjadi masalah apabila media seolah-olah menggalakkan sambutan Hari Kekasih dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.

Sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian buang bayi masih berleluasa, walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menanganinya.

Turut menyuarakan pandangan sama ialah Timbalan Presiden Majlis Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Muhamad Burok, yang berpendapat hukuman itu dapat mengurangkan kes pembuangan bayi, namun perlu dilaksanakan dengan berhati-hati.

Bagaimanapun, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berpendapat hukuman itu perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan

Monday, August 16, 2010

Tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat

Wook jamin RM2,000


WOOK mengiringi Mohd. Nor selepas membayar wang jaminan kes dadah suaminya itu di Mahkamah Majistret di Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Demi perasaan sayang kepada Mohd. Nor Musa, 38, warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur sanggup menghabiskan duit simpanannya sebanyak RM2,000 untuk menjamin keluar suaminya itu yang ditahan sekali lagi kerana kes dadah.

Menurut Wook, duit simpanan untuk sambutan Aidilfitri itu terpaksa dikorbankan demi untuk berpuasa dan beraya bersama Mohd. Nor yang baru sahaja dibebaskan dari pusat pemulihan di Sungai Besi, Kuala Lumpur bulan lalu.

Semuanya dilakukan Wook demi Mohd. Nor yang sekali lagi ditahan kerana dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis lalu.

Majistret Mahkamah Hulu Terengganu, Azman Mustapha membenarkan Mohd. Nor diikat jamin selepas kesnya disebut oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Tuan Rosmah Tuan Husain di sini semalam.

Selain itu, Majistret turut menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh pendakwaan kes tersebut.

Pada 7 Julai tahun lalu, Mohd. Nor pernah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan sama dan ditahan di Pusat Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut.

Jelas Wook, biarpun dia kecewa dengan perbuatan suaminya itu, namun kerana sayang dan tidak mahu menyambut Aidilfitri dan berpuasa sendirian seperti tahun lalu, dia terpaksa mengorbankan simpanannya.

"Dia tetap suami tok dan tok tetap sayang walau apa pun yang dia buat.

"Tapi tok rasa sedih fikirkan apa yang dia buat sebab tok ingatkan dia dah insaf," katanya ketika ditemui dekat sini semalam.

Bawa Proton Wira kena hati-hati

Pusingan U ragut empat nyawa


PROTON Wira yang dirempuh van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang, Jelebu kelmarin.


JELEBU – Hilang isteri, hilang tiga anak serentak. Demikian harga yang dibayar oleh seorang suami apabila kereta Proton Wira dipandunya tiba-tiba membuat pusingan U sebelum kereta itu dirempuh sebuah van Toyota di Kilometer 22, Jalan Seremban-Simpang Pertang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam, empat beranak yang terkorban ialah Hazilawati Abdul Halim, 34, dan tiga anaknya iaitu Khairunisa Afiqah Khairul Affendy, 7, Khairul Afiq, 5, serta Khairul Aiqal, 1.
Suami Hazilawati, Khairul Affendy Shabudin, 33, yang memandu kereta Proton Wira dan seorang lagi anak pasangan itu, Khairul Aziq, 1, yang juga kembar kepada Khairul Aiqal cedera parah. Punca Khairul Affendy buat pusingan U tidak diketahui.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Setapa Yusoff berkata, kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga malang itu dirempuh van Toyota ketika ia membuat pusingan U secara tiba-tiba.
“Ketika tragedi enam sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Batu Empat, Sg. Pelek, Sepang, Selangor selepas pulang ke kampung Khairul Affendy di Kampung Kampai di sini.
“Sampai di tempat kejadian kereta Proton Wira itu membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah van Toyota Lite Ace dari arah bertentangan,” kata beliau di sini semalam.

Sunday, August 15, 2010

Puasa Yang Berkat

Puasa Yang Berkat

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Riwayat Ibnu Majah

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia. ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:

a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, August 13, 2010

Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku

Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku

August 13, 2010
Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.
SHAH ALAM, 13 Ogos — Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.
Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.
Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.
“Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara,” katanya.
Restoran ini menggunakan konsep layan diri.
Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.
“Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan,” kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider. Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.
“Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.
“Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.
“Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya.
Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.
Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
“Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.
“Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya,” kata Azahar.
Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.
“Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.
“Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme,” katanya.
Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.
“Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.
“Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama,” katanya.
Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.
“Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.
“Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan,” Azahar lagi.
Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.
Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.
Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.
“Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.
“Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti,” katanya.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa Ramadan

Kelebihan Ramadan

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang menafkahkan sepasang binatang (dua ekor kuda, lembu ataupun unta) untuk sabilillah (perjuangan agama Allah), maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga dengan ucapan: "Hai hamba Allah, inilah kebaikan." Sesiapa daripada golongan ahli solat, maka dia akan dipanggil dari Pintu Solat. Sesiapa daripada golongan ahli jihad, maka dia akan diseru dari Pintu Jihad. Sesiapa daripada golongan ahli puasa, maka dia akan diseru dari Pintu Rayyan. Sesiapa daripada golongan ahli sedekah, maka dia akan diseru dari Pintu Sedekah"

Saidina Abu Bakar RA berkata: "Biabi anta wa ummi ya Rasuiullah, tidak ada kerugian sama sekali bagi seseorang yang telah dipanggil dari pintu-pintu itu. Tetapi apakah ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu?" Baginda SAW menjawab: "Ya ada dan saya mengharapkan agar anda termasuk dalam golongan orang yang diseru dari segala pintu tadi."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Dari Sahl bin Sa'ad RA daripada Nabi SAW sabdanya:

"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: “Di manakah orang yang berpuasa?” Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu Abbas RA katanya: "Rasulullah SAW adalah sedermawan-dermawan manusia dan lebih-lebih lagi kedermawaannya itu dalam bulan Ramadhan ketika ditemui oleh malaikat Jibril. Jibril akan menemui Baginda SAW pada setiap malam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah SAW itu, ketika ditemui oleh Jibril adalah lebih dermawan dalam memberikan kebaikan melebihi angin yang bertiup."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah (semata-mata menuju ketaatan kepada Allah) melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya (dirinya) daripada neraka selama tujuh puluh tahun."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


SEPULUH MALAM AKHIR

Daripada Aisyah RA katanya: "Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh hari terakhir daripada Ramadhan maka Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan memperbanyakkan ibadat), membangunkan isterinya (agar turut memperbanyak beribadat) serta mengeraskan ikat pinggangnya (sebagai kiasan bahawa Baginda SAW menjauhi untuk berkumpul dengan isterinya)."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


BERSAHUR

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Bersahurlah kamu sekalian! karena sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Zaid bin Tsabit RA katanya: "Kami bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri untuk melakukan solat (Subuh)." Seseorang bertanya kepada Zaid bin Tsabit: "Berapakah jarak masa antara keduanya itu (sahur dan solat Subuh)?" Zaid bin Tsabit menjawab: "Sekira-kira kadar masa membaca lima puluh ayat al-Quran."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu ‘Umar RA katanya: "Rasulullah SAW mempunyai dua orang juru azan: iaitu Bilal bin Rabbah dan Ibnu Ummi Maktum. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Bilal bin Rabbah itu melaungkan azan di waktu masih malam ( sebelum menyingsingnya fajar sadiq), maka makan dan minumlah sekalian kamu (untuk bersahur) sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan sebagai tanda masuknya waktu Subuh."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada 'Amru bin al-'Ass RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Perbezaan antara puasa kita dengan puasa golongan ahlul-kitab (kaum Yahudi dan Nasrani) itu ialah adanya makan sahur."
(Hadis riwayat Muslim)



MENYEGERAKAN BERBUKA

Daripada Sahl bin Sa'ad RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Sentiasalah seseorang itu memperolehi kebaikan selama mana mereka itu menyegerakan berbuka puasa."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu 'Athiyah RA katanya: "Saya dan Masruq masuk ke tempat ‘Aisyah RA, lalu Masruq berkata padanya: "Ada dua orang lelaki daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW tidak melalaikan kebaikan; yang seorang menyegerakan Maghrib dan berbuka, sedang yang lainnya mengakhirkan Maghrib dan berbuka." ‘Aisyah RA lalu bertanya: "Siapakah yang menyegerakan Maghrib dan berbuka?" Masruq menjawab: "Iaitu ‘Abdullah (‘Abdullah bin Mas'ud RA)" ‘Aisyah lalu berkata: "Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Allah 'Azzawajalla berfirman: “Yang paling Aku cintai di antara hamba-hambaKu ialah yang lebih menyegerakan berbuka puasanya."
(Hadis riwayat Tirmidzi bertaraf hasan)

Daripada Salman bin 'Amr ad-Dhobbiyi as-Sohabi RA daripada Nabi SAW sabdanya:
"Jikalau seseorang di antara kamu berbuka, maka hendaklah berbuka dengan kurma. Sekiranya kamu tidak memperolehi kurma, maka hendaklah berbuka dengan air, karena sesungguhnya air itu suci."
Hadis riwayat Imam Abu Dawud dan Tirmidzi.

Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan shahih.



PERINTAH MENJAGA LIDAH DAN ANGGOTA

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya berpuasa."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



TERLUPA

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya:
"Apabila seseorang di antara kamu terlupa, lalu dia makan atau minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya (terlupa itu tidak membatalkan puasanya), karena sesungguhnya ketika itu Allah telah mengurniakan kepadanya makan dan minum."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



MENJAMU ORANG BERBUKA PUASA

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani RA daripada Rasulullah SAW sabdanya:
"Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu."
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf hadis hasan shahih)

Daripada Ummu Umarah al-Ansariyah RA bahawasanya Rasulullah SAW masuk di tempatnya, lalu dihidangkan sesuatu makanan kepada Baginda SAW. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Makanlah!" Ummu Umarah berkata: "Sesungguhnya saya berpuasa." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya orang yang berpuasa itu dimohonkan kerahmatan oleh para malaikat apabila ada orang yang makan makanan di sisinya - yakni di tempatnya orang yang berpuasa tadi, sehingga mereka selesai." Mungkin maksud Rasulullah SAW : "Sampai orang itu kenyang."
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf hadis hasan)

Daripada Anas RA bahwasanya Nabi SAW datang kepada Sa'ad bin Ubadah RA lalu Sa'ad menghidangkan roti dan minyak. Kemudian Baginda SAW pun makan. Setelah selesai Baginda SAW mengucapkan doa:

Maksudnya: "Orang yang berpuasa telah berbuka di tempatmu dan orang yang berbakti telah makan makananmu dan para malaikat memohonkan kerahmatan atasmu."
Hadis riwayat Imam Abu Dawud dengan isnad sahih



PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Daripada Abu Ayyub RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengiringinya dengan enam hari berpuasa di bulan Syawwal, maka adalah seperti berpuasa setahun penuh."
(hadis riwayat Muslim)

SELAMAT BERPUASA RAMADAN

Thursday, August 5, 2010

Pengalaman skrin sentuh kreatif

Pengalaman skrin sentuh kreatif



LG Cookie 3G (LG KM555) menawarkan fungsi hiburan dan akses rangkaian sosial terbaik



ANTARA elemen sofistikated yang semakin banyak ditampilkan pada gajet telefon bimbit pintar hari ini adalah binaan skrin sesentuh moden.

Selain kelihatan ringkas dan bergaya, fungsi tersebut juga menawarkan pengguna kemudahan mengakses pelbagai operasi pada peranti mudah alih mereka.

Mengetengahkan kelebihan itu, syarikat peneraju inovasi komunikasi mobiliti, LG Electronics (LG) baru-baru ini telah memperkenalkan tiga model telefon bimbit terkini yang menampilkan fungsi skrin sentuh lebih seronok dan kreatif.

Model tersebut adalah LG Cookie3G (LG KM555), LG Cookie Plus (LG GS500) dan LG Cookie Fresh (LG GS290).

Ketiga-tiga model dalam rangkaian jenama Cookie itu disempurnakan bersama beberapa kelebihan seperti paparan grafik termaju, aplikasi mobiliti terkini dan pengalaman rangkaian sosial terbaik.

Untuk aktiviti rangkaian sosial, model-model berkenaan dilengkapi aplikasi pintar Social Network Service (SNS) yang menawarkan visual interaktif dalam talian lebih dinamik.

Tidak cukup dengan itu, ia turut menampilkan paparan antara muka pengguna yang lebih unik dan bergaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd., Jeff Cheh, penampilan model-model tersebut bakal melengkapkan usaha syarikat itu untuk memberi keseronokan hiburan dan komunikasi di kalangan penggunanya.

"Spesifikasi pada model-model ini dibangunkan sesuai untuk pelbagai peringkat pengguna.

"Walau bagaimanapun, ia masih mengekalkan identiti dan ciri-ciri asal rangkaian telefon bimbit Cookie,'' katanya.

LG Cookie3G, LG Cookie Plus dan LG Cookie Fresh kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga masing-masing RM799, RM699, dan RM499.

Wednesday, August 4, 2010

Demam Boling

Demam boling melanda. Sebelum kita berpuasa, cikgu2 pergi menghiburkan diri di City Plaza Bowling Alley. Sebelum itu 2 sessi diadakan di Star Parade. Kali ini mungkin nak rasa tempat yang cerah sikit sebab di Star Parade selepas jam 9 mlm bowling alley jadi gelap dan romantik.

Gaya cikgu wei - play safe

Ini bola spinning

Skor sheet

Tuesday, August 3, 2010

CERAMAH AGAMA DAN KARAOKE SERENTAK?


Di surau ada ceramah agama. Lebih kurang 50 meter dari surau dibuat pula karaoke di kantin.
Satu acara sambutan Ramadan
Satu acara sambutan Merdeka
Sini halal sana haram.
Sudah jadi campor2 jadi mee HAILAM.

Apa sudah jadi? 
inilah 1malaysia

Monday, August 2, 2010

Sunday, August 1, 2010

My Honda Tak Guna

Ahad, Ogos 01, 2010


Nalla punya komplen!!! Ambik obat Honda...

http://www.ek-ele.co.cc




Inilah yang digunakan oleh eksekutif Jess Ross di Petaling Jaya untuk membuat bantahan terhadap pihak pengurusan Honda Malaysia, Sumber Auto. Dengan melekatkan pelekat besar "My Honda Tak Guna", mungkin hatinya sedikit puas.

Ini berlaku disebabkan oleh masalah brek walaupun telah mengalami beberapa kali pembaikkan, kerosakkan tetap berlaku. Ini adalah cara unik untuk komplen. Kalau sebesar ini pelekat yang digunakan, tentulah masalahnya dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Tak gitu!

Ada tak sesiapa yang nak tukarkan ‘my honda’
dengan nama pemimpin Umno.


kedahlanie

Ustaz tayang video lucah untuk murid

Kosmo: Ustaz tayang video lucah


INILAH sekolah di Rembau yang didakwa seorang ustaz menayangkan video berunsur lucah kepada murid-muridnya.


REMBAU – Tugas seorang ustaz sepatutnya membimbing murid ke jalan benar melalui pembelajaran agama, tetapi perkara sebaliknya berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat sini.
Sehubungan itu, seorang ustaz di sekolah itu dikatakan tergamak menayangkan video berunsur lucah kepada murid-muridnya.
Sehubungan itu, seorang bapa yang diberitahu oleh anaknya mengenai perangai buruk ustaz itu tampil membuat laporan polis pada Khamis lalu.
Bapa yang mahu dikenali sebagai Azman, 40, mendakwa, dia terkejut apabila anaknya yang berada di darjah lima sekolah itu memberitahu ustaz berkenaan menayangkan satu video lucah kepada lebih 20 murid di sebuah bilik multimedia baru-baru ini.
Katanya, dia dimaklumkan bahawa video itu mengandungi adegan-adegan tidak senonoh seperti pasangan mengadakan hubungan seks dan pelakon wanita turut mendedahkan payu dara.
“Untuk kepastian, saya bertanyakan perkara itu kepada rakan-rakan sekelas anak saya dan mereka mengiyakannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.


Sinar: Tayang VCD lucah untuk murid


REMBAU - Seorang guru matapelajaran pendidikan Islam bertindak di luar jangka apabila menayangkan cakera padat video (VCD) berunsur lucah kepada kira-kira 20 murid tahun lima di sebuah sekolah rendah, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengahari itu, guru terbabit yang dipanggil Ustaz di kalangan anak murid dikatakan membawa murid berkenaan ke bilik tayangan sekolah berkenaan, semasa menggantikan seorang guru berkursus.

Bagaimanapun, tindakan guru berusia lingkungan 30-an itu terbongkar selepas salah seorang murid terbabit bertindak memaklumkan kepada ibu bapanya, dua hari selepas itu.

Bapa murid berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia berasa begitu kecewa dengan kejadian itu sebaik sahaja dia dimaklumkan mengenai perbuatan guru berkenaan.

“Sebagai bapa, setiap kali anak menonton televisyen, saya dan isteri akan memantau bagi mengelakkan mereka menonton filem yang boleh memberi kesan negatif terhadap diri mereka.

“Namun, tindakan guru itu tidak menggambarkan keperibadian mulia, tetapi boleh merosakkan minda dan jiwa anak-anak, sekali gus memberi imej buruk kepada sekolah,” katanya.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini sehari selepas mendapat tahu perkara itu.

“Saya nekad membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap guru berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia juga difahamkan bahawa itu bukanlah kejadian kali pertama membabitkan guru berkenaan, malah pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini. lebih daripada sekali.

“Saya tidak faham mengapa perbuatan keji guru itu dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya. Saya berharap semua pihak memandang serius kejadian itu supaya tidak berulang pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, salah seorang murid terbabit yang enggan dikenali berkata, murid-murid terbabit terkejut dengan tindakan guru terbabit memasang VCD lucah di dalam bilik tayangan itu.

Lebih menghairankan, katanya, selepas memasang VCD berkenaan, guru terbabit keluar daripada bilik tayangan meninggalkan murid dengan tayangan videonya itu.

Menurutnya, murid terbabit tidak menyangka diberi menonton filem yang berunsur seks itu, malah ada antara murid perempuan yang tergamam.

Katanya, semasa kejadian, guru berkenaan sebelum ini mengajar pendidikan Islam di kelas bagi menggantikan guru yang berkursus.

“Sebaik saja tamat waktu persekolahan pada hari itu, saya terus menceritakan perkara itu kepada ayah saya.

“Ayah terkejut apabila saya memaklumkan perbuatan ustaz berkenaan dan kalau boleh, saya tak mahu lagi ustaz itu mengajar di kelas,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Suprintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan berkenaan.